Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 13 Februari 2012

Hantu Wak-Wak


2 Kawan saya ni kaki burung…burung ayam2 ka, sentarq ka, wak2 ka. Tak boleh dengaq depa kata ada. Memang sampai punya.  Nak jadi cerita ari tu depa tak cukup kuoram..depa pangge la saya. Petang tu depa dah survey dah tempat wak2 nih…..Mlm tu dgn pukat kami pon pi laa situ. Rentang pukat dan  2 mamat tupon pangge (mendekut) laa wak2 tu…tak lama aih….terbang mai sekoq..sangkut kat pukat tu..berbuai2…aku yg kena suroh pi ambek burung tu….baru bangun nak jalan…2 mamat tu keloi aku,..’Woi Li…duduk, duduk...…hang tengok nu’….bila aku tengok ada lembaga ‘manusia’ sedang ungkai burung wak2 yg kena pukat tu….tinggi lembaga tu ada la 3X manusia dewasa….apa lagi..tinggai abis peralatan…belahlaa. Kalau masa pi tadi ikut titi buloh sebatang...masa ni semua pakai terjun sungai...sedaq2 dah sampai seberang. Pagi esok baru pi ambek pukat.

2 ulasan:

  1. Beruntung sebab ditunjukkan lembaga tu. Kira bertuah. Saya hingga ke saat ini belum bersua apa yang dikatakan hantu. Tiada pengalaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin tuah itulah yg membolehkan saya berkongsi di sini.(Kalau cerita yg kita dengar memang banyak. Kadang2 saya pernah sengaja lalu ditempat yg diceritakan sebagai berhantu tu...manatau kalau2 berjumpa. Selalunya tak jumpa pon. Kalau tak rancang tu yg dok jumpa)

      Padam