Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 2 Disember 2013

Dodoi anak..


Hahahahaha..... (ingat ka?). Mana nak ingat..
Masa aku umoq 6 bulan dulu222222... aku ingat lagi, mak aku nyanyi lagu ni...
"cak cekur udang gamit.....,"
Nak test uji kemahiran psikomotor aku katanya.... Takut tak reti taip QWERTY...
Dia kata senang hang nak 'buat kerja online'
Ke depan sunggoh pemikiran mak aku.
Angpa, mak angpa nyanyi lagu pa?

Ahad, 1 Disember 2013

Kami Guru Malaysia

Salam Masuk ke kelab PPPendidikan... 
Nak habaq kat cikgu hat nak daftar masuk kerja Januari/Julai nanti...
Walaupon zaman lani, orang kata semua hujung jari... tp semua tu tak sama dgn alami sendiri... kot2 la nak try buat!
Bila dah kerja nanti, jgn terkejut sebab banyak lagi kerja akan hadir bersama. Maka, sambarlah peluang itu, jgn biar terlepas... 
~ada peluang utk jaga peksa, Ketua Pengawas, Penyelia Bilik Kebal-terima.
~ada peluang utk jadi pengadil, jurulatih, hakim,- terima.
~ada peluang utk jadi kerani undi PRU, KTM, Penyelia, -terima
~ada peluang utk JU, Fasilitator, -terima.
~ada peluang khemah, kemkom, -terima.
~ada peluang utk khidmat amal,- terima.. (bantuan kecemasan, banjir, gempa..)
~daftar ahli sukarela,: spt wataniah, polis, Rela, JPAM.. dll...
Sesekali cuba.. ( aku pernah buat utk 2 ini jugak)
~minta lawat ke sel penjara.. 
~minta masuk rasa lokap..
~ada peluang utk melancong, silakan....
Pengalaman 'benar' akan mematangkan cikgu drp pengalaman 'hujung jari'..
Jgn nanti asyik bercerita saja, alaminya tidak!
Sekian.... selamat mencuba!

Sabtu, 16 November 2013

Sekolah dulu 11 - Tandas

Bukan nak cerita pasai miskin tapi nak cerita tentang sejarah.
Masa tu tandas semua di luar. Di luar bangunan.
Sekolah aku tu, tandas dibuat korek tanah macam telaga,
keliling dgn zing... panas dan hujan di situlah sebab bumbong takdak
Susun kayu 3x2 macam papan tu buat lapik,
tengah2 tu tebuk macam lubang mangkuk tandas lani... situlah tempat bertinggung...
Bila dah korek macam telaga, tentu ada air... bila buang ceplomm, air percik kena ponggong..gosok dgn rumput saja laa... uweekkkk!

gambar hiasan
Sebelom tu kena cebok air dr telaga dahulu... bawa pi habuan istinjak... kalau malas,
kalau tengok ke dalam tu... uweekkk, terapong2 macam kepok lekor!
Satu lagi tandas kencing... yg ni pancut berdiri saja di satu tempat yg dibuat macam dinding, dikepong dinding separuh pinggang. Terdedah pd panas, air basuh pon takdak... hahahahaha.. Pakai goyang2 saja.
Tandas guru nampak lebih teratur......

Rabu, 13 November 2013

Sekolah dulu 10 - Air minum

Bukan nak cerita pasai miskin tapi nak cerita pasai sejarah!
Masa tu mana ada air pili... pekan dan bandar saja kalau ada pon air pili nih..
Kalau haus dahaga lepas pelajaran Senaman, telaga tu lah yg kami tuju,.
Nak minta kat MakMah kantin tak berani, cengey!
Lelaki perempuan sama saja berimpun.
Telaga tu ada sikit turapan simen supaya tak lecah.
Dalam telaga tu penoh dgn beg plastik dan tali rapia yg dibuat timba apabila tak sabar tunggu...
bila terlepas jatuh, maka jadilah sampah.
Dua tiga hari sekali tukang kebun bawa galah kait buang sampah tu.
Timba buat dgn timba besi, ataupon kadang2 tin milo dr kantin.
Kadang2 timba tu pon terlepas jatuh jugak dlm telaga, riuh la cari pakCin Tukang kebun tu minta kait dgn galah...
Sekali timba penuh air, berebut2 sua mulut nak minum... hahahahahaha.
Takdak pulak dengar sapa2 sakit perut minum air telaga tu..
dan tak pernah jugak dengar ada pelajar yg terbungkang dlm telaga tu..
... kadang2 masa balik, bila 'lapar air', air bendang pon aku pernah hirup!
Masa tu tak tau pulak cikgu2 aku minum di mana..... 
(Ada satu telaga pam boring tu.... ramai tak pi minum situ sebab bila pam keluar air sekali dgn cacing...uwekkkkk..)

Gambar hiasan... kurang lebih macam ni la telaga tu...

Ahad, 3 November 2013

Sekolah dulu 9 - kasut sekolah


Kasut sekolah.... 
Dah jadi sejarah dah.....bukan nak cerita pasai miskin tapi nak crita pasai sejarah.
Pakai kasut plastik…senang basuh, tak payah boh kapoq…nak rasa kasut kain lambat laa….kalau masa tu BATA badminton master kot, lagi la tak jumpa..
Sampai sekolah...sebelom masuk kelas, tonyoh dulu dengan ayaq embun di rumput.. Kalau musim hujan, ayaq bertakung dlm kasut.. plup plap, plup plap bila berjalan... kadang2 kasut banyak dok dlm beg drp dok di kaki. Kalau koyak Pak jait dgn tali tangsi pakai jarum jait guni padi....
Anak aku lani.... koyak sikit saja minta beli lain... suroh Mak dia jait, Mak dia pon kata, 'Abah ang pi beli lain lah'.... hurm!


Jumaat, 1 November 2013

Sppbs. Sistem yg gagal.


Ramai guru yang penin dgn Sistem yg 'hebat' ni.... Kesian, KPM tuduh macam2 kat guru bila guru merungut sistem 'hebat' yg lembap tu.

Porno membahayakan akal!

Macam kempen anti merokok oleh kerajaan yang berbunyi "Merokok Membahayakan Kesihatan". Semoga kita dapat membaca dan menghayatinya dengan sebaik mungkin. Dan kepada mereka yang masih ketagih dengan bahan-bahan pornografi dan lucah agar dapat bertemu dengan jalan keluar dari masalah itu.

Ini kerana pornografi tidak kira dalam bentuk gambar mahupun video, sangat berleluasa dan amat mudah didapati dalam internet sekarang ini, tidak seperti dulu. Ianya terlalu terbuka dan terdedah hinggakan siapa pun termasuk kanak-kanak boleh melayarinya. Wabak ini sudah terlalu kronik sebenarnya. Sedangkan dok ada kuasa politik ni... tolongla banteras!

Rabu, 23 Oktober 2013

Hospital Pantai Sungai Petani

Bah. 5
HARI 4~ Rumusan hari 1 sampai hari 3..Mula dgn ujian darah, setiap hari darah aku masuk lab (2X3h=6 kali), X-ray, buat ECG, duit bilik air, duit bilik katil, duit makanminum, duit ubat dan duit udara... dan akhirnya Medical Card aku dicharge RM2.9K. Kononnya hari ni Dr., kata, 'kalau tak ada apa2 masalah dgn darah, Encik Mad boleh balik'. Ramai teman2 akan aku tinggalkan... sunyilah gamaknya kamu semua!
 En. Wate dan En. Skut dan Cik Su ada di kiri sentiasa meneman.

 Tempat lepak sorang2 kalau takdak hujan waktu petang, duduk2 dengar bunyi air terjun. Orang lain main pandang saja aku dok situ. Senyum2 pon ada. Pelik kotno sebab selama ni mungkin takdak sapa yg lepak situ.

 Teman hujung kaki, malam tu lepak dgn dia tonton Piala Malaysia, Sarawak vs Pahang. Jemunya Tn. Panasonic no, tonton berdua saja.

 Teman sebelah kanan... tengok tu setia duduk menunggu aku... sunyi le kau lepas ni.. kau kawan sajalah dgn Tn. Tong Sam Pah pulak ye!
SELAMAT TINGGAL SEMUA!

Hospital Pantai Sungai Petani

Bah. 4
Selain drp makan dan suntik ubat, sedut darah dr lengan sari 2 kali., aku hanya baring2 sajalah. Mandi sekali pon haram.... dah sejuk aircond buat apa aku mandi! Hari 3 di situ aku pindah lagi... pindah ke wad 2 bilik 212A1 tp aku saja2 pilih duduk di 212A2 sebab mengadap ke luar. Tu yg banyak gambar aku boleh snap dgn tipon murah aku tu.

menu tengah hari hari 3.

 Petangnya letih berbaring selepas 1 tabung lagi darah disedut dr lengan tu, aku jengok2 luar tingkap... petik pi tipon tu... ini hasilnya!

jam 6.50pm 19/10/13

Selasa, 22 Oktober 2013

Hospital Pantai Sungai Petani

Bah. 3


Hari kedua aku tidur di wad, isteri dan anak tidur hotel.. pagi2 jam 5.20 dah kena masuk antibiotik melalui jarum tu... adusssakit! Pagi tu setabung lagi darah disedut, takdak keputusan pon yg dah sedut kelmarin. Petangnya sedut lagi setabung... pergh! Banyak susut dah ni darah aku. Katanya nak pereksa platlet darah. Masih tak stabil. Kejap turun kejap naik... aku pindah ke bilik 205/1
 menu tengah hari 2

sejuk jugak air terjun di halaman Hosp. Pantai SP ni

Hospital Pantai Sungai Petani

Bah.2

makan tengah hari hari 1

17/10/13. Selepas 10 hari Adam keluar, aku pulak menghuni ke sini. Asalnya demam dan batuk sahaja tp melarat menjadi disyaki denggi. Hari pertama sampai, X-ray.... ujian darah dan ECG. Kebetulan sampai masa Dr, melawat ke wad... terpaksa menunggu hampir 2 jam di kerusi menunggu. Seolah2 sakit pon dah kebah. Oleh sebab tidak mahu menunggu dgn lebih lama, aku diansurkan ke bahagian kecemasan dan dihantar ke wad 212B3 selepas setabung lagi darah di ambil. 

Isnin, 21 Oktober 2013

Hospital Pantai Sungai Petani

Bah. 1
27/9/2013 anak aku Adam Hakimi diwadkan di sini kerana DTK selama 12 hari (3 hari di Unit Rawatan Rapi).. aku berulang dan bermalam di wad dan di 'penginapan' selama itu. Beberapa kali kehujanan, gerimis dan kekadang lencun, dan sering juga kepanasan. Pagi kerja, petang terus ke wad, kalau tak bermalam jam 11.00pm terus balik. 'Chuchu' jugak perlu digaul makanan dan minumnya. 9/10/13 segalanya bermula baru. Alhamdulillah! Syukur Ya Allah...


Jumaat, 16 Ogos 2013

Nikah kahwin


Al kisah persepsi nikah di Malaysia dan kritikan yang bakal diterima ==


1) Lelaki Muda, Wanita Tua - - Dah tua xsedar diri, macam dh takde lelaki lain (Perempuan)- Muda pun berkenan kat org tua, buta mata ke? macam la takde wanita muda nak dibuat bini (lelaki)


2) Lelaki Tua, Wanita Muda - - Yang tua gak dia berkenan, mcm tiada lelaki muda. Ni Mesti kes nak harta pusaka ni (Perempuan)- Dasar miang dan gatal. Asal nampak dahi licin jer laju nak buat bini (Lelaki)


3) Si Lelaki Duda atau Si Wanita Janda- Dah macam takde lelaki bujang kau nak buat suami. duda gak yang dicari (perempuan)- Bodoh betol bujang hensem bergaya nak kawin dengan janda. bangang ke ape.


4) Pasangan Sebaya- Elok Biar perempuan lagi muda. Tak beberapa bagus nikah sebaya ni


5) Suami Orang- Ni perampas. wanita amcam ni tak guna memporak perandakan rumah tangga orang. -dia tak faham ke perasaan kaum dia sendiri? dah macam takde lelaki bujang nak dibuat suami


6) Nikah Awal- Muda lagi nak menikah, ni konfem ada kes. mampu ke nak sara hidup anak orang & menjalankan tanggungjawab?- Konfem tak lama menikah, sikit lagi bercerai la. Tak Percaya kita tunggu


7) Nikah Lambat- Tu la, memilih sangat. Mana la nak kawin. Patut pun tak laku


*Kesimpulan mulut bangsa melayu bab nikah memang ada kecelakaan disana. tak suka tengok orang bahagia. 


Mungkin mereka lebih rela lihat scandal, bersekedudukan, lahirkan anak haram dari buat benda halal walaupun bukan semua, kumpulan minoriti ni la perosak masyarakat


Telanjang lagi

Orang kita memang sensitif... 

Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim, baru sedar selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi. 

Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama mengamalkan poligami, baru sedar ramai rupanya selama ini anak-anak kita ramai berpacaran tanpa nikah tapi dah macam laki bini. 

Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing, baru sedar selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV. 

Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan jawi dicetak terbalik, baru sedar selama ini AlQuran yang dicetak betul hanya hiasan almari. 

Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik tidak menutup aurat, baru sedar selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan ratu cantik pun berpakaian begini. 

Orang kita memang sensitif dengan berita DNA babi dalam makanan, baru perasan sebenarnya rokok yang ramai hisap memang sudah difatwakan haram selama ini. 

Teguran dan muhasabah ini untuk diri sendiri dan renungan bersama....

Sabtu, 10 Ogos 2013

Satu Hari di Hari Raya.

Suatu Hari di Hari Raya,

Kemeriahan makin tidak terasa bila lihat anakmuda berhari raya, tak macam zaman aku dulu.... jumpa sedara mara, makpak kemenakan, sepupu2, dan nenek datok..., masa inilah dpt berjumpa pon... bersalaman dan bermaaf2an. Anakmuda sekarang beraya bersendirian w/pon berada di rumah sedara mara... lepas salam maka masing2 bawa diri 'beramah mesra' dgn teknologi... Raya yg sepi krn memasing sedang update maklumat ke kawan2 maya! Beberapa tahun nanti pada zaman mereka, mungkin mereka hanya akan beraya dgn teknologi saja... update gambaq kuih raya, update pakaian raya...upload rumah raya,... dll.. semuanya di alam maya... tak perlu kunjung mengunjung secara hidup.... dan masa tu mungkin kemeriahan balik kampong dah pupus!

Rabu, 31 Julai 2013

Selamat Hari Raya~ Sindir Raya.


Lenggang-lenggang kangkung,
kangkung di dalam hutan,
pakat balik kampong,
habis sunyi di dalam pekan.

Anak ayam turun sepuluh,
tinggal seekor jual sembilan,
rebut tiket berpeluh-peluh,
sebab tak mau balik berjalan.

Rendang lemak manis,
sembelih ayam muda,
di kampung melaram habis,
sikit-sikit tepuk dada.

Kalau ada lemang yang patah,
jangan disimpan sehingga basi,
biar juling jiran sebelah,
barulah senang rasa di hati.

Sana mercun sini pon mercun,
di tengah-tengah si bunga api,
tangan di susun memohon ampun,
haram tak sedar tak cukop jari! 

Isnin, 29 Julai 2013

Telanjang

Gambar Hiasan.


Sudah sampai masanya, Premis Kerajaan, spt Hospital Kerajaan, Pejabat2 Kerajaan, jabatan2 yg menyediakan perkhidmatan dll.. mewartakan Etika Berpakaian kpd pengunjung. Sakit Mata bila perempuan CINA memakai seluar pendek yg hampir menyamai seluar dalam, baju singkat. Tidak malukah mereka? Jika melawat pesakit di WAD adakah ia akan memberikan contoh tauladan yg baik kpd anak-anak kecil? Saya melihat trend ini semakin menjadi-jadi. Saya rasa kerajaan memang sudah ada etika berpakaian di premis mereka. Jika menonton Teater di Istana Budaya ada etika berpakaian kenapa tidak dilaksanakan di Premis Kerajaan. Sedangkan KASINO juga ada etika berpakaian. Jgn jadikan Premis Kerajaan lebih rendah maruahnya drp KASINO. Jika masih berdegil, halang mereka daripada berurusan. Premis Kerajaan bukan PASAR. Di mana kesopanan dan kesusilaan, Prinsip Rukunegara..?

Sabtu, 27 Julai 2013

Selamat Hari Raya,

Sindir Sayang praRaya... 
pandangan seorang anak yg lulus band 6!

Anak lembu kami,
jual sekor-sekor,
ayah berseri-seri,
macam kena ekor.

Jalan laju-laju,
tuju hipermarket,
emak borong baju,
ayah tepok poket.

Ram-ram duit,
duit makin sikit,
emak dah tak larat bimbit
ayah dah mula sakit.

Jalan langut-langut,
sampai kedai apek,
ayah merungut-rungut,
emak mencebek-cebek.

Ayun laju-laju,
acu kemuka emak,
emak bungkus baju,
ayah jadi tak gamak!

Khamis, 18 Julai 2013

Tip kumpul kuih bulan Puasa!


Ini tip yg aku kutip drp orang tua aku dulu, ToNek Hawa~spt mana dia pernah khabarkan kepada aku..... Macam mana dia buat? Satu hari dia akan masak satu juadah saja untuk berbuka tp dia masak banyak2, macam nak kenduri jugak la. Kalau dia buat bubur kacang contohnya, dia akan masak satu periuk besar... bubur itu akan diagihkan kepada jiran sekitar oleh anak2nya yg berjumlah sembilan orang tu. Selalunya hantaran bubur kacang akan dibalas dgn kuih2 lain dan tak kurang jugak yg berbalas mangkok kosong atau mangkok disimpan dulu utk balasan kemudian hari.. hasilnya banyaklah jugak kuih yg berlainan yg kami cucu2nya dapat merasa. Macam mengadu untung nasib jugak laa. Tapi selalunya tidak menghampakan. Cubalah hantar kuih pasar Ramadhan anda ke rumah jiran, pasti anda akan menemui sesuatu yg menarik!


Khamis, 6 Jun 2013

Menghina Agong

Nak kata apa tentang kes begini? Sapa nak kita persalahkan kalau berlaku lagi kes2 begini? Rasa2 puncanya kerana tak belajar dan tak mau belajar, .....
......sebab ada pada masa satu ketika tu semasa di sekolah mereka 'di atas sana' yg pandai mengolah2... bermula drp tulisan Jawi ditiadakan, bila dah ramai buta Jawi sekarang baru dikembalikan (itupon sekadar ada saja). Lepas tu kalut2 nak wajibkan subjek sejarah setelah sekian lama subjek sejarah sebagai pilahan antara Sejarah dan Geografi. Lepas tu subjek Tatarakyat (Sivik) ditiadakan untuk satu tempoh yg lama., sekarang dah ada balik. Maka hasilnya.... generasi yg berada pd zaman lompong tulah yg akan membuat onar dgn alasan, " aku tak tau, sebab aku tak belajar pon masa sekolah dulu" ( lagi haru kalau dah tak belajar, tak mau pulak belajar). Sistem pendidikan yg sering tenggelam timbul jugak menyumbang sedikit sebanyak kpd perlakuan ini.... agaknya!

Jumaat, 31 Mei 2013

Kuah tidak tumpah ke Nasi

......ingatka makbapak polis, anak tak mencuri.
ingatka makpabak cikgu, anak bijakpandai, 
ingatka makpabak doktor, anak sihat walafiat tanpa dadah. 
ingatka makpabak imam, anak tak buat maksiat,
ingatka makbapak majistret anak ikut undang2. 
ingatka makbapak menteri, anak berseri-seri. 
ingatka makpabak peragut, anak pencuri..... 
rupanya dak pon. Kuah boleh tumpah tang lain.... hehehehe.

Khamis, 30 Mei 2013

Guru tidur stor elektrik!

Jom bercerita; 
Masa tu masih bujangan, (tahun 90+an)....rumah dah ada beli di satu tempat yg tak jauh dr rumah makpak. Berulang-alik kerja sejauh 114km sehala, bertahan selama 2 thn. Kalau suboh lewat terpaksa suboh dijalanan. Kalau ada aktiviti petang/sukan, aku tidor store eletrik sebelah tandas pekerja tu. Kadang2 aku malas balik, aku tidor store tu lah semalam dua. Malam2 berkawanbual dgn jaga... siang makan kantin, malam makan gerai tepi jalan. kain baju tak berseterika. Kadang2 kalau nasib baik ada majlis makan, kadang2 kawan jemput makan rumah.... sehinggalah aku 'terjun' 3 kali. (1 terjun gaung 10m di Lata Mengkuang, keta kena repair 14K (nasib insurans 1st party)... 2. keta terjun parit dan langgar dapur rumah China... 3. naik motor langgar pakcik balik sembahyang..) Aku serik berulang dan akur pd nasihat mak. Aku cari rumah sewa terdekat dgn tempat kerja. Rumah aku sewakan.... tu saja nak cerita kat hangpa semua!

egtukar yg tak tukar-tukar!

(Masa tu belom ada egTukar)..Aku kerap isi borang tukaq masa mula2 dulu (12x, isi ikut prosedur sajalah, takdak la pulak nak kabel2 pon..ikut nasib)... konon nak balik Kota Setar. Alasan nak dok rumah sendiri(pinjaman kerajaan). Lagipon posting pertama aku dah ke Sabah. Saban tahun aku kecewa.. Sampailah satu ketika, bila aku dah cemuih isi borang. Satu Pengetua tu (alfateha utk arwah...) pangge aku dan nak tolong, aku kata.."takmo dah cikgu, dah selesa sini dan dah cemuih isi borang... rumah saya pon dah buruk dah"..aku gelak dan dia pon gelak. Sampailah pulak satu ketika aku dapat ofer ke sekolah baru bukak, Timbalan PPD tipon suroh aku pi sana dan aku pon setuju nak pi dgn alasan nak teroka (depa kata susah sekolah baru, aku kata biaq pi...aku nak coba)... hahahahaha. Kali ini satu Pengetua (P) tu pangge aku jugak, minta maaf dgn sebak (aku tahan jugak sebak aku..),"Cikgu AGM, permohonan cikgu dah lulus, cuma kalau cikgu tak boleh pi tu, tandanya saya yg tahan...saya dah tipon PPD minta cikgu kekal di sini, saya perlukan cikgu di sini... maafkan saya, cikgu!" Dua tahun lepas tu dia bertukar balik ke Daerah Kota Setar... (kami masih bersilaturRahim sebagai rakan sejawat sehingga sekarang)..... kih kih kih tu saja yg aku nak habaq pi kat angpa!

"Boleh menang ke cikgu"

Nak crita lagi;
+20 thn dulu jugak, aku pernah latih budak2 bola baling. Mulanya bola baling takdak pon di sekolah tu..... aku pon ada sikit pengalam saja... tp ada cikgu s/u sukan tu yg suroh aku buat. Dia kata kita ada peluang sebab tak banyak sekolah buat. Aku masa tu baru 'buah cempedak di luar pagar' maka aku pon buat laa... mula2 nak beli bola, nak sediakan tiang goal, conteng padang.... pengetua tanya ayat sangat 'manis', " boleh menang ke cikgu". Pergh! Aku buat dgn azam nak nafikan ayat 'manis' pengetua tu.... thn ke 2 baru kami berjaya ke final. 3 pelajar kami berjaya mewakili Kedah... tp sayang, pengetua tu tak sempat menelan kata 'manis'nya. Dia bertukar ke Pahang. Sampai ke sekarang aku tak paham apa maksud pengetua tu... hahahahahaha. Ini saja aku nak crita kat hangpa!

Isnin, 13 Mei 2013

PRU13: Selamat Tinggal!

Selamat Tinggal PRU 13.
Tahniah kepada yang menang. AMANAH yang berat menanti kamu dan ada JANJI yang mesti di tunaikan.Ingatlah, RAKYAT yang memilih kamu.
Kepada yang kalah,terimalah dengan lapang dada,,jangan membuat provokasi dan tuduh menuduh.Cuba lagi LAIN KALI.
Kepada penyokong kedua dua belah pihak,lupakan perbezaan politik sesama kita. Masa untuk membaiki ikatan silaturahim yang mungkin tercalar atau putus selama tempoh pilihanraya ini. Kembalilah kepada ikatan persaudaraan ISLAM.

Jumaat, 26 April 2013

PRU 13.

Benar, PRU 13 ini lain benar daripada PRU yg pernah aku hadapi beberapa kali dahulu. Semuanya berubah kerana internet. Media sosial yg berkembang pesat, maka pitenah pon berkembang selari dgn perkembangan teknologi 'wifi'. Semua ada di hujung jari. Maka siapa2 saja boleh memberi komen.

Sabtu, 13 April 2013

PRU13

Kononnya selepas penamaan calon baru boleh berkempen.
Tapi apa yg aku dengar berlegar-legar sekitar aku ni?
Apalah pulak bendanya riuh rendah tu.....?
Siap bagai medan perang dah!


Selasa, 19 Mac 2013

Hospital Berbayar.




Hospital Berbayar
Bilik 232-3 

Mentang2lah berbayar.... boleh dia buat sesuka hati dia saja.... Sekeluarga tu sama saja buatannya.  Jiran2 atau sedara mara yg datang melawat pon sama saja. Mentang2lah anak sedara mereka membayar harga bilik tu. Berkelah sakan. Penoh dgn kemeriahan. Yang tak tahannya bila dia mainkan laptopnya dgn lagu2 hindustan tu dgn kuat.... pasang balik sinetron yg dia minat tu.... walhal depan tu dah ada TV ( remote TV pon ada di tangan mereka). Mentang2lah di bayar.

Dia juga patut tau yg orang lain dalam bilik tu jugak bayar, mungkin bayar lebih lagi pada dia.
"Adam, mari kita pindah bilik... 220-1"
Selesai masalah. Khabarnya misi hairan kenapa yg lain jugak ikut berpindah. "Kami' maafkan kamu, mungkin salah kami kerana di wadkan bersama kamu". Maafkan kami semua.

Jumaat, 1 Mac 2013

Pemberontakan Lahad Datu.

Pandangan dari sudut berbeza:
Oleh : MUTALIB M.D

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak
boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)
 

Rabu, 27 Februari 2013

Krisis Lahad Datu.



Yang aku pelik.... kenapa mudah sangat orang masuk dgn senjata ke dalam negara ini? Adakah kerana 'persahabatan' kita membiarkan mereka bergilir2 masuk keluar negara kita ini, sambil2 mengumpul senjata? Seolah2 menunjukkan kpd musuh luar betapa lemahnya risikan dan kawalan sempadan negara?....yg lain tu biaq 'depa' selesaikan pasai pemberontak itu dah masuk dalam dah...

Pemberontakan Lahad Datu

Bolehkah dinamakan pemberontakan. Bukankah itu penjajahan atau penjarahan. 
Hakikatnya.. Pihak dibertanggungjawabkan  semua ambil mudah perkara keselamatan negara dan mungkin anggota TIDUR dalam Pos Kawalan atau Pegawai dan anggota pergi kat Pulau Sebatik 'bersenang'. Adakah sempadan / Perairan negara tidak perlukan Polis Marin yg dibubar dan diganti dgn APMM ? Hakikatnya semua tahu dan arif yang Malaysia bersempadan dengan negara yang amat berminat dengan Sabah. Kemana Kecanggihan RISiK Tentera, Mana dia SB PDRM ( terkenal dengan perisikan / security Information ) sehingga musuh dah berkampung kat Kg Tanduo dengan senjata perang, kalau penyeludup barangan seperti ROKOK boleh pula ditembak, meyeludup benih kerang pun boleh kena tembak oleh Maritim.. Kumpulan Bersenjata masuk ke negara Malaysia ibarat sudah menceroboh negara dan undang-undang negara menyatakan ia telah melancarkan Perang terhadap YD Agong... Kenapa harus ada perundingan lagi,Kenapa ada lanjutan tempoh demi lanjutan. Penceroboh sudah tahu risiko ditembak tanpa was-was..Adakah anggota keselamatan sudah tidak berani mati untuk negara..Contoh Orang Kampung kat Sabah yang memiliki senjata tiruan pun sudah kena dakwa tanpa ampun sedangkan pemilik cuma nak guna untuk memburu binatang bagi menyara anak-anak...?
Inilah ruang yg diberi kpd rakyat utk tidak  MEMPERCAYAI KERAJAAN BN.. 

 
Berlembut sudah, berkeras dan bertegas la pulak Malaysia.

Selasa, 26 Februari 2013

PRU 13

Belom ada pon lagi soksek2 nak bubar perlimen ke 12. Tapi yg aku tengok merata2 dah mula kempen, mula pasang banner ceramah. Tak kira pihak biru ka, hijau ka, merah ka.... semua ada. Kalau soratkhabar masing2 tak kira la lagi.

Ni yg dok pening kepala dok pikiaq ni.... kata depa tak boleh kempen sebelom parlimen bubar., tapi yg aku dok tengok dok dengaq depa dok kempen sakan dlm TV tu apa kebenda tak tau..., kalau betoi kata adil, demokrasi sama rata.... toksah la dok kacau telinga kami ni dgn kempen2 hangpa. Cemuih aih.

Kalau kempen dan makicarut dlm internet tu kira boleh terima sikit2 la.... sebab yg tu sendiri punya. Blog dia, ikut suka dia la... Ni kalau TV dan soratkhabar perdana ni kira umum la... Tambah2 lagi TV tu semua org ada. Apa kata, sekali depa kempen, sekali jugak la bagi depa nu keluaq TV... baru syiok nak dengaq.

Ahad, 24 Februari 2013

Solat Jumaat Asli

Perkampungan Orang Asli suku Kaum Temiar, Kampung Jalong Tinggi, Kampung Kenang, Sungai Siput, Perak. Sempat bersolat Jumaat bersama mereka di sebuah surau yg dibina dalam kawasan Sekolah Agama Hidayah. Dewasa dan anak2 sekolah Kg Kenang menjadi makmum pada setiap Jumaat, cukuplah untuk mendirikan solat Jumaat. Yang berlainannya ikut kata kenalan adalah kerana pd setiap kali selepas Solat Jumaat akan ada 'dermawan' yg akan mengadakan jamuan/kenduri kpd penduduk orang asli yg hadir berJumaat tersebut. Hari itu Tn. Hj. Rahman mengadakan jamuan nasi berlauk dan air sirap. Katanya," kami buat begini untuk menarik hati anak2 orang asli supaya hadir bersembahyang Jumaat, ini sebagai tanda sokongan kami kepada mereka yg memilih Islam. Ini adalah sebahagian drp usaha kami masyarakat Islam setempat untuk membantu mereka."

sk. kampong Kenang, Sg Siput, Perak

Jumaat, 22 Februari 2013

Sembahyang Jumaat



Alhamdulillah.... ini kali ketiga aku diberi selipar lain semasa nak balik ke rumah selesai solat Jumaat di masjid ini(slipar yg orang tu tinggai la).....3 kali dah!.... kira sedeqah sajalah. Aku nak beli lain. Yg depa beri tu macam kapai layaq....

Kerajaan minoriti



Sistem berparlimen di Malaysia boleh memudaratkan majoriti sekiranya tidak diurus dgn betul. Sebabnya pemerintah di Malaysia ditentukan dgn bilangan kerusi di parlimen bukan bilangan pengundi. Parti yg banyak kerusi akan menjadi ketua pemerintah...tidak semestinya yg menang itu majoriti keseluruhan, hanya majoriti peti undi itu saja.... dan untuk mengekalkan minoriti terus berkuasa ( sekiranya minoriti dah kuat) maka akan diuruskan persempadanan semula, memindahkan dan mengelompokkan pengundi..... yg lemah akan mudah terpinggir..... dlm pikiran aku gitu le gamaknya!

Khamis, 21 Februari 2013

Orang Tamak Selalu Untung

Kalau dulu ada perumpamaan, 'orang tamak selalu rugi' dan dinukilkan bersama gambar anjing yg menggonggong tulang yg melihat diri ke dalam air. Anjing tersebut ingin merebut tulang yg terlihat sehingga tulang yg digonggong terlepas. Dan ada juga diceriterakan bagaimana tamaknya Lebai Malang yg terpaksa menyongsong arus memenuhi jemputan dan perilakunya ingin menangkap sebanyak yg mungkin burung punai.
Tapi yg ini, kalau mereka tamak, nampaknya mereka yg untung... yg rugi orang yg belakang atau lambat. Sapa lambat alamatnya jeling tray kosong saja laa. Ini namanya 'tamahak'. Semua yg ada nak diambil dan akhirnya ke bakul sampah jua. Mungkin kerana tekak tak terima atau memang dah kenyang, atau cuma suka2.... Cuba perhatikan sekeling anda bila anda menghadiri majlis2 yg ada makan2 secara bufet. Layan dirilah konon......... .

Sabtu, 16 Februari 2013

Shopping sakan


Selasa : 12 Februari 2013, jam 3.18pm.
Lokasi: sebuah pam minyak ada kedai ala2 hypermarket!

Geram sunggoh aku..... singgah di satu pam minyak yg ada kedai tu. Lain kali nak shopping pon pam la dulu minyak tu... ( aku tau dreba ni shopping bila dia mai ke keta dia di dua tangan dia penoh dgn barang2.... minuman dan makanan ringan.)  Betoi la benda macam ni takdak dlm silibus sekolah.  Benda2 lagu ni kena pikiaq akai la, kalau kena kat sendiri agaknya dia ni jenis tak apa kot..Awat? Kalau pam minyak dulu, lepas tu alih keta... baru pi shopping tak boleh ka... shopping pi la 2 jam pon tak dak sapa nak marah... kalau ada laki, kot2 laki la nak marah pon pasai isi minyak apa lama sangat sampai 2 jam..hehehehe....Hangpa penah kena ka lagu ni?

Jumaat, 15 Februari 2013

Sejarah Alor Setar - Ringkasan 9

Zaman DYMM Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Mu'adzam Shah, Sultan Kedah ke 19. 1710 - 1778

1735
Setelah selesai kawasan baru diteroka, bangunan istana yg lengkap dgn balai nobat, balai besar dan masjid siap dibina, Baginda Sultan Muhammad Jiwa pon berpindah dr Kota Bukit Pinang ke Istana Kota Setar pd 15 Syaaban, 1148 (1735M). Sejak itu Kota Setar atau Alor Setar dgn rasminya menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri baru Kedah Darulaman.

Mac 1771
Armada Bugis kali ketiga pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kota Kuala Kedah dan Alor Setar. Istana Kota Setar dan Balai Besar dibakar musnah, dan Sultan terpaksa menyelamatkan diri ke Perlis. Kesan drp peristiwa tersebut bermulalah hubungan awal di antara Kedah dan Syarikat Perdagangan Inggeris India Timur yg berpusat di Madras.

20 April, 1772
Perjanjian pertahanan dan perdagangan pertama Kedah-Inggeris dimaterai. Kota Kuala Kedah dan pelabuhannya termasuk urusan pungutan cukai pelabuhan diserahkan kpd Inggeris utk biaya pertahanan yg diperlukan oleh Kedah. Perjanjian tersebut dibatalkan kerana kegagalan wakil Inggeris, Edward Monckton menyediakan angkatan perang utk menentang balas dan mendapatkan kembali harta rampasan dr Bugis di Selangor.

1778
Sultan Muhammad Jiwa mangkat dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Baginda digelar Marhum Kota Setar I, juga dikenali sebagai Marhum Kayang.

Khamis, 14 Februari 2013

Sejarah Alor Setar - Ringkasan 8

Zaman DYMM Sultan Abdullah Mukarram Shah, Sultan Kedah ke 20, 1778 - 1797.

1780
Baginda membina semula Kota Kuala Bahang (Kuala Kedah) menurut rekabentuk Syeikh Abdul Jalil AlMahdani, Mufti Kedah.

1786
Inggeris dibenarkan menduduki Pulau Pinang setelah berjanji akan membantu Kedah jika diserang Siam. Kapten Francis Light mula mendarat di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786.

1791
Sultan Abdullah mengarahkan angkatan perangnya berkubu di Perai sebagai persediaan utk merampas kembali Pulau Pinang krn kegagalan Inggeris membantu Kedah spt yg dijanjikan. Tetapi angkatan Inggeris berjaya dulu mengalahkan  angkatan Kedah di Perai berakhir dgn Perjanjian Damai yg ditandatangani di Kota Cornwallis pd 1 Mei 1791. Perjanjian ini mengandungi 9 fasal dan pada bahagian awalnya kedua pihak akan hidup berbaik-baik dilaut atau didarat dan kekal selagi 'matahari dan bulan bercahaya'. Kedah diwakili oleh Sharif Muhammad, Tunku Alang Ibrahim dan Dato' Penggawa Telibung.

Ringkasan 7 SINI

Rabu, 23 Januari 2013

Sejarah Alor Setar - Ringkasan 7

Zaman DYMM Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke 21, 1797 - 1843.

1797
Disebabkan baginda masih muda, Baginda dipangku oleh ayahnda saudaranya iaitu Tunku Dhiauddin yg bersemayam di Kota Indera kayanngan (Perlis) dgn memakai gelaran Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1797 - 1804).

1800
Sultan Dhiauddin (Pemangku Sultan) membenarkn Inggeris mengambil Seberang Perai. Perjanjian yg mengandungi 14 perkara itu ditandatangani pd 6 Jun 1800 (Rabu, 12 Muharram, 1215). Pembantu Gabenor, Sir George Leith mewakili pihak Inggeris sementara pihak Kedah diwakili oleh Hakim Ibrahim. Pada bahagian awalnya kedua pihak berjanji akan bersahabat baik di laut atau di darat 'selama dan selagi adalah bergerak dan bercahaya matahari dan bulan' (as long as the sun and moon retain their motion and splendour').

1801 - 1802
Geran pemilikan tanah paling awal dapat dikesan ialah bertarikh Isnin : 4 Safar 1216 ( 16 Jun 1801) utk daerah Sungai Baru, Gunong dan sepucuk lagi utk Kampung Padang Lalang, Alor Janggus yg bertarikh Ahad : 19 JamadilAkhir, 1217 (1802M). Kedua2nya mengandungi cap mohor Sultan Dhiauddin (Pemangku Sultan) dan Tunku Bisnu (Raja Muda).

1804 - 1808
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II menaiki takhta secara rasmi pd 1804. Sengketa perebutan takhta antara saudara2 baginda sering berlaku tp dapat dipatahkan dgn campurtangan Siam pd Januari 1808. Satu pembahagian kuasa telah diputuskan dgn baginda terus menjadi Sultan,  Tunku Ibrahim menjadi Raja Muda (berpusat di Kota Kuala Muda), dan Tunku Bisnu dilantik menjadi Raja Negeri Setul Mambang Segara.

1809 - 1810
Angkatan perang Kedah diminta membantu Siam menumpaskan pemberontakan  Patani dan menentang pencerobohan tentera Burma di Salang (Phuket). Salang jatuh ke tangan Burma pd 9 zulhijjah 1224 (1809M).

1818
Siam sekali lagi meminta bantuan Kedah dgn tekanan menyerang Perak dan Perak dikalahkan pd bulan September dan  terpaksa mengakui ketuanan Siam.

 November 1821
Angkatan perang Ligur/Siam menyerang Kota Kuala Muda dan Alor Setar. Sultan Ahmad Tajuddin yg berada di Pulau Tiga, Kuala Muda  berjaya menyelamatkan diri ke Pulau Pinang. Berlakul12ah penghijrahan beramai2 ke Seberang Prai krn tidak sanggup menderita dibawah belenggu musuh. Tentera Ligur menjadikan Kota Kuala Muda dan Alor Ganu sebagai pusat pentadbiran dan pertahanannya. Alor Setar tinggal terbiar selama hampir 50tahun.

1824
John Anderson yg pernah berkhidmat di Pulau Pinang sebagai penulis dan penterjemah Bahasa Melayu telah mencatatkan sebelum serangan Siam ke Kedah (1821), jumlah rumah kediaman di Alor Setar ditaksirkan sebanyak 2000 buah.

Ditempat2 lain dicatatkan; Mempelam 20, Mergong, Gg. Sali dan Batin 70, Telok Yan 10, Kancut dan Lubok Peringgi masing2 10, Alor Raja 30, Alor Semadun 20, Alor Merah, Suka Menanti dan Anak Bukit 300, Pumpong 40, Titi Gajah dan Tokama masing2 10, Padang Saujana 100, Akar Peluru 20, Ganding 22, Pengkalan Kundor, Tg. Misri dan Gerigis masing2 10, Derga dan Titi Siam 100, Alor Malai dan Hutan Pulai masing2 20, Tajar 40, Pagar Air 80, Kubang Buaya 10, Pangkalan Macang, Limbong, Pengkalan TokMea dan Alor Betangar 500, Terong Asam 20, Lepai 40, Pagkalan Gajah Mati 200 dan Kg. Saplu 10.

20 Januari 1826
Persetiaan Burney dimaterai diBangkok di antara Kerajaan British dan Siam. Menurut Artikel 13, Inggeris berjanji tidak akan membenarkan sebarang gerakan  atau serangan dr luar yg akan mengancam Siam di Kedah, disamping mereka tidak boleh lagi melindungi Sultan Ahmad Tajuddin yg berada di Pulau Pinang. Sejak itu Inggeris mula melakukan rondaan sepanjang pantai Kedah. Kapal yg lengkap bermeriam dikirim ke kawasan tersebut., antaranya spt; Hyacinth, Diamond, Pearl, Emerald, Wolf, Crocodile, Diana dan Zephyr.

1829 - 1831
Tunku Kudin ( Syed Zainal Abidin) merupakan wira Diraja Kedah pertama memimpin satu pasukan seramai 5000 perajurit Melayu membuat serangan mengejut utk merampas kembali Kota KualaKedah dari Siam tetapi gagal. Percubaannya yg kedua telah berjaya. Kota itu dpt diduduki kembali pada 24 April 1831. Tetapi setelah 5 bulan bertahan, mereka telah dikepung selama beberapa bulan oleh tentera Siam yg didatangkan dari Ligor. Tunku Kudin yg kehabisan makanan akhirnya terkorban bersama2 dgn pengikutnya yg setia.

1831 - 1836
Setelah 5 tahun Persetiaan Burney ditandatangani, barulah pihak Inggeris berupaya memint Sultan Ahmad Tajuddin meninggalkan Pulau Pinang dan tinggal di Melaka. Baginda akhirnya mendpt simpati drp Melayu Siak dan Beruas. Dlm tahun 1836, Baginda berjaya menyiapkan angkatan tentera di Beruas utk melakukan serangan terhadap Siam di Kedah. Kerajaan Inggeris mengetahui rancangan Baginda dan segera menghantar Kapten McCreagh ke Beruas dan menghantar semula Baginda ke Melaka.

1838 - 1839


Tunku Muhammad Saad, seorang lagi wira diRaja Kedah telah berjaya mengumpulkan hampir 10 000 penyokongnya dan melancarkan serangan mengejut dan berjaya menawan Kota Kuala Kedah, Alor Setar dan Alor Ganu. Tentera Ligor dpt diundurkan dr Kedah pd 1838. Angkatan itu kemudiannya mara lagi ke utara dan berjaya menawan beberapa daerah di selatan Thai spt Terang, Singgora dan beberapa kawasan Patani. Tetapi pd bulan Februari 1839, angkatan Siam yg lebih ramai bilangannya berjaya menyekat kemaraan angkatan Tunku Muhammad Saad. Mereka dpt diundurkan dan Siam berjaya menduduki semula Kedah. Tunku Muhammad Saad berjaya menyelamatkan diri ke Pulau Pinang.

Ringkasan 6 SINI  Ringkasan 8 SINI