Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 26 Jun 2011

Pok amai-amai......

BERPANTUN DGN KAWAN2 FACEBOOK

Mula.....
Tepuk amai-amai,
belalang kupu-kupu,
belajar sampai pandai,
tekun baca buku.

  • belajar sampai pandai
    tekun baca buku
    bila sudah pandai
    boleh tolong ibu...

    pada 28hb Disember 2010 pukul 8.48 pagi · 

  • Wahid Bahri Bila sudah pandai,
    boleh tolong ibu;
    tapi tok sah dok mamai,
    nanti nangis tak berlagu...

    pada 28hb Disember 2010 pukul 8.55 pagi · 

  • Salehi Hassan Tok sah dok mamai,
    Nanti nangis tak berlagu,
    Tok sah dok memandai,
    Ikut cakap cikgu.

    pada 28hb Disember 2010 pukul 9.10 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎......
    toksah dok memandai
    ikut cakap cikgu
    kalau ngaji pon do mamai
    itu tanda tak berkat ilmu
    ..

    pada 28hb Disember 2010 pukul 11.16 pagi · 

  • Zulkarnain Ossman
    kalau ngaji pun dok mamai,
    itu tanda tak berkat ilmu;
    meh le kita reramai,
    mengaji kat tok guruuuu

    pada 28hb Disember 2010 pukul 11.20 pagi · 

  • Mohd Yunos
     Meh le kita reramai,
    mengaji kat tok guru;
    kalau masih lagi mamai,
    masuk bulatan bersama tok guru.

    pada 28hb Disember 2010 pukul 6.10 ptg · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Kalau masih lagi mamai,
    Masuk bulatan sama tok guru,
    Moh kita ramai-ramai,
    Buat barisan baju biru........kahkahkah...
    ..

    pada 29hb Disember 2010 pukul 3.57 ptg · 

  • Salehi Hassan ‎-----
    Moh kita ramai2,
    Buat buat barisan baju biru.
    Kalau semua sudah pandai,
    Kita tunggu saja PRU.

    pada 29hb Disember 2010 pukul 9.43 ptg · 

  • Zulkarnain Ossman
    kalau semua sudah pandai,
    kita tunggu saja PRU.
    usah pangkah jenis pecacai,
    usah pangkah kaki sapu....hehehe

    pada 29hb Disember 2010 pukul 10.15 ptg · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Usah pangkah jenis pencacai,
    Usah pangkah kaki sapu,
    Bukan semua tak pandai,
    Dema ni kebanyakkannya penipu......huhuhu

    pada 29hb Disember 2010 pukul 11.55 ptg · 

  • Zulkarnain Ossman
    bukan semua tak pandai,
    dema ni kebanyakannya penipu,
    kita yang pangkah tu bingai,
    kununnya membodek dan mengampu...hahaha

    pada 30hb Disember 2010 pukul 1.15 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎.....
    kita yang pangkah tu bingai,
    kununnya membodek dan mengampu,
    bila dah pangkah baru menyesai
    lima tahun lagi kena dok tunggu....hihihihi

    pada 30hb Disember 2010 pukul 3.04 pagi · 

  • Amir Hamzah Mohamad
     Bila dah pangkah baru menyesai,
    Lima tahun lagi kena dok tunggu,
    Yang penting dendam dah langsai,
    Yang lain-lain pegi mampus la Lu........huhuhu

    pada 30hb Disember 2010 pukul 3.58 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎.....
    yang penting dendam dah langsai,
    yang lain lain pegi mampus la lu,
    jangan nanti hancoq luluh dan lunyai,
    sebelom nak pangkah pikiaq lah dulu....
    .

    pada 30hb Disember 2010 pukul 4.49 pagi · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Jangan nanti hancoq luluh dan lunyai,
    Sebelom pangkah pikiaq la dulu,
    Depa ni semua dah pandai,
    Dah tak sabaq-sabaq nak kerajaan baghu..

    pada 30hb Disember 2010 pukul 4.54 pagi · 

  • Salehi Hassan ‎----
    Depa ni semua dah pandai,
    Dah tak sabaq-sabaq nak kerajaan baru,
    Jangan pangkah siperangai tupai,
    Melompat saja yang dia tahu.

    pada 30hb Disember 2010 pukul 5.30 pagi · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Jangan pangkah siperangai tupai,
    Melompat saja yang dia tahu,
    Kuat melompat kita abai,
    Kuat meliwat kita siku........kahkahkah

    pada 30hb Disember 2010 pukul 5.35 pagi · 

  • Zulkarnain Ossman
    kuat melompat kita abai,
    kuat meliwat kita siku,
    hak perogol patut ditibai.
    hak berkhalwat kita heret dulu.....hahaha

    pada 30hb Disember 2010 pukul 7.00 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎....
    hak perogol patut ditibai,
    hak peliwat kita heret dulu,
    kita patah patah macam cabai
    kita buat cicah dengan budu....hahahaha

    pada 30hb Disember 2010 pukul 7.11 pagi · 

  • Zulkarnain Ossman
     kita patah-patah macam cabai
    kita buat cicah dengan budu,
    orang melayu tak pandai-pandai
    asyik-asyik mudah ditipu....kahkahkah..
    .

    pada 30hb Disember 2010 pukul 7.14 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎.....
    orang melayu tak pandai-pandai,
    asyik-asyik mudah ditipu,
    sapa kata melayu tak pandai,
    siang malam pi ceramah tok guru.....

    pada 30hb Disember 2010 pukul 7.27 pagi ·  ·  Seorang

  • Zulkarnain Ossman
     sapa kata melayu tak pandai
    siang malam pi ceramah tok guru
    hak pi memanglah pandai
    yang tak pi ni haru-biru....huhuhu

    pada 30hb Disember 2010 pukul 7.33 pagi · 

  • Salehi Hassan ‎------
    Hak pi memanglah pandai,
    Yang tak pi ni haru-biru,
    Ada yang pi singgah dikedai,
    Dapat fulus baru serbu.

    pada 30hb Disember 2010 pukul 8.11 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎.....
    Ada yang pi singgah dikedai,
    Dapat fulus baru serbu.,
    kita saja yg memandai-mandai,
    mungkin depa semua dah tahu...

    pada 30hb Disember 2010 pukul 8.15 pagi · 

  • Salehi Hassan
    Kita saja yg memandai-mandai,
    Mungkin depa semua dah tahu,
    Orang Penang kata baru ada akai,
    Depa dok gelak,kita dok tergaru-garu.

    pada 30hb Disember 2010 pukul 8.20 pagi · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Orang Penang kata baru ada akai,
    Depa dok gelak, kita dok tergaru-garu,
    Jangan jadi macam sakai,
    Kasut pun letak di almari baju.....
    .

    pada 30hb Disember 2010 pukul 10.10 pagi · 

  • Zulkarnain Ossman
    jangan jadi macam sakai,
    kasut pun letak di almari baju,
    hak bodoh belajar jadi pandai.
    hak pandai ajar jadi guru....

    pada 30hb Disember 2010 pukul 12.45 ptg · 

  • Wahid Bahri
    Jangan jadi macam sakai,
    kasut pun letak di almari baju;
    Melayu pun dok serabai,
    sana sini asyik melahu...

    pada 30hb Disember 2010 pukul 12.51 ptg · 

  • A Ghozali Mehad ‎....
    hak bodoh belajar jadi pandai.
    hak pandai ajar jadi guru....
    hak pandai jadi macam kaldai,
    hak bodoh jadi macam lembu..
    ...

    pada 30hb Disember 2010 pukul 12.52 ptg ·  ·  Seorang

  • A Ghozali Mehad ‎......
    Melayu pun dok serabai,
    sana sini asyik melahu...
    walau hari-hari kena tibai
    depa tetap dok macam tu...

    pada 30hb Disember 2010 pukul 12.56 ptg · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Melayu suka jadi pencacai,
    Marah pulak kalau dibantu,
    Alim berlagak lebai,
    Anak sendiri pun depa sapu......huhuhu

    pada 30hb Disember 2010 pukul 1.21 ptg · 



  • A Ghozali Mehad ‎.....
    Alim berlagak lebai,
    Anak sendiri pun depa sapu...
    walaupun kita ibarat sekapai,
    masing2 hati sendiri tahu....

    pada 30hb Disember 2010 pukul 11.07 ptg · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Walaupun kita ibarat sekapai,
    masing2 hati sendiri tahu,
    Pagi2 ni dah pekena tapai,
    tengahari nanti pekena tauhu......hehehe

    pada 31hb Disember 2010 pukul 12.12 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎........
    Pagi2 ni dah pekena tapai,
    tengahari nanti pekena tauhu..
    jom ke masjid kena sampai,
    masa khutbah jangan dok melahu.....hehehehe...keny
    ang tauhu

    pada 31hb Disember 2010 pukul 12.26 pagi · 

  • Wahid Bahri
    Jom ke masjid kena sampai,
    Masa khutbah jgn dok melahu;
    Nak bina masjid guna duit sekapai,
    Dah siap tak ada sapa nk ke situ.

    pada 31hb Disember 2010 pukul 3.38 pagi · 

  • Amir Hamzah Mohamad
     Nak bina masjid guna duit sekapai,
    Dah siap tak ada sapa nak ke situ,
    Ajak lah anak,isteri ipar duai,
    Biar sesak sampai ke pintu....... 


    banyak pantun dakwah hari Jumaat ni......hehehe

    pada 31hb Disember 2010 pukul 3.55 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎.....
    Ajak lah anak,isteri ipar duai,
    Biar sesak sampai ke pintu.
    Bila kita jemaah beramai-ramai,
    Mudahlah rezeki datang bertamu..

    pada 31hb Disember 2010 pukul 7.33 pagi · 

  • Zulkarnain Ossman
    bila kita jemaah beramai-ramai
    mudahlah rezeki datang bertamu
    negara kita aman dan damai
    rakyat hidup bersatu padu

    pada 31hb Disember 2010 pukul 7.39 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎.....
    negara kita aman dan damai
    rakyat hidup bersatu padu
    banyak sungguh idea dok mai
    tulis pantun sampai tak mahu.....
    .mai mana idea begitu banyak?

    pada 31hb Disember 2010 pukul 7.52 pagi · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Banyak sungguh idea dok mai,
    tulis pantun sampai tak mahu,
    Bangkok, Kuala Lumpur hingga Chengmai,
    Jauh perjalanan menambah ilmu....
    .....jawab tak pantun hang

    pada 31hb Disember 2010 pukul 9.26 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎.....
    Bangkok, Kuala Lumpur hingga Chengmai,
    Jauh perjalanan menambah ilmu.
    Hang jawab dok dalam mamai,
    tapi kira dah jawab lah tu....
    ..hahahahaha...dah makin kering idea..

    pada 31hb Disember 2010 pukul 10.37 pagi · 

  • Amir Hamzah Mohamad
     Hang jawab dok dalam mamai,
    tapi kira dah jawab lah tu,
    Kalau idea susah dok mai,
    Cari lah lagi isu-isu baru........heheh
    e

    pada 31hb Disember 2010 pukul 10.39 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎........
    kalau idea susah dok mai,
    Cari lah lagi isu-isu baru.....
    tahun 2011 dah nak mai,
    agak2 ada jadi ka PRU......

    pada 31hb Disember 2010 pukul 10.42 pagi · 

  • Azizan Puteh
    tahun 2011 dah nak mai,
    agak2 ada jadi ka PRU......
    jangan kita dok mamai,
    selesai azam lama buat azam baru....he..he..

    pada 31hb Disember 2010 pukul 10.51 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎....
    jangan kita dok mamai,
    selesai azam lama buat azam baru.,
    aku dok sangka tahun nak mai,
    tentu depa pulon buat PRU,......
    nak PRU jugak!

    pada 31hb Disember 2010 pukul 11.15 pagi · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Aku dok sangka tahun nak mai
    tentu depa pulun buat PRU,
    PRU tak akan mai,
    BN sekarang banyak isu.......
    ..hehehe

    pada 31hb Disember 2010 pukul 11.21 pagi · 

  • Azizan Puteh
    PRU tak akan mai,
    BN sekarang banyak isu.......
    kita hidup aman damai,
    mari kita saling membantu....

    pada 31hb Disember 2010 pukul 11.28 pagi · 

  • A Ghozali Mehad ‎...
    kita hidup aman damai,
    mari kita saling membantu...
    awat dok takut pada tahun baru nak mai,
    kalau berani buat la PRU tu......
    ..hehehehe ramai dok tunggu..

    pada 31hb Disember 2010 pukul 11.30 pagi · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Awat dok takut tahun baru nak mai,
    Kalau berani buat la PRU,
    Ni bukan zaman Pak Lah mamai,
    Najib kata tak leh buat lagu tu......
    ..hehehe

    pada 31hb Disember 2010 pukul 11.44 pagi · 

  • Wahid Bahri
    Ni bukan zaman Pak Lah mamai,
    Najib kata tak leh buat lagu tu;
    IKut hati mati ikut nafsu pokai,
    Ikutlah sunah Rasul dan Allah yang satu.

    pada 31hb Disember 2010 pukul 12.49 ptg · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Ikut hati mati ikut nafsu pokai,
    Ikutlah sunnah dan Allah yang satu,
    Azam baru hendak digapai,
    Sempena menyambut tahun baru..
    ....

    pada 31hb Disember 2010 pukul 4.09 ptg · 

  • Maimun Halim
    Azam baru hendak digapai,
    Sempena menyambut tahun baru,
    Azam dulu belum tercapai,
    Buat yang baru jangan keliru.

    pada 01hb Januari pukul 12.54 ptg · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Azam baru belum tercapai,Buat yang baru jangan keliru,
    Kalau penat berhenti di Sungkai,
    Singgah Bidor beli jambu batu.
    .....hehehe

    pada 01hb Januari pukul 12.59 ptg · 

  • A Ghozali Mehad ‎....
    Kalau penat berhenti di Sungkai,
    Singgah Bidor beli jambu batu...
    lama sudah pi baru sudah mai,
    azam yang banyak jadikan satu...
    ..jgn banyak2 nanti tak capai...

    pada 01hb Januari pukul 1.04 ptg · 

  • Amir Hamzah Mohamad
    Lama sudah pi, baru sudah mai,
    azam yang banyak jadikan satu,
    Tahun baru anak tambah ramai,
    Biarlah bini masih yang tu......
    .hehehe

    pada 01hb Januari pukul 1.11 ptg ·  ·  Seorang

  • Wahid Bahri
    Tahun baru anak tambah ramai,
    Biarlah bini masih yang tu....
    Nak capai azam badan dh longlai,
    Tiap tahun dok lagu tu..
    .

    pada 01hb Januari pukul 9.13 ptg · 

  • Amir Hamzah Mohamad
     Nak capai azam badan dah longlai,
    Tiap tahun dok lagu tu,
    Tu bermakna rezeki lum sampai,
    sabar-sabar la menunggu......

    pada 02hb Januari pukul 12.49 pagi · 

  • Maimun Halim
    Tu bermakna rezeki lum sampai,
    Sabar-sabar la menunggu....,
    Kalau cita-cita hendak dicapai,
    Pecahkan ruyung dapatkan sagu.

    pada 04hb Januari pukul 9.48 pagi · 

  • Amir Hamzah Mohamad
     Kalau cita-cita hendak dicapai,
    pecahkan ruyung dapatkan sagu,
    Buah langsat buah rambai,
    Sedap lagi si jambu batu.............
    ...tuko topik...hehehe

    pada 04hb Januari pukul 1.38 ptg · 

  • A Ghozali Mehad ‎.....
    Buah langsat buah rambai,
    Sedap lagi si jambu batu..
    teringatkan kisah Sang Kelembai,
    semua dituding menjadi batu....
    ..tak dapat anggur katanya masam...

    pada 04hb Januari pukul 8.00 ptg · 

  • Maimun Halim
    Teringatkan kisah Sang Kelembai,
    Semua dituding menjadi batu,
    Koleksi emas cincin, gelang dan rantai,
    Untuk diwarisi anak menantu.

    pada 05hb Januari pukul 1.01 ptg · 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan