Masa tu tahun 70an. Masa tu ni lah tempat beli keperluan seharian. Nak ke pasar borong...jauh. Nak turun ke pekan terdekat pon...jauh jugak. Pekan Nat Kepala Titi selalu pada hari Selasa sebelah pagi. Mula dalam jam 9.00 dan mungkin berakhir selepas jam 2.30 petang. Barang jualan rasanya masa tu dgn pekan Nat masa sekarang sama saja. Hasil pertanian kampung, makanan, pakaian dan keperluan dapur. Lokasinya betul2 bersebelahan Sungai Tajar/Pendang.
Hari tu adalah hari pesta bagi penjual dan penduduk sekitar. Selain berurusan dlm perniagaan, mereka dapat bertemu sahabat handai dan sedara mara.
Saya selalu simpan duit belanja sekolah sejak Ahad lagi untuk belanja sini. Sehari 5 sen dan tambah duit saku hari Selasa, dapatlah makan mi sup Morat favorite saya tu. Semangkok 20 sen masa tu. Mahai dah tu!
Laa ni pekan Nat tu dah mati bila berlaku kebakaran. Tapi setelah berhenti lama sekarang telah berubah ke Simpang Titi pulak. Pekan Nat hari Jumaat dan Pasar Malam pd Selasa. Sesekali balik kampong singgah jugak laa.
Laa ni pekan Nat tu dah mati bila berlaku kebakaran. Tapi setelah berhenti lama sekarang telah berubah ke Simpang Titi pulak. Pekan Nat hari Jumaat dan Pasar Malam pd Selasa. Sesekali balik kampong singgah jugak laa.
Memang..Saya pun pi jugak Pasar tani kat Simpang Titi tu tau...bolehla,nak cari sayoq2 kampung..hehe
BalasPadamTeringat arwah Pakcik jual apambalik,arwah Murat mi sup seta arwah Omar ceidoi.al fatihah.
BalasPadamYg dok juai apombalik tu sapa nama taktau...lupa dah! Ingat lagi ka?
PadamHak dok juai apombalik tu,Pak samad nama dia.org Langgag
Padam