catatan ini sepatutnya diterbitkan pada hari guru~oleh sebab masalah tertentu maka tidak dapat diterbitkan pada tarikh tersebut.
HADIAH HARI GURU.
18 Mei 1987-Isnin, 10.20am. Bilik Guru SMK KM. Sabah..
Tahun itu hari guru (16 Mei) jatuh pada hari Sabtu. Sambutan dibuat pada Isnin berikutnya. Aku masa tu baru setahun jagung menjadi Pegawai Pendidikan. Sekolah pertama bertugas sebagai guru. Selesai sessi ucapan2 dan persembahan di tapak perhimpunan, guru dan pelajar diberi rehat sebelum meneruskan acara persembahan.
Aku di bilik guru. Kelihatan pelajar2 mundar-mandir mencari guru2 tertentu untuk disampaikan hadiah. Ada guru yg telah jenuh hadiah di atas meja. Ada guru yg mejanya masih tidak nampak sebarang hadiah. Aku adalah dua hadiah pemberian ketua kelas dari kelas yg aku ajari. Cemburu juga dihati bila melihat meja kekawan yg penuh dgn hadiah hari guru.
Sedang asyik membelek salah satu hadiah atas meja, ada seorang pengawas datang pada aku memberitahu bahawa kerani sekolah ingin aku ke pejabat. Aku bingkas ke pejabat sekolah. Sesampai di sana aku dimaklumkan bahawa seorang waris ingin bertemu dgn aku.
“Selamat pagi cikgu, saya ayah Rt, maaf cikgu, hari ini Rt tidak datang sekolah”.
“Ya, selamat pagi…err..kenapa Rt tidak datang sekolah?, kemarin ada dia bagitau saya dia akan datang sekolah utk sambutan hari guru”. Saya lihat waris tersebut memegang sebungkus beg plastik yg diikat rapi.
“Cikgu, Rt bilang dia malu mau ke sekolah kerana saya tidak dapat menyediakan hadiah yg diminta utk hari guru. Dia malu dgn kawan2nya. Saya dah usahakan tapi saya tak mampu. Saya dah gantikan, tapi dia malu bah cikgu mau bawa…..ini saya bawakan hadiahnya cikgu”. Sambil waris tersebut menghulurkan bungkusan beg plastik berikat rapi itu. Saya menyambut beg itu dan mengucapkan berbanyak2 terima kasih. Waris tersebut meminta maaf sekali lagi dan bergerak keluar dr pejabat sekolah. Bungkusan itu berbau semerbak…harum dan kekadang meloyakan.
Sesampai saja di bilik guru saya segera membuka bungkusan beg tersebut. Harum semerbak bau menyelinap keluar memenuhi segenap ruang bilik guru..
“Woi, sapa bawa buah tarap ni”, jerit seorang rakan guru dr semenanjung.
“Busuklah, buang!.” Tambah seorang lagi.
Memang buah tarap (buah terap-disini ada spesis buah terap yg dimakan) baunya agak tidak menyenangkan bagi kebanyakan orang dr semenanjung. Saya membuka dgn berhati2 beg buah tarap yg telah ranum itu. Terdapat sekeping kertas yg dikoyak dari buku tulis yg agak kusam. Di atasnya ada secoret kata2…ditulis menggunakan pensil dgn tulisan tangan yg agak tidak teratur kecil besarnya.
“SELAMAT HARI GURU. MAAFKAN ANAK SAYA CIKGU KERANA SAYA HANYA BOLEH BERIKAN HADIAH BUAH INI SAJA KEPADA CIKGU. KAMI ORANG MISKIN.”
Pelajar tersebut kini telah menjadi seorang guru dan kembali menabur bakti di daerah kelahirannya. Ingin juga hari ini saya ucapkan kepadanya, “SELAMAT HARI GURU”.
buah tarap..emm..sedap bah kalau makan..ini buah yg selalu farah tunggu2 bila musimnya...cikgu..cikgu buang ker buah tarap tu...seronok baca coretan2 cikgu ni....
BalasPadammakan sikit saja....tak tahan bau tu....tapi rasanya memang sedap!
BalasPadamKalau aku , aku akan makan sambil air mata yang meleleh..huhuhu
BalasPadam