Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Sabtu, 18 Jun 2011

PERMAINAN DULU2-Main Tuju Getah

(klik pd gambar utk besarkan)
MAIN TUJU GETAH PARA

Satu permaian yang mendapat 'ranking' teratas  masa dulu- main tuju getah para (getah gelang, getah ikat barang).


Bagaimana?
Mula2 dirikan para. Gunakan 2 batang kayu yang dipacakkan ke tanah. Jarak antara satunya agak2 1 kaki. Regangkan getah untuk menjadi para tempat letak getah2 yg dipertaruhkan.

Para yang digunakan utk letakkan getah pertaruhan

Permainan dimulakan dgn pertaruhan getah ikut bilangan yang dipersetujui..selalunya dalam bilangan 5 atau 10 utas.  

Gundu tagan atau ibu getah

Getah2 itu akan diletakkan di atas para tersebut yang akan di tuju/tembak menggunakan 'ibu' atau 'gundu tagan'....Pemain sekurang2nya 2 orang, lebih ramai lebih bagus.


Permainan dimulakan dgn melempar gundu tagan ke depan...gundu paling jauh akan mula tuju para getah dulu dari tempat gundu tagan berada. 


Getah2 yang jatuh dan tidak 'karan' akan dimiliki oleh pemain yg menjatuhkannya.



Karan atau tidak?

Getah2 yang dijatuhkan dari para dan tidak 'karan' akan menjadi milik pemain yang menjatuhkannya. Getah yang 'karan' akan diletakkan semula ke atas para dan pemain berikutnya akan 'bedil' sehingga getah itu habis...


Inilah permainan aku saban petang sepanjang musim main getah. Sebenarnya bagi aku permainan ni agak bagus juga kerana permainan ini ada falsafah mengira, menyusun strategi dan kemahiran menganggar sesuatu jarak dengan tepat. Ada juga unsur Melankolik apabila ada yang menangis teresak-esak disebabkan kalah. Dan adanya juga unsur riak dan takabur bagi mereka yang menang. Hui, gelang getah sampai siku... He he apa apa pun main getah ni memang best.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan