Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Selasa, 27 Mac 2012

Sekolah dulu 6- Beg Sekolah.

gambar hiasan
Bukan nak cerita pasai miskin tapi nak cerita pasai sejarah. Macam2 beg yg dok ada. Tapi kebanyakannya makpak buat sendiri saja...kot2 kalau masa mula2 tahun tu ada laa beg yg dibeli. Selepas tu tak beli dah....jaga laa elok2. Itulah satu2nya beg untuk tahun tu. Kalau dah rosak, baikilah mana2 patut. Pak selalu minta mak jahit kalau tangkai putus atau koyak. Beg ganti selalunya yg aku  dapat ialah beg kampit baja....potong separuh, jahit tepi dan pasang tangkai. Beg ni laa dok usung pi sekolah. Selalu jugak tangkai putus bila buku banyak....dah tak boleh galas heret saja laa.Tapi kampit baja ni cepat reput, tahan tak lama. (Masa tu yg berada sikit depa bawa 'beg peti'...yg ada kunci lagi tu)...ada kawan yg bawa beg yg makpaknya buat dgn seluar panjang yg dipotong dan dijahit jadi beg....Budak laa beg berganti sentiasa....mahal2 lagi.....kalau tak mahal pon berjenama hebat walaupon beli di Padang Besar.

2 ulasan:

  1. Kesiannya saya...La ni ada beg dak lagi?Kalau tak dak saya nak bagi satu..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa ni pi tukaq minyak pelincir keta dapat laa beg petronas tu....pakai laa. Petronas dan insuran keta selalunya bagi sovenir bila kita beli produk mereka..

      Padam