Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Rabu, 9 Mei 2012

Persediaan 10 tahun menjelang persaraan


10 Perkara yg patut dilakukan.
1.      Merangka bajet selepas bersara. Cuba fikirkan berapa kos gaya hidup anda selepas bersara. Dimanakah anda tinggal selepas bersara? Adakah anda ingin mengembara atau melakukan sesuatu hobi? Sediakan bajet persaraan.
2.      Ramalkan jumlah tabungan persaraan yg anda perlukan. Apabila anda tahu kos sara hidup anda selepas bersara, anda perlu menentukan jumlah tabungan persaraan yg boleh membiayai gaya hidup anda.
3.      Mula menabung atau melabur. Setelah anda mengira tabung persaraan yg diperlukan, anda perlu menabung atau melabur untuk mencapai sasaran tabungan dgn pantas.
4.      Jangan melihat pulangan sahaja. Jangan melabur dalam sesuatu instrument pelaburan yg asing bagi anda. Tiada apa yg boleh diperolehi tanpa risiko dan hindari skim cepat kaya. Jika ada org mendakwa sebaliknya, anda mesti berwaspada.
5.  Mula menyediakan dan mematuhi bajet. Anda akan menghabiskan sekurang2nya 20 ke 30 tahun hidup anda tanpa pendapatan. Anda perlu berdisiplin apabila berbelanja. Anda perlu belajar utk hidup mengikut kemampuan supaya apabila anda bersara, anda tidak begitu terkejut dgn hidup baru anda.
6.      Jelaskan hutang pinjaman perumahan anda. Rumah yg bebas hutang akan menjadi aset penting utk anda. Anda telah membebaskan sedikit aliran tunai.
7.      Kurangkan hutang anda. Anda perlu membayar semua hutang anda sekarang dan jgn mengambil lebih banyak hutang, terutamanya yg mengenakan kadar yg tinggi.
8.      Nilai perlindungan takaful anda. Anda perlu mempunyai perlindungan takaful yg mencukupi utk melindungi pendapatan anda dlm 10 tahun akan datang. Ini termasuk mendapatkan perlindungan kehilangan hilang upaya atau penyakit kritikal. Jika tiada, timbangkan pelan bertempoh yg hanya melindungi anda dlm 10 tahun akan datang.
9.      Tinjau sama ada anda boleh mendapatkan sumber pendapatan selepas bersara. Anda mungkin perlu mempertimbangkan pilihan ini sebelum anda bersara. Anda boleh meraih pendapatan dgn menyewa hartanah atau membuat kerja lain selepas bersara.
10. Meramalkan sesuatu yg tidak diduga. Akhir sekali, anda perlu ingat bahawa kehidupan ini penuh berliku. Kadangkala anda memperolehi pulangan pelaburan tidak spt yg dijangka selama beberapa tahun dan terpaksa menanggung perbelanjaan yg tidak diduga seperti kos perubatan. Dgn merancang dan menabung dr awal utk persaraan, anda masih belum terlambat utk membuat perubahan sekiranya perlu.

SELAMAT MERANCANG!

6 ulasan:

  1. no 8 tu i terlebih suka,so sapa2 blm ada perlindungan takaful ambik k.
    terbaekkkk.

    BalasPadam
  2. mcm financial advisor lak.minta share....

    BalasPadam
  3. Tima kasih atas info ini...membuka minda utk berfikir.

    BalasPadam
  4. assalamu'alaikum wbth.

    Ingin saya kongsikan pendapat saya mengenai hal ini. Saya berpendapat perancangan untuk persediaan semasa persaraan seeloknya dibuat daripada hari pertama kita mula bekerja, bukannya perlu tunggu lg 10 tahun nak bersara baru nak pikir. Kalau tidak silap saya org yahudi mula membuat perancangan utk masa depan anaknya seawal masih dlm kandungan. Perancangan telahpun dibuat dari segi keperluan perbelanjaan meliputi jangka panjang sehingga ke tahap anaknya boleh berdikari sendiri. Jd tak perlu le pening kepala nak risau-risau bila dah nak dekat bersara tu. Sama lah juga bila nak buat hutang untuk beli rumah ke kenderaan ke (yg berbentuk hartanah, kena congak biar boleh settle dalam masa berapa tahun). By the time bersara, boleh rileks je dan boleh tumpu kpd ibadah pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam...
      Terima kasih atas pandangan Tuan. Memang begitulah sebaiknya. Hari pertama lagi sepatutnya telah ada perancangan untuk persaraan. Tetapi artikel ini ditujukan khas kepada para sahabat yang belum ada perancangan utk bersara. Waktu 10 tahun adalah waktu kritikal dan masih sempat utk melakukan sesuatu.
      ( Kebanyakan sahabat saya mempunyai masa tidak sampai 10 thn saja lagi utk bersara)

      Padam
    2. Saya setuju...Saya memang tak ada apa2 persediaan pun dari awal bekerja..Rumah saya lagi 3 tahun langsai.Thanx for the info

      Padam