mengala bendang....
Semasa padi semusim dulu... seronok sungguh ... musim hujan mula turun.. ligan burung puyuh dan belalang goh ..luka habieh betis kena perdu padi. Selepas tenggala tanah , dulu2 guna kerbau,..lepaih tu pakai 'kubota'....menyisiak bendang, bawa serkap ligan ikan... masa padi muda .. serampang ikan , buat pelompat, korek lubang, tahan tuarq udang kepala hijau.... mengail puyu umpan lepek dan tahan taut umpan cacing liar.... bila tuan padi buka ayak , tahan tuarq ..masa ni ada yg buat emping padi.. bila padi mula menguning dan air dalam bendang dah mula nak kering, gagau ikan pula.. tuan bendang jenuh marah pasai dok lanyau padi depa.. kita budak2 kan reti apa...... lepas tu menimba telaga pulak............... lauk tak gadoh2 nak beli... buat paih, pekasam, masak asam pedas, yang lebih buat kering ( sepat, haruan, keli ,puyu.......)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan