Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 15 Februari 2013

Sejarah Alor Setar - Ringkasan 9

Zaman DYMM Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Mu'adzam Shah, Sultan Kedah ke 19. 1710 - 1778

1735
Setelah selesai kawasan baru diteroka, bangunan istana yg lengkap dgn balai nobat, balai besar dan masjid siap dibina, Baginda Sultan Muhammad Jiwa pon berpindah dr Kota Bukit Pinang ke Istana Kota Setar pd 15 Syaaban, 1148 (1735M). Sejak itu Kota Setar atau Alor Setar dgn rasminya menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri baru Kedah Darulaman.

Mac 1771
Armada Bugis kali ketiga pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kota Kuala Kedah dan Alor Setar. Istana Kota Setar dan Balai Besar dibakar musnah, dan Sultan terpaksa menyelamatkan diri ke Perlis. Kesan drp peristiwa tersebut bermulalah hubungan awal di antara Kedah dan Syarikat Perdagangan Inggeris India Timur yg berpusat di Madras.

20 April, 1772
Perjanjian pertahanan dan perdagangan pertama Kedah-Inggeris dimaterai. Kota Kuala Kedah dan pelabuhannya termasuk urusan pungutan cukai pelabuhan diserahkan kpd Inggeris utk biaya pertahanan yg diperlukan oleh Kedah. Perjanjian tersebut dibatalkan kerana kegagalan wakil Inggeris, Edward Monckton menyediakan angkatan perang utk menentang balas dan mendapatkan kembali harta rampasan dr Bugis di Selangor.

1778
Sultan Muhammad Jiwa mangkat dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Baginda digelar Marhum Kota Setar I, juga dikenali sebagai Marhum Kayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan