Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 16 Mac 2012

Sekolah dulu 2- Payung

 
Payong-  Masa tu kami sangat susah nak dapat payong....kalau ada pon mungkin satu..payong kertas yg Pak guna masa nak mengala bendang. Pak guna payong waktu panas bukan waktu hujan. Bila sekolah musim hujan adalah satu musim yang merumitkan....sekolah nak kena pi..tapi payong tak dak la pulak. Jadi selalunya kami gulong2 baju tu masuk dalam beg. Kasut masukkan dalam plastik ikan....cari  daun pisang dan buat laa payong...atau kalau awai2 musim padi ada laa kampit baja....boleh laa kelubung kampit baja tu...tu pon bila sampai sekolah basah lencun laa jugak.....cuma kalau balik dah tak kisah dah..hujan pon redah jugak. Anak2 aku laa ni pon tak pernah bawak payong pi sekolah pon.....pi berantaq balik berambek...Senang depa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan