Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 11 Mei 2012

Cerita pagi Jumaat.


Ihsan PakCik Google.

Hari itu (25/10) jam 8.45am di kantin. Tak dak org lain hanya aku dgn PK 1 (2013 pencen). Dia bercerita ttg Allahyarham Paknya, ttg rindunya yg sangat pada allahyarham Paknya, ttg bacaan Yaasin tiap2 malam lepas solat maghrib yg mesti dibuat, ttg lawatan ke kubur pagi Jumaat lepas Suboh, dan berbicara dgn Allahyarham Paknya..begitu terasa kosongnya yg tak dapat digambarkan. Katanya rindu sesangat nak dengar bapanya menjawab bila dia bertanya.... terasa airmata bergenang......

 Walaupon dah sekian lama berlalu tarikh pemergian Pak, Dia masih terkenang2. Katanya macam insan tu masih ada bersama. Walaupon apa yg dia ceritakan nampak macam dah banyak yg dlakukan tapi dia masih  rasa sangat terlalu banyak kebaktian yg perlu dilakukan dan tak sempat nak dilakukan. Paknya telah pergi dulu. Ceritanya lagi...

Masa mula Paknya pergi dulu dia berazam utk bacakan Yaasin setiap kali lepas solat maghrib...sangat payah nak lakukan. Ada saja halangan. Semasa ke Mekah menunaikan Haji dia berdoa supaya dimudahkan dan alhamdulillah sekarang dia sudah dapat lakukan setiap kali lepas solat maghrib. Dia tetap lakukan walaupon dlm berpemergian, dlm kenderaan dan sebagainya. Setiap kali selepas Suboh Jumaat dia akan ke pusara...mengutip daun2 dan mencabut rumput. Sambil menyedekahkan AlFatihah dan berkomunikasi dgn Paknya. Dgn cara itu, katanya kasih sayangnya kpd Pak sentiasa segar dan tak pernah lekang..Ceritanya lagi.....

Rindu sangat nak dengar suara Paknya memanggil nama dia minta tolong buatkan minuman, cabutkan uban. Kadang2 macam terasa ngiang suara tu masih ada. Dia kata dulu bila balik sekolah dia tanya, " Pak, mak pi mana?...Sekarang tiada lagi tempat nak tanya soalan itu....akhirnya dia katakan padaku..."SINGGAHILAH MEREKA SELAGI ADA CUTI, KUNJUNGI MEREKA BERDUA SELAGI ADA"

1 ulasan:

  1. Walaupun mak pak saya masih ada lagi..tapi saya cukup sedih dengan crita ini..Mengingatkan saya kepada adik saya dan abang yang saya kasihi pulak telah tiada.Saya bercakap sorang2 macam crita di atas.Kenangan itu tak kan luput di hati saya selagi hayat masih ada.Terima kasih dengan peringatan..

    BalasPadam