Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 23 Februari 2012

Kasut Kelopak Jantung


Zaman dulu, zaman nak jumpa kasut pon payah.....selipar dgn terompah ada laa...yg berada masa tu depa tak pakai kasut.  Depa pakai capal...Kami yg kampong ni cari laa kelopak jantung yg dah jatuh tu...ikat dgn tali pisang. Lepas tu sarung laa di kaki. Sejukkkkk! Ini masa main2 laa...masa pi sekolah adalaa kasut sekolah, masa raya adalaa kasut raya...hahahaha..terkenang2 masa raya pakai uniform sekolah!

Selasa, 21 Februari 2012

Telanjang 13~Bapa Sedara Hantu


Hari : Rabu. 15 Feb 2012  
Waktu :  11.35pm
Lokasi :  Kantin
Perihal : 
 Sembang santai dgn 'adik polis' sambil hirup teh O kunyah karipap setelah letih berMaulid ulRasul. Cerita ttg bapa sedara yg diamanahkan menjaga anak sedara berumur 4 tahun oleh kakaknya. Bapa sedara ni yg boncengkan anak sedara ni beriadah dgn motosikal telah 'meragut' reta kepunyaan anak sedara yg berumur 4 tahun ni. 2 hari kemudian baru anak kecil ni buka mulut apabila emaknya bertanya. Bapa sedaranya cuma sengih2 saja bila ditanya, macam takdak apa berlaku......apa lagi, aduan ke balai polis laa.

"Puan, apa aduan puan?",........"Anak saya mengadu yg pak sedara dia ambil rantai dan gelang emas". Bila?...masa dia bawak budak ni jalan2 naik motor......

Isnin, 20 Februari 2012

Hantu Padang Tok Ut


Dulu Pak buat bendang. Pak bela kerbau buat tenggala bendang (bajak sawah). Musim padi tengah naik kerbau kena pi cari tempat tambat utk merumput. Aku selalunya bergilir dgn Bang Din bawa kerbau utk meragut rumput. Tempat yg jadi tumpuan adalah batas ban dan padang2 yg ada rumput. Salah satunya Padang Tok Ut. Khabarnya padang ni ada penunggu. Sebab tu padang ni tak diteroka...takut tersampok. Aku kalau nak pi ambek kerbau selalunya akan pi awai2 lagi...kalau dah petang sangat mula lah meremang bulu tengkok. Pernah sekali aku tak pi ambek bila dah lewat. Balik rumah kena 'sound' dgn Pak...last2 Pak pi ambek dgn bawa torchlet sebab hari dah gelap....selama itu pon aku tak pernah bertembung pon dgn makhlok tu...syukur pd Allah....minta jauhi.

Rabu, 15 Februari 2012

Hantu Kok Wang!


Masa tu aku baru sekolah rendah....Seorang penunggang motorsikal kemalangan. Aku sempat menjenguk kejadian tu... Tempat kejadian tu dikatakan berhantu. Khabarnya ada 'benda' menyerupai Wang ( Awang- nama mangsa kemalangan). Sering mengusik waktu budak2 balik mengaji Quran bila lalu di situ. Kononnya ramai yg terusik semasa melalui sini. Saya juga meremang bulu tengkok bila lalu sini. Selalu mereka jumpa macam ada org yg kemalangan....kadang2 macam ada bunyi ambulance...kadang2 bunyi org mengerang kesakitan...Tapi aku sekadar meremang saja...tak pulak jumpa pon. Sekarang tempat tu dah cerah..Tiada sapa lagi peduli. Malah cerita hantu tu pon dah lenyap....

Selasa, 14 Februari 2012

Hantu api terbang


Masa tu umoq dalam 5 ke 6 tahun gitu. Tinggai dgn mak sedara di Kuboq Panjang. Masa tu takdak lagi bilik ayaq dan tandas macam laani. Satu malam tu nak 'kencing'....turun pi pelantar. Masa dok turun tu...tiba2 tanah jadi terang walhal masa awal tadi tidaklah gitu... Bila cuba tengok arah cahaya tu...baru nampak satu bola api terbang di antara 2 pokok bermula dr satu rumah yg tak jauh dr situ....entah benda apa pon tak tau. Benda ni berlaku dua kali selama saya dok di rumah tu. Bila saya tanya mak sedara..dia jawab," ada orang buat"....sampai ke laani saya tak paham apa maksud mak sedara saya tu....Org kata langsuair...Saya no komen...

Isnin, 13 Februari 2012

Hantu Wak-Wak


2 Kawan saya ni kaki burung…burung ayam2 ka, sentarq ka, wak2 ka. Tak boleh dengaq depa kata ada. Memang sampai punya.  Nak jadi cerita ari tu depa tak cukup kuoram..depa pangge la saya. Petang tu depa dah survey dah tempat wak2 nih…..Mlm tu dgn pukat kami pon pi laa situ. Rentang pukat dan  2 mamat tupon pangge (mendekut) laa wak2 tu…tak lama aih….terbang mai sekoq..sangkut kat pukat tu..berbuai2…aku yg kena suroh pi ambek burung tu….baru bangun nak jalan…2 mamat tu keloi aku,..’Woi Li…duduk, duduk...…hang tengok nu’….bila aku tengok ada lembaga ‘manusia’ sedang ungkai burung wak2 yg kena pukat tu….tinggi lembaga tu ada la 3X manusia dewasa….apa lagi..tinggai abis peralatan…belahlaa. Kalau masa pi tadi ikut titi buloh sebatang...masa ni semua pakai terjun sungai...sedaq2 dah sampai seberang. Pagi esok baru pi ambek pukat.

Ahad, 12 Februari 2012

Hantu masuk rumah!


                                                                                                                  kononnya laa..

Belalang hantu masuk rumah. Ramai yg takut. Tapi kami waktu dulu suka sangat tangkap binatang ni. Bagi dia gigit kain...binatang ni jenis suka menggigit. Kemudian kami rentap cepat2....tanggallah kepala terlekat di kain dgn isi perut terjurai....kata orang kalau tengok betoi2 macam ada rambut yg panjang dlm isi perut belalang tu...rambut hantu! Kejam ka masa tu? Sadis.





Jumaat, 10 Februari 2012

Padi semusim~aktiviti senggang

mengala bendang....
Semasa padi semusim dulu... seronok sungguh ... musim hujan mula turun.. ligan burung puyuh dan belalang goh ..luka habieh betis kena perdu padi. Selepas tenggala tanah , dulu2 guna kerbau,..lepaih tu pakai 'kubota'....menyisiak bendang, bawa serkap ligan ikan... masa padi muda .. serampang ikan , buat pelompat, korek lubang, tahan tuarq udang kepala hijau.... mengail puyu umpan lepek dan tahan taut umpan cacing liar.... bila tuan padi buka  ayak , tahan tuarq ..masa ni ada yg buat  emping padi.. bila padi mula menguning dan air dalam bendang dah mula nak kering, gagau ikan pula.. tuan bendang jenuh marah pasai dok lanyau padi depa.. kita budak2 kan reti apa...... lepas tu menimba telaga pulak............... lauk tak gadoh2 nak beli... buat paih, pekasam, masak asam pedas, yang lebih buat kering ( sepat, haruan, keli ,puyu.......)

Khamis, 9 Februari 2012

Tangkap pepatung


Tangkap guna lidi...lumoq dgn getah nangka dihujung lidi..kemudian cari patong atas kawat pagaq..sentuh patong tu dgn hujung lidi yg ada getah nangka tu..lekat.Laa ni patong pon dah jarang nak jumpa dah...patong ni pon ada beberapa jenis. Dulu kami kenali dgn warna sahaja. Ada yg kecik tu...macam patong helikopter...ada yg sedang2 tu...rona kunin2 sikit,...yg besaq ada yg patong celoreng, ada yg merah, ada yg hitam....ada yg kelabu2 gitu...yg besaq sekali kami pangge patong gajah..ada jugak yg sayap rona roni...

Ahad, 5 Februari 2012

Sejarah Alor Setar - Ringkasan 3

Zaman DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke 25,.1882-1943


 22 Oktober 1883.

Seorang mubaligh Perancis ( nama?) tiba di Kuala Kedah pd jam 4.00 ptg. Mencatatkan yg dia ternampak 2 pucuk meriam kecil di atas kota di muara Sg. Kedah yg diawasi oeh 2 pengawal. Kira2 sejam mudik sungai itu, dia pon sampai di 'Loasta' dan disitulah sultan bersemayam. Dia terpesona dgn keindahan  bangunan dan taman kediaman Raja Muda di Pumpong, dan jugak istana Sultan yg menurutnya terletak di atas bukit kecil yg ditambak terleta kira2 4 batu dari bandar 'Laosta'.


12 Julai 1886.
Perdana Menteri Kedah, Dato' Wan Muhamad Saman memulakan projek Terusan Wan Muhamad Saman. Pada batu peringatan bertulisan jawi itu sempena pembukaan tersebut bertulis.:
"Sanat 1303, pada 10hb Syawal, kadam Wan Muhamad Saman Ibni Wan Ismail, mulai korek Sungai Korok di hujung Sungai Pengkalan Kundor, tuju ke Gunung Jerai dan muka kualanya di seberang tentang dengan Balai Air Kota Setar ini, tammat".
batu peringatan terusan wan mat saman

 7 Jun 1888
Pergaduhan di antara pelombong China telah meletus di daerah Kulim. Tunku Muhamad Saad, DO Kulim akhirnya dapat memadamkan api pergaduhan tersebut melalui bantuan yg diperolehi drp Sultan, Pihak siam dan Inggeris di Pulau Pinang.

? Mei 1890
Raja Siam, King Chulalongkorn melawat Kedah dan tinggal selama 4 malam di Istana Anak Bukit. Baginda menawarkan bantuan membaiki kerosakan istana itu.

30 November 1890
Surat perjanjian antar Baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah bagi pihak kerajaan Kedah dgn Encik Frank Powel dimeterai berhubung tugas Encik Frank Powel untuk mengajar putera2 diraja Kedah.

17 Mei 1897
Ku Din bin Ku Meh bersama ahli jemaah pentadbiran
Upacara rasmi penyerahan kuasa penoh utk mentadbir wilayah Setul dan Perlis kepada Kerajaan Kedah menurut sistem 'Khalung Thesaphiban'. Kedah, setul dan perlis tergolong sebagai 'Monthon Saiburi' atau wilayah Kedah. Dalam tahun itu jugak Tunku Abdul rahman bin Tunku Ismail, pemerintah setul telah mangkat. Sultan Abdul Hamid telah menghantar Ku Din bin Ku Meh, Ketua Penjara Alor Setar menjadi Pesuruhjaya Kedah di Setul.

9 Disember 1897
Pembukaan Sekolah Melayu kampong Baru yg diasaskan oleh Tuan Haji Abdullah Menteri, kemudian diselenggara oleh Tuan Syed Abdullah alMahdali dr Pejabat perbendaharaan Negeri. Guru pertamanya adalah En. Ahmad bin Kerani Maidin berasal dr Singapura.

14 Disember 1898
Perdana Menteri Kedah, Dato' Wan Muhamad saman telah meninggal dunia dan sejak itu jawatan tersebut tidak dilanjutkan. Dalam tahun itu juga sebatang jalan raya dibina selari dgn terusan tersebut.

1899
Perkhidmatan telegraf di sekitar Alor Setar dimulakan.

27 Disember 1899
William Walter Skeat, Ketua rombongan expedisi Uni., Cambridge tiba di Kuala Kedah dr Pulau Pinang kemudian mudik ke Bnadar Alor Setar.

Jun 1904
 Upacara perkahwinan diRaja Kedah melibatkan 5 pasangan putera puteri  Sultan Abdul Hamid yg mengambl masa 3 bulan. U[acara berlangsung di sekitar Balai besar, Istana Pelamin dan Padang Court.

1905
W.F.J Williamson dihantar oleh kerajaan Siam ke Kedah bertugas sebagai penasihat kewangan. Dr. A. L. Hoops dipinjamkan dr Pulau Pinang utk mengurus dan menubuhkan Jabatan Kesihatan di Alor Setar. Hospital pertama di Alor Setar telah dirasmikan oleh baginda pd tahun 1908.


3 Ogos 1905

Majlis Mesyuarat Negeri yg pertama ditubuhkan bertempat di Balai Besar. YTM Tunku Abd Aziz (Raja Muda) President,  Muhamad arifin bin Muhamad Arshad (su sultan), Syed Abdullah alMahdali (peg, penbendaharaan), Haji Muhamad (hakim besar) YTM Tunku Ibrahim (su presiden majlis negeri ) dan W.F.J Williamson (penasihat kewangan)


8 Disember 1908
En. Mohamad bin Iskandar

Sekolah Inggeris pertama diberi nama 'Government English School' telah diasaskan dan guru besar pertamanya ialah En. Mohamad bin Iskandar dr Pulau Pinang. Sekolah itu kemudiannya ditukar nama kepada kolej Sultan Abdul hamid.

15 Julai 1909
Sir W. G  Maxwell
Sir W. G  Maxwell sebagai penasihat British yg pertama menggantikan penasihat british sebelom ini yg dihantar oleh Kerajaan Siam. Pada tarikh ini juga Kedah diserahkan kepada naungan kerajaan Inggeris. Pada tahun ini juga Sultan meminta J. Gorman, Jurutera Negeri, merancang bandar Alor Setar. Dan tahun itu terbina 3 batang jalan iaitu Jalan Raja, Jalan Pekan Melayu dan Jalan Langgar.

Julai 1912

Setem pertama kedah dilancarkan.

15 Oktober 1915

Pembukaan rasmi masjid zahir

1915
Jalan kereta api antara Bkt Mertajam dan Alor Setar dibuka dgn rasminya utk penumpang dan barangan.
1916 - sekolah Arab yg pertama mengikut sistem pendidikan moden diasaskan oleh Tn Hj Wan Sulaiman Wan Sidik bertempat di Limbong Kapal, Alor Setar. Diberi nama Madrasah Hamidiah.
Tn Hj Wan Sulaiman Wan Sidik

1917 - Jalan kereta api dibina menghubungkan Alor Setar dan Bukit Keteri di Perlis.


14 Julai 1925
Perasmian
Jambatan yg menghubungkan Jalan Raja dgn Jalan Sungai Korok telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Abdul Hamid.

1932
Perpindahan Pekan Rabu ( dulu pekan nat) ke tempat yg ada sekarang dr tapak asalnya di Tanjong Chalee.

13 Disember 1941
Tentera jepun mara dr utara setelah menawan Jitra drp askar British dan India. Mula tarikh tersebut mulalah pemerintahan Jepun di Kedah dgn Mejar Genera Sukigawa Seiji menjadi Gabenor dan K. Shibaa selaku penasihatnya. K. Shibaa adalah seorang perisik Jepun di Alor Setar yg menyamar sebagai ahli perniagaan sejak 1936.
                                           Mej. Jen. Sukigawa                        K. Shibaaa

>>>>>>>>>........Ringkasan 4 Klik SINI

Khamis, 2 Februari 2012

Sejarah Alor Setar - Ringkasan 2

Zaman DYMM Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah ke 26., 1943-1958.

 18 Oktober 1943
Empat buah negeri Melayu utara,... Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu diletakkan dibawah pentadbiran tentera Thai yang berpusat di Alor Setar. Bagi Kedah dan Perlis, upacara penyerahan itu dijalankan di Padang Court yg dihadiri oleh DYMM Sultan Badlishah dan DYMM Syed Hamzah Jamalullail, Raja Perlis.

19 Oktober 1943
Pada hari ini bersamaan 19.10. 2603 (tahun Jepun) dan 19. 10. 2484 (tahun Siam), bermulalah pentadbiran tentera Siam di Kedah. Khon Pramot Chongcharem menjadi Gabenor. Negeri Kedah ditukar nama kepada Saiburi.

21 Julai 1945
Pertubuhan politik Melayu yg terawal di Kedah telah diluluskan pendaftarannya yg diberi nama SABERKAS atau 'Syarikat Bekerjasama Am Saiburi'. Setelah tamat perang Dunia Kedua, ianya bertukar nama penuhnya menjadi 'Sayang Akan Bangsa Ertinya Rela Korban Apa Saja' dan masih menggunakan singkatan SABERKAS. Antara penajanya ialah Ahmad Nordin Zain, Mohamad Jamil, Mohamad Khir Johari, Senu Abdul Rahman dan Wan Din Wan Hashim.

ahli j/k SABERKAS 1947
19 Januari 1946
Satu rapat umum seramai 50000 orang diadakan di Padang Court anjuran Persatuan Melayu Kedah menentang gagasan Malayan Union. Sepanduk yg menarik dibawa oleh kanak2 sekolah berbunyi ,"Wahai ibu bapaku, peliharalah hak2 kami sementara kami besar".

30 Mei 1946
Satu perhimpunan diadakan membantah lawatan utusan Parlimen British yg diwakili oleh Kapten L.D. Gammans (Parti Buruh) dan Left. Kernal Ress-Williams (Parti Konservatif).

10-12 Mei 1947
Mesyuarat Agung UMNO Malaya telah diadakan di Kedah bertempat di Balai Besar, A/Setar. DYMM Sultan Badlishah telah melakukan upacara perasmian pada 10 Mei 1947.
KDYM Sultan Badlishah sedang bertitah di Majlis Mesyuarat Agung UMNO Malaya. Di sebelahnya Datuk Onn Jaafar.
6 Ogos 1949
Istiadat pelantikan YTM Tunku Abdul halim sebagai Raja Muda Kedah dilangsungkan di Balai Besar.

6 Mac 1956
Perkahwinan diRaja, YTM Tunku  Sultan Abdul Halim dgn YTM Tunku Bahiyah. Perayaan di Alor Setar berlangsung berlangsung selama 3 hari, 19 - 21 Mac 1956.

13 Januari 1957
DYMM Sultan Badlishah telah meminda Perlembagaan Negeri Kedah tahun 1948 yg antara lain menghapuskan jawatan Penasihat British yg wujud di Kedah sejak Perjanjian Bangkok, 1909.

11 Julai 1958
DYMM Sultan Badlishah mangkat di Istana Anak Bukit. Sebelah paginya Baginda telah menurunkan tandatangan berkenaan pertukaran seorang pegawai Inggeris dan Baginda mangkat pd sebelah petangnya. Esoknya YTM Tuanku Abdul Halim diisytiharkan sebagai Sultan Kedah ke 27.

Surat pertukaran seorang pegawai Inggeris yg bertandatangan KDYM Sultan Badlishah. Baginda mangkat pada hari yg sama pada petangnya.


>>>>>..........ringkasan 3. Klik SINI
Utk lebih detail sila ke ringkasan 4. Klik SINI