Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Selasa, 20 Mac 2012

Sekolah dulu 4- Buku Teks

Buku
 
Suatu masa dulu....buku teks merupakan satu masalah yg sangat rumit....waktu tu mana ada skim pinjaman.....semua kena beli. Dan nak belinya pulak bukan ada dekat kedai kampong. Kena turun Aloq Setaq....tu pon kot kalu ada. Kalau tak dak kena laa pi Bagan, takdak jugak, kena pi Tanjong. Waktu tu jugak SP belom lagi hebat macam Aloq Setaq...mau tak mau turun jugak laa Tanjong nun.

Maka untuk memenuhi tuntutan itu.. Selalunya Pak akan suroh kami pi pinjam buku2 lama dr sedara mara yg dah naik kelas. Elok tak elok itulah bukunya...buku secondhand..bila dah takdak dah....pi laa Pak bawa list buku tu atur dari satu kedai ke satu kedai di Pekan Rabu....kalau ada duit boleh laa beli semua...kalau duit tak cukup beli laa dulu setakat yg duit ada.....lama lepas tu pi laa beli pulak. Bila dah lewat, buku pon habis. Dah takdak buku.  Budak laa untung...semua buku free.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan