Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 22 Oktober 2012

Gasing - pembuatan gasing

Aku lebih 'pandai' gasing yg ada 'jambul' tu.

Tahun 70an. Masih sekolah rendah. Masa tu bukan ada alat khas pon utk buat gasing. Yang ada cuma parang dan pisau dapur. Aku agak beruntung kerana Pak tukang rumah. Selalulah aku kena jerkah bila secara senyap2 ambek gergaji tukang tu.

Mula2 cari kayu... puntung2 kayu api pon jadi. Tapi selalunya yg dicari ialah kayu halban, kayu temusu, kayu asam jawa dan kayu jambu  (Ada jugak yg buat drp batang perdu pokok buluh-yg ni agak payah nak dibentuk). Kayu jambu dan halban memang senang dapat. 

Bentuk gasing dgn parang. Kemaskan dgn daun mempelas bagi 'nampak' licin. Cari paku 3 atau 4 inci ( aku jugak selalu kena jerkah bila ambek paku dlm 'toolbox' Pak)...paku masuk dan potong kepala paku. Potong kepala paku ni cuma tetak dgn parang tu laa jugak...yg ni pon kerap jugak kena jerkah sebab sumbing2 parang tu. Kemudian asah pd batu bagi tajam. Batu pon batu jalan saja...mana ada batu asah.

Dah siap..cuba pusing nak tengok lenggok, ligat atau gelong. Dengar dengungnya. Selalunya gasing aku buat tu taklah simetri pon. Masa pusing tu taula simetri ka tidak. Perbetoi laa mana lebih kurang. Lepas tu test pangkah pd papan atau kayu api....Bila dah siap...kalau nak dengung lebih dan hitam kilat lebih, ada kawan bagi petua kambus dlm ayaq acaq semalaman..

Tali gasing...dapat tali guni kira dah best sangat dah. Kalau tak dapat tali guni kami carik-carik kain lama dan pintal buat tali... hi hi hi. Tak sangka budak 10, 11 thn dah boleh tetak pokok buat gasing pd masa tu.. Laani jgn haraplah makpak nak bagi peluang buat tu semua...Takut kemalangan cedera.. aku pon kerap cedera, luka pisau, kena paku gasing.. tapi mana heran setakat tembus paku gasing...hahahaha..tak merasa laa kamu Yob!

Khamis, 18 Oktober 2012

Gasing.

Satu permainan dulu2. Kira tradisi kampong Alor Tebuan dan kampong2 sekitar jugak laa. Masa dulu rumah pusaka tu ada laman yg lapang dan selalu ditarah rumput. Yg tinggal tanah kontang, situlah tempat permainan orang muda dan aku adik beradik. Satunya adalah main gasing.

Gasing kami dok main ni bukan macam hat depa dok main laani. Main pusing ligat sapa lama. Takdak sapa nak main gasing pusing tu...tak larat nak tunggu sampai sejam dua dok tengok pusing saja. Apa syok? Kami main gasing pangkah/pakok. Pangkah/pakok sampai tercabut paku, sampai terbelah dua. Kalah.

Jenis gasing taktau apa nama. Kami sini pangge gasing saja. Asasnya bentuk macam jantung pisang tu. Ada dua reka bentuk; 1. Ada kepala ( macam tangkai durian tu).      2. Takdak kepala ( takdak tangkai)- lupa dah!..Yg ada kepala tu belit tali dari kepala...yg takdak kepala tu belit tali dari paku. Tu laa bezanya.

Nak mulakan permainan kena ada gelanggang. Nak buat gelanggang kena cari tempat lapang. Masa tu depan rumah pusaka Tok Leman ada laman lapang. Di situ jadi tumpuan. Buat bulatan dgn menggaris tanah. Luas gelanggang ikut persetujuan ramai...selalunya kalau ramai pemain gelanggang agak luas laa jugak...lebih kurang sedepa garispusat.


Gasing C akan ditahan dlm gelanggang.

Nak mula kena pukoi garis dulu iaitu satu garisan pangkah atas tanah. Kami giliaq2 memangkah garisan tu. Sapa yg paling hampir akan pangkah dulu nanti dan sapa yg paling jauh akan jadi orang pertama letak gasing utk dipangkah/pakok dlm gelanggang. Mulalah memangkah sehingga pecah atau terkeluar dr gelanggang. 

Sebab2 lain yg membolehkan gasing ditahan dlm gelanggang adalah gasingnya terlekat/berhenti dlm gelanggang dan 'tonyoh' (= gasing berpusing terbalik kepala ke bawah paku ke atas). Selepas semua gasing terkeluar dr gelanggang, utk memulakan kembali permainan, pemain2 akan 'jib' gasing iaitu memusing gasing masing2 serentak dan akan menangkap gasing dgn memaut tali pd gasing dan menyebut 'jib' bila dapat menangkap gasing tersebut. Sapa yg terakhir 'jib' akan di tahan dlm gelanggang utk dipangkah/pakok.


Seringkali jugak berlaku kemalangan. Terpangkah kaki sendiri pon ada..... tapi masa tu mana nak heran setakat kena paku gasing!

Isnin, 15 Oktober 2012

Buah Ketapang


Kami sedaerah sini memanggil sebagai Buah Payong. Masa tu takdak sapa tau bahawa pokok ini jugak membawa nama Pokok Ketapang.

Teringat masa2 sekolah rendah dulu. Ada sebatang pokok dekat padang. Sapa yg mula bagitau kata boleh makan, aku pon tak tau.Yg dimakan bukan buahnya tapi biji benihnya (di Pahang terkenal dgn minyak biji Ketapang nih).  Buah payong ni masa muda warna hijau. Yg aku dgn kawan2 makan ni buah yg dah masak dan kering luroh di tanah. Kutip dan cari parang. Belah dua dan cungkil biji. Bijinya adalah sebesar biji buah badam, rupa pon seakan2 badam. Rasanya macam rasa kuaci biji labu..lemak2.., tapi tak boleh makan banyak nanti pening. Masa tu selalu pinjam parang drp Pak Chin ( Tukang Kebon )..atau kalau masa angin dia baik, dia akan belahkan kpd aku dan kawan2.....Arwah Pak Chin ni garang dan menakutkan budak2 sekolah. Sejak lepas sekolah rendah tu sampai ke laani tak pernah dah makan.

Kerabu Daging Mentah

Dr kiri: Kerabu Beka, Kerabu Daging Mentah 

Kalau Jepun dgn ikan mentah/sushi. Kami, puak Melayu cakap siam ni pon ada makanan mentah, bukan ikan tapi daging. Kalau kaum puak lain ada menu spesial, maka kaum puak kami, Melayu cakap siam ini menu spesialnya adalah 'Kerabu Daging Mentah' (Jamdip). (Bukan seperti kerabu daging atau kerabu perut yg ada di kedai makan tu, atau kedai Tomyam tu. Yg tu dah direbus dulu).
Ini resepi turun temurun yg diwarisi dr Istana Kesultanan Siam (?). Setakat ni belom ada diketahui dimana-mana tempat lain di Tanah Melayu ini yg menyediakan resepi ini kecuali ditempat2 yg ada penduduk Melayu bercakap siam. Bagi orang baru yg menjadi 'keluarga' di sini...selalunya perkataan yg terkeluar bila diminta jamah,"Isk, tak lalulah!"."Oh, tak pernah makan!"..tapi ada jugak yg berani mencuba dan terus meminatinya. Menu ini akan dihidangkan pd waktu2 tertentu spt majlis kenduri dan pd bulan puasa ketika berbuka.
Resepinya sangat mudah. Rempah utk kerabu spt serai, lengkuas, lada hitam, kelapa parut/kerisik, cabai melaka, asam limau, dan daging tanpa urat dan lemak. Daging dicincang-cincang ( ada yg suka kasar dan ada yg suka halus). Basuh. Gaulkan dgn rempah2 kerabu yg ditumbuk halus. Perahkan asam limau dan sedia utk dinikmati. Tak perlu dimasak.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Ubi Gadong


Ubi Gadong...orang kampong kami pangge kloi...masa budak2 dulu selalu dpt makan. Tok rajin buat. Sedap. Cuma benda ni nak buatnya sangat susah dan rumit. Silap2 boleh mabok. Khabarnya ada jugak yg mati sebab mabok kloi. Nak buat kena rujuk pakar, tapi zaman sekarang pakar dah habis meninggal...yg mewarisinya pon tak pernah laa pulak dengar ada yg aktif lagi.

Kena kupas dan hiris/sagat elok2..jgn ada sedikit pon kulit. Isi kekuningan tu kena rendam dan basuh betul2 bersih. Kena rendam dlm air mengalir sekurang2nya dua malam (paling baik dlm sungai mengalir dan jernih), ada yg rendam sampai seminggu. Tujuan utk menghilangkan getahnya yg mabok tu. Cuci dan bilas. Kukus sehingga menjadi puteh dan lembut. Rasa kenyal tawar...nak sedap, Makan dgn nyoq muda parut + garam...rasanya lemak2 masin. Pekena dgn kopi O.

Hari tu dapat sepinggan dr jiran... makan. Tak sedap macam dulupon. Deria rasa dah hilang kot!

Selasa, 9 Oktober 2012

Aci Ligan bendul Jelapang


Pelik. Macam kucing dgn tikus. Berlari atas bendul jelapang adalah sesuatu yg sangat aneh  dan pelik untuk dilakukan sekarang. Tidak mungkin dapat dibayangkan budak2  generasi sekarang. Bermain aci ligan selalunya hanya dimainkan di tanah lapang. Kekadang ada yg bermain di air sungai. Tetapi ini lain sikit. Dgn berpaut pada dinding jelapang dan berpijak pada bendul...di situlah kami bermain aci ligan. Ibu dan pemain2 semua akan berada di bendul jelapang... masa diligan ibu tu...berebut2 berlari sambil berpaut tu... kadang2 jatuh berlonggok ke tanah bila tiba di penjuru jelapang atau bila ada kawan yg lambat bergerak...yg lebih seronok bila ada dua jelapang bersebelahan..boleh lompat sebelah menyebelah. Lelaki perempuan semua ligan bersama.. Yg dapat disentuh atau jatuh jelapang akan jadi ibu...masing2 macam terzen laa pulak.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Ikan Pelaga.



Aku dan satu kampong pangge ikan karghin. Ada yg hitam dan ada yg sikit2 merah.. bila marah kembang dia punya sirip dan insang. Bila kalah berperang warna pon jadi pucat dan kecut. Itu tanda dia mengaku kalah.
Sebut saja tang mana 'lubok' ikan karin ni... semua pi redah. Tepi2 batas bendang, tepi2 ban sungai, bekas2 paya nibung ka, rumbia ka, bemban ka. Jengok sana jengok sini. Intip2 celah2 pelepah nibung, pelepah rumbia. Tak berapa nak ingat bab2 bahaya dah...ada ular ka, kaca botol ka, paku karat ka... Yg dok ada diingatan hanyalah buih karat. (ikan karin ni dia bersarang, atas sarang dia tu ada terbentuk kumpulan buih2..) kalau yg putih tu tandanya masih baru dan yg dah merah karat tu..kira sarang lama dah tu, ada bapak ikan karin garang lagi. Yg macam ni dok cari.
Sauk pakai tapak tangan saja...ikan ni pon jinak, ala2 jinak merpati gitu. Dapat. Masuk botol kaca. Selalunya botol cuka yg jernih tu. Zaman tu payah nak dpt balang! (kadang2 tersauk jugak benda2 lain..hehehehe).
Botol ikan karin susun atas bendul jelapang tempat pameran. Susun rapat2 dan sendal dgn kertas keras tak bagi dia nampak kawan dlm botol sebelah, nanti dia berlawan.
Balik sekolah, sebelum apa2 jengok botoi ikan dulu. Tarik kertas sendal tu, apa lagi bergaya sakan laa...kena yg garang tu, habis botoi pon disondol2...Yg garang ni selalunya buat bertarung dgn ikan karin kawan.. Cari botoi atau balang yg besar sikit sebagai gelanggang... lepas masuk dlm tu dua-dua. Apalagi, bila bertemu saja mulalah bertarung..macam silat jugaklaa.. mula2 dok buka buah tu lama jugaklaa..pakat2 tayang badan... lepas tu kalau takdak yg mengalah mula laa kelahi sakan..gigit menggigit..sampaikan putus barai sirip. Pertarungan berlangsung sehingga salah satu mengalah...takdak seri. Yg kalah akan bertukar warna pucat dan berhenti bertarung... Ikan yg kalah jarang disimpan..selalunya akan dibuang ke lopak air semula.. ada yg bagi kat ayam! Kesian.
Bela dia senang... cuma bagi makan jentik2 atau anak anai2 yg putih tu...kadang2 sebutir dua nasik sejuk pon jadi. Kadang2 yg rajin cari laa ulat2 pokok jeliti ka, anak2 temingat yg dok gantung2 di atap rumah tu. Satu lagi, kena tutup...takut cicak mengail dgn ekornya...adaka?
Ada depa yg lebih 'dewasa' masa tu berjudi laga ikan karin ni... buka gelanggang dlm hutan.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Budak Sekolah

Jumaat : 5 Oktober 2012
Pagi
Kedai Makan
Situasi : Pertemuan 'murahan' antara seorang bekas murid dgn guru yg dah tidak lagi mengenali namanya walaupon rupanya masih ada gambaran. (Perbualan yg dah diringkaskan)



Sedang aku meratah capati lauk sardin + kopi O panas...
"Cikgu, pahabaq?" sambil menghuloq tangan.. Aku sambut tangan tu, kasaq, macam tangan cikgu dia jugak.
"Baik, mai minum." Pelawa aku. Dia duduk depan aku.
"Sapa nih...tak cam dah, tahun bila keluaq?" Sambil aku perati dia, Badan agak sasa. Rambut kasar2..pakaian boleh tahan jugak kemasnya. Tapi tengok pada jam tangan dan telefon bimbitnya yg diletakkan depan aku tu...isk, ada harga jugak anak murid aku nih.
" Alaaaa, WXYZ...budak kelas corot tu, kelas yg semua cikgu tak suka tu?"
"Kelas mana, ada 2 kelas tu?" Tanya aku nak pasti kerana saban tahun aku memang kontrak kelas corot.
"Kelas 3Z tu laa....kelas yg cikgu selalu dok basuh kami tu, yg cikgu dok crita pasai vokasional la, Giat MARA la, masuk bengkel moto la. Cikgu nak makan apa lagi, oda laa."
"Ha ha ha... takpa, ini saja pon dah cukop, Kamu buat apa, di mana? tanya aku nak tahu.
"Terima kasih laa cikgu pasai selalu dok ulang2 ttg Giat Mara tu... lepas SPM saya masuk Giat Mara.. Lepas tu saya  pi keja dgn orang, 10 tahun jugaklaa, kumpoi duit .. Laa ni saya buka syarikat sendiri, Pendawaian Domestik. Pejabat di Penang." Sambil dia hulurkan kad bisness dia. Aku belek2. Dia berulangkali ucapkan terima kasih kerana sedarkan dia walaupon dia kelas corot. Baru teringat akan dia dulu. Diam dan tak banyak kerenah masa dlm kelas.
"Cikgu, bila senang...singgahlah rumah saya. Kita makan2...."

Saya cuba risik2 pendapatannya..bila aku congak2....pendapatan sebulan dia bersamaan dengan sepuloh bulan gaji aku. Berbahagialah kamu wahai anak muridku.