Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Disembunyi hantu air - 3 cerita
1977 : Kak Leha Tok Mat yang sedang mengandung jatuh dan hilang di Sungai Perak . Masa itu paip air tak ada. Tandas mangkuk tak ada. Jalan raya bertar tak ada. Elektrik jauh sekali. Ramai bomoh dan pawang dijemput untuk mencarinya kerana usaha menyelam mencarinya tak berjaya.Akhirnya dijumpai dekat dengan kaki tangga dalam sungai .... kata mereka hantu raya pulangkan balik. Pada hal dah banyak kali menyelam di situ.Jenazah dibawa dengan bot ke Hospital Teluk intan untuk bedah siasat.
1970-1975
Semasa di sekolah rendah dahulu (1970-1975), aku ada beberapa kawan perempuan seperti Roslah Sapian, Zaleha Taib, Faridah Lot dan Khairiah Shuib. Khairiah menjadi ketua darjah dan memberi arahan, 'Bangun, Selamat pagi cikgu'. Dia ada bawa buku komik besar bergambar bertajuk 'Pak Pandir'. Selain itu dia bawa risalah negara-negara asing di Eropah. Aku teruja bagaimana dia boleh memiliki buku dan risalah itu. Sejak itu aku turut membeli komik 30 sen dan mengirim surat kepada kedutaaan-kedutaan minta risalah.
1980
Tahun 1980 juga, aku berseluar hijau ke sekolah tetapi hanya itulah satu-satunya seluar sekolah. Pelajar lelaki sekolah menengah tidak perlu lagi berseluar putih, diganti dengan seluar panjang hijau.Ada bocor di buntut kerana apabila berkayuh basikal, cepat haus- nipis. Apabila melintas di hadapan murid perempuan , aku jalan nyerending.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan