gambar hiasan ihsan Pakcik Google.
Kekadang antara kita sebagai ibu bapa dan juga 'penjaga' anak-anak sering beri pengukuhan dgn senyum dan gelak ketawa. Antara sedar atau tidak kekadang perlakuan tersebut memberi pengiktirafan negatif kepada pelaku, khasnya anak-anak. Kadang2 sebagai ibu dan bapa, kita merasa terhibur dgn perlakuan anak2 itu.
Bagaimana pengukuhan negatif berlaku?
Ketawa dan senyuman ini pada anggapan anak-anak adalah memberi kebenaran kepada individu yg mempunyai kelakuan negatif untuk meneruskannya kerana mendapat perhatian.
Contoh;
- Seorang guru tersenyum melihat perlakuan muridnya yg tidak sopan.
- Seorang ibu/bapa ketawa girang melihat anaknya merosakkan mainan anak orang lain.
- Seorang bapa berasa bangga melihat anaknya yg mengambil risiko yang mengancam dirinya seperti membawa motor laju.
- Penumpang bas bersorak apabila pemandu memandu laju dan melanggar peraturan jalanraya.
Senyum, ketawa dan sorak sorai itu adalah perlakuan yg memberi mesej kpd orang berkenaan, bahawa tingkahlaku negatifnya dpt perhatian walaupon sebenarnya salah dan merosakkan. Seterusnya spt memberi sokongan utk terus melakukannya sehingga merosakkan diri dan org lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan