Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 20 Januari 2012

Telanjang 12~Sampah!

Hari : Ahad. 15 Jan 2012 (Hari Keputeraan asSultan Kedah)
Waktu :  14.35pm
Lokasi :  Kiosk (Bawah Hotel Holiday Villa)
Perihal : Menunggu orang rumah shopping sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Kedah ke 84.
Letih berekor dgn mereka anak beranak. Aku berehat di satu kiosk. Ambil minuman dan sikit kuih. Duduk di satu kerusi kosong sendirian. Tiga meja di situ dah penoh. Satu meja tu nampak macam muka keluarga Jipun tak pon Korea kot. Makan sambe sembang2. Melawat Aloq Staq kot atau menginap situ.
Ceritanya 1: Lepas makan sorang drp mereka ni kompol2 sampah dan bekas makanan tu dan minta satu anak dia buang dlm tong sampah yg tersedia. Bila mereka bangun meja tu bersih.
Cerita 2: Satu meja lagi...lepas makan sorang sahabat tu kumpul2 jugak la bekas2 tu dan minta kawan dia pi buang (agakla dgn isyarat tangan yg aku nampak tu....suara tak berapa jelas)...yg kawan tu cuma goyang2 tangan saja. Dan mereka bertiga pon bangun berlalu gitu saja. Tinggallah meja itu degan bekas makanan di atasnya.
Cerita 3: Aku pon dekat 1 jam lepas tu bangun jugak....aku makan sekali dgn cawan tu...hahahahahahaha.
(Telanjang di sini bermaksud 'membuka/mendedahkan segala-gala untuk pengetahuan orang lain' sebagai panduan hidup)

2 ulasan:

  1. tu kompom makan aiskrim... hanya cawan aiskrim saja yang boleh makan... he he he....

    BalasPadam