Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 15 Jun 2012

BUAT BAIK BERPADA-PADA?



15 June 2012
Lokasi : Bank, Pekan Baling
(peringatan utk diri sendiri)
Aku selalu pi bank ni. Dan kerap dah jadi. Tapi kali ni nak tulis pulak. Dah geram dlm hati. Cerita begini. Aku ada urusan yg tak boleh buat di ATM. Sampai bank seperti biasa aku akan ambil nombor 'tingtong'..nombor tu 1120 dan masa tu nombornya dah sampai 1118. 7 kaunter semua buka dan semua ada pelanggan. Sekejap tu 'tingtong' 1119. Aku ingat lepas ni aku laa. Tunggu punya tunggu, pelanggan dah silih berganti ke kaunter. Nombor aku tak 'tingtong' lagi pon. Aik, susah jugak kalau hanya sorang dua yg 'baik' kerana ambil nombor giliran sedangkan yg lain main lambai2 saja. Aku terasa sangat teraniaya kerana aku terambil nombor giliran. Kononnya kesiankan orang lain yg dah lama sampai, tak mau potong Q walaupon aku boleh potong Q kerana 'orang' tu dah beri lampu hijau. Rugi di dunia kerana menghabiskan masa tunggu giliran yg dah di potong2...dan mungkin jugak rugi akhirat kerana aku menyumpah seranah dlm hati. (Ya Allah, Kau ampunkan dosa2 ku kerana mengungkit kebaikan aku yg sedikit ini dan aku menyumpah2 kerana tidak sabar dalam menunggu giliran. Aamiinn!)

3 ulasan:

  1. Tingtong yang membuatkan cerita u tambah menarik hehehe

    BalasPadam
  2. tu la baik sgt...lain kali hati2.
    supaya hati tak sakit..konon nk bt baik,hati sendiri yg merana..dok menyumpah dlm hati , dah dpt dosa kering..kan dah mkn hati.hahaha

    BalasPadam
  3. tingtong2 sapa yg kenaa......

    BalasPadam