Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Telanjang lagi

Orang kita memang sensitif... 

Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim, baru sedar selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi. 

Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama mengamalkan poligami, baru sedar ramai rupanya selama ini anak-anak kita ramai berpacaran tanpa nikah tapi dah macam laki bini. 

Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing, baru sedar selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV. 

Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan jawi dicetak terbalik, baru sedar selama ini AlQuran yang dicetak betul hanya hiasan almari. 

Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik tidak menutup aurat, baru sedar selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan ratu cantik pun berpakaian begini. 

Orang kita memang sensitif dengan berita DNA babi dalam makanan, baru perasan sebenarnya rokok yang ramai hisap memang sudah difatwakan haram selama ini. 

Teguran dan muhasabah ini untuk diri sendiri dan renungan bersama....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan