Dalam diri khlifah Umar al-Khattab, kita melihat bagaimana penolakan Islam terhadap prinsip jahiliyyah “the boss is always right” itu dilaksanakan pada puncak kecemerlangannya yang mungkin terasa sangat aneh dan melampau bagi manusia abad moden yang dikuasai hawa nafsu. Khalifah Umar banyak meninggalkan contoh-contoh keadilan dan ketegasan kepimpinannya yang akan terus mengkagumkan kita.
Sewaktu memberi ucapan ringkas selepas dipilih menjadi khalifah, Khalifah Umar meminta orang Islam membetulkan kesilapannya, lalu seorang Badwi menghunuskan pedangnya sambil berteriak, bahawa mata pedang itulah yang akan membetulkannya. Umar yang terharu mengucap syukur kepada Allah kerana melahirkan di kalangan orang Islam ketegasan dan keberanian demikian. Adalah menjadi kenang-kenangan kecemerlangan kehidupan Khalifah Umar al-Khattab yang selalu memperingatkan, bahawa seseorang pemimpin dan pengikutnya akan selamat jika dia sedia menerima teguran dan kritik selagi para pengikut berani membuat teguran dan membetulkan kesalahannya; apabila pemimpin tidak mahu lagi mendengar teguran dan kritik daripada pengikutnya dan para pengikut tidak lagi berani memberi teguran atau kritik, maka kedua-duanya akan hancur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan