Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 27 Januari 2012

Cerita exsmdso 50~`fill in the form'

50 drp 50
Lepaih SPM 80, kita semua pakat berpecah mencari haluan masing2.....ada yang dapat offer U dulu tu krenyeh tak kira la kalut pi siap diri untuk pi daftar, ada yang dapat lambat sikit offer tu mai la dulu masuk form 6, ada yang masuk aliran 6 Sastera dan ada yang masuk 6 sains, dan ada yang tak puas hati lagi tu apply lain untuk amik sekali lagi SPM, dan ada yang membawa diri minta kerja dulu dan macam2 lagi la...
Masa tu aku dengan beberapa kekawan lain adala beberapa orang yang tak dapat offer lagi tu mai naik Form 6 sains tu, tahun tu Syed Omar mula buat 6 sains...macam Moha kata hari tu la..kalu tak silap antaranya Aku, Moha, Mat We, Dr Shal, Che E, Kevin, Ganeson, dan beberapa orang lagi ...tapi ada juga yang masuk 6 Sastera macam Salmi Mahmud, Azim, Roslan Dollah dan beberapa orang lagi ...
Syok jugala masa orentasi tu, tambah pula dapat kawan2 dan awek2 baru dari sekolah lain, apa lagi rioh sakan la,..Geng 6 Ataih tak berapa berani nak tegur kita pasai kita orang lama,..Sifu kita masa tu Mat We la, tang mana dia pi pakat bederu ikut, geng2 baru pun tumpang sekaki takut kena ragging dengan geng 6 Ataih....
Selang tak berapa lama lepaih tu, pakat keluaq satu2, ada dapat offer tang nu dan ada dapat offer tang ni....last2 yang tinggai dalam 6 Sains tu cuma Aku, Ganeson dan geng2 baru dari sekolah lain saja.....aku ni interview macam2 juga la, last2 sekali tak lekat,..kalu kata tu kira frust menonggeng jugala...kekawan semua pakat belah dulu pi U...Moha, Mat We pi UTM, Tuan Ramli dan Cikgu Bakri pi UPM, Tuan Pengiran, Azali, Mat Saad Samsudin, Rosli Abdullah, Afendi Unta dah masuk ITM, Shal dan Jai dah masuk matrik USM, Ad Brahim dan Bai Kadir masa tu dah masuk matrik UKM dll...kira dok 6RS tu syok2 sajala sementara dok tunggu nak minta January intek pula tu...macam frust saja.., mai sekolah pun lewat, dah mula malaih nak belajaq pasai tak dak intension untuk amik STP pun...hajat masa tu nak minta masuk Pegawai Kedet Tentera juga, kalu tidak boleh juga la jadi Mejer macam Mejer Yusof kita la ni, tapi pikiaq pi pikiaq mai tak jadi takut tak tahan godaan....laih2 tu minta juga la ITM masa tu walaupun aku ni tak pandai Bahasa Orang Putih tu, cukup takut nak minta masa awai dulu tu...kan pa macam Tuan DO kata juga la, Bahasa Orang Putih tu dapat 6 tebalik (toge),..borang ITM tu dia kena buat sikit essay dalam bahasa inggeris tu, pa lagi dah nak masuk juga,pi la himpit Ganeson minta tolong dia sikit ....paih tu hantaq pi la, macam harap tak harap saja ...tut2 dah nak jadi rezeki belajaq kat situ, dah Allah tulih dah kena belajaq kat situ, dalam ketaq2 tak reti bahasa orang putih tu kena belajaq juga la...nak cari sapa lagi..dulu masa form 1 boleh minta tolong Moha `fill in the blank'...paih tu minta Ganeson tolong `fill in the form'....lani ni kena tonyoh sendiri la..... teruk juga la...
Alhamdulillah boleh la juga lepaih...can read, speak, write and understand english juga la... macam kekawan aku lepaih tu yang mengekori aku masuk School Of Engineering, ITM tu macam Halim Pak Aji, Lan Siam,  Bai Kadir dan rakan aku sorang lagi Lan Dollah... semua ni geng yang petang2 kena usung buku naik pi Menara ITM belajaq english masa orang lain tengah dok sedap tidoq kat bilik lepaih kelaih, merangkak balik belajar bahasa orang putih tu macam belajaq ABC.....
Alhamdulillah, semuanya itu menjadi nostalgia aku dan kekawan yang sealiran denganku yang tak pandai bahasa orang putih ni masa sekolah dulu, yang selalu dok dalam group last2 tu bila cikgu bahasa inggeris buat group, yang selalu dok kena denda bila tak boleh jawab soalan orang putih ni, kena duduk luar kelaih la, macam2 lagi....
Ok...tu saja kali ni saja nak keluaqkan rasa hati ni...semoga cerita ni hanyalah satu cerita yang tak dak apa2...kiranya ianya boleh dijadikan semangat untuk anak2 kita, amiklah ia sebagai teladan...susah macam mana pun kalau kita usaha juga sambil berdoa dan bertawakkal kepada Allah, Insya-Allah, Allah akan bagi juga....Wallahuaalam

Ikhlas; Jamal Nasir. Tq Ir. Jamal kerana kongsi sini cerita lama2 smdso.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan