Dulu Pak buat bendang. Pak bela kerbau buat tenggala bendang (bajak sawah). Musim padi tengah naik kerbau kena pi cari tempat tambat utk merumput. Aku selalunya bergilir dgn Bang Din bawa kerbau utk meragut rumput. Tempat yg jadi tumpuan adalah batas ban dan padang2 yg ada rumput. Salah satunya Padang Tok Ut. Khabarnya padang ni ada penunggu. Sebab tu padang ni tak diteroka...takut tersampok. Aku kalau nak pi ambek kerbau selalunya akan pi awai2 lagi...kalau dah petang sangat mula lah meremang bulu tengkok. Pernah sekali aku tak pi ambek bila dah lewat. Balik rumah kena 'sound' dgn Pak...last2 Pak pi ambek dgn bawa torchlet sebab hari dah gelap....selama itu pon aku tak pernah bertembung pon dgn makhlok tu...syukur pd Allah....minta jauhi.
True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan