Cerita exsmdso 49 drp 50
Aku terkenang satu kisah lama iaitu Asrama Putra aka Hotel Putra iaitu tempat penginapan pelajar lelaki di kawasan rehat dan rekreasi Kelab Golf Di Raja Kedah. Ceritanya begini, masa Tingkatan 1 atau 2 tu aku selalu keluar awal untuk kesekolah iaitu lebih kurang jam 11 pagi. Aku akan kayuh basikal pelan2 dan singgah di rumah kuda(Ahmad Sobri) dulu pasal nak ambil dia kerana dia tak ada basikal. Yang syoknya kami ni bukannya straight pi sekolah tapi pi meneropong kat garden kawasan berhampiran asrama putra tu. Masa tu tak pikir apa....yang tau syok saja pasal dok usha couple dok merendek di kawasan tu. Asrama putra tu jadi port aku dan kuda pasai masa tu bang Bai (Razali Lebai Awang) dok kat situ.Tapi yang lebih syok la ni rumah mertua aku terletak betul2 dibelakang bekas tapak asrama putra tu. Bukannya apa bila balik rumah mertua aku dan dok bersih kawasan belakang, kadang2 tersenyum seorang kerana mengingati peristiwa lama tersebut.
Cerita asal: Tn Haji Yahaya Abdul Rahman, Bertam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan