Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Selasa, 31 Januari 2012

Sejarah Alor Setar - Ringkasan 1

Zaman KDYMM Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan negeri Kedah ke 27

20 Februari 1959.
Baginda tuanku ditabalkan dengan rasminya, bertempat di Balai Besar, Alor Setar.

31 Mac 1959
Majlis Negeri yang diasaskan sejak 1905 dibubarkan dan digantikan dengan Dewan Undangan Negeri berdasarkan Kedah Gazet No. 20/22, Jan, 1959

8 September 1973
Bangunan Kerajaan Negeri yang baru iaitu Wisma Negeri telah dirasmikan oleh Pemangku Raja, Duli Yang Teramat mulia Tunku Abdul Malik.

9 September 1975
Dewan Undangan Negeri Kedah yang bertempat di Balai Besar berpindah ke Wisma Negeri.

21 September 1975
Baginda Tuanku dilantik sebagai YDP Agong ke 5.

 1 Februari 1978
Town Board Kota star.



Dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board", pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Alor Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan" pada 1 Mac 1974, sekali lagi dinaikkan taraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada 1 Februari 1978 dan akhirnya diistiharkan sebagai "Majlis Bandaraya Alor Setar" pada 21 Disember 2003.

Menjelang kelahiran Alor Setar sebagai "Bandaraya" pada bulan Disember 2003, genaplah usianya 268 tahun semenjak ianya diasaskan pada 31 Disember 1735. Dengan ini membuktikan bahawa Bandaraya Alor Setar merupakan salah sebuah Bandaraya yang tertua di rantau ini.

>>>>>.........ringkasan 2. Klik SINI

Isnin, 30 Januari 2012

Batu Tanda Sempadan Negeri

 Dulu kalau kita lintas sempadan ada la batu sempadan. La ni rasa2nya dah takdak dah. Pakai papantanda saja. Tulis saja..."Selamat datang ke Negeri......". Cuba tengok batu sempadan yg ada dulu....( tak perasan pulak benda ni ada lagi ka di situ)




Ish...merapu sungguh aku dgn geng aku dulu.......

Buah dulu-dulu

Buah yg dulu2 aku dok kutip makan di sekeliling rumah...ada hutan sikit ada lah buah nih..
buah senduduk...makan yg masak hitam tu, sampai lidah pon jadi hitam.
buah letup....makan yg masak merah...manis masam2...pucuknya mak selalu buat ulam.
buah ceweng...kena gelinte bagi lembut dulu baru makan....tak sedap mana pon.
buah gonchiaq...banyak tumbuh tepi bendang, sekali raup masuk mulut..sekali dgn ulat2 pon telan. Rasa masam2 manis.
buah cenerai...luloq pi lah buah berbulu ni...buat peluru chaplong pon bagus.
buah kote mamak...yg syok ganja di hujung sekali tu...pekat!
buah larak..rupa macam susu kerbau. Yg muda buat cicah garam. Masak merah.
buah sagu/rumbia...buah ni lama2 sekali baru boleh makan. Mula2 makan rasa manis...lama2 kelat penuh mulut.


buah rotan pon kelat jugak...

               buah ibus                                         buah tai
  ...buah keranji, kemuyu, keriang dot kalau nak makan kena merayau pi kampong orang dah...yg di atas tu saja yg ada di keliling rumah mak waktu tu...laa ni dah takdak dah.

Ahad, 29 Januari 2012

Emping Padi


Emping. Kak Mah dan Kak Puan rajin buat benda ni. Benda ni dibuat masa padi pulut baru mula nak masak atau padi muda berisi penoh. Padi pulut tu di goreng tanpa minyak sekejap ( jgn sampai jadi berteh). Lepas tu masuk dalam lesung padi dan tumbuk sampai penyek. Asingkan isi dgn kulit tu dgn menampi. Makan gaul dgn nyoq muda parut...nak sedap boleh la tambah gula...nak lebih manis lemak2 masin tambah laa garam. Boleh kot komersialkan sikit..."paddyflake"..

Pujuk Jantung Pisang


Pujuk Jantung pisang/Pincut

Dulu sebelom padi 2 musim, masa lapang banyak. Lepas musim padi...bendang kering kontang. Bukan ada benda dah dalam bendang tu yg nak kena jengok. Sepupu2 aku yg pempuan...Kak Mah, Kak Puan dan Kak Sokdah dgn jiran2 selalu buat benda ni. Pujuk Jantung Pisang. Dulu senang saja...ambek jantung pisang mentah ni campoq dengan garam, belacan, asam jawa , gula dan kalau nak pedas boh la cabai melaka. Gaul semua tu dan tumbuk dlm lesung padi. Tumbok ramai2. Siap untuk diratah gitu saja. Kalau silap jantung pisang..kelat yaRabbi.

Sabtu, 28 Januari 2012

Darurat zaman komunis


Masa tu tahun 60an hingga awal2 70an. Lori/Trak askar selalu lalu pi mai pi mai di jalan depan rumah tu. Masa tu tak tau depa angkut askar pi mana. Kami yg dok main tepi jalan raya selalu akan angkat tangan dgn 2 jari...tanda 'peace'...punyalah seronok bila askar dlm trak tu balas balik dgn 'peace' juga...kadang2 dibalas dgn peket sambal bilis ka, sambal daging ka....baki ration lepas operasi kot...tu yg seronok sangat tu. Berebut2.

Jumaat, 27 Januari 2012

Cerita exsmdso 50~`fill in the form'

50 drp 50
Lepaih SPM 80, kita semua pakat berpecah mencari haluan masing2.....ada yang dapat offer U dulu tu krenyeh tak kira la kalut pi siap diri untuk pi daftar, ada yang dapat lambat sikit offer tu mai la dulu masuk form 6, ada yang masuk aliran 6 Sastera dan ada yang masuk 6 sains, dan ada yang tak puas hati lagi tu apply lain untuk amik sekali lagi SPM, dan ada yang membawa diri minta kerja dulu dan macam2 lagi la...
Masa tu aku dengan beberapa kekawan lain adala beberapa orang yang tak dapat offer lagi tu mai naik Form 6 sains tu, tahun tu Syed Omar mula buat 6 sains...macam Moha kata hari tu la..kalu tak silap antaranya Aku, Moha, Mat We, Dr Shal, Che E, Kevin, Ganeson, dan beberapa orang lagi ...tapi ada juga yang masuk 6 Sastera macam Salmi Mahmud, Azim, Roslan Dollah dan beberapa orang lagi ...
Syok jugala masa orentasi tu, tambah pula dapat kawan2 dan awek2 baru dari sekolah lain, apa lagi rioh sakan la,..Geng 6 Ataih tak berapa berani nak tegur kita pasai kita orang lama,..Sifu kita masa tu Mat We la, tang mana dia pi pakat bederu ikut, geng2 baru pun tumpang sekaki takut kena ragging dengan geng 6 Ataih....
Selang tak berapa lama lepaih tu, pakat keluaq satu2, ada dapat offer tang nu dan ada dapat offer tang ni....last2 yang tinggai dalam 6 Sains tu cuma Aku, Ganeson dan geng2 baru dari sekolah lain saja.....aku ni interview macam2 juga la, last2 sekali tak lekat,..kalu kata tu kira frust menonggeng jugala...kekawan semua pakat belah dulu pi U...Moha, Mat We pi UTM, Tuan Ramli dan Cikgu Bakri pi UPM, Tuan Pengiran, Azali, Mat Saad Samsudin, Rosli Abdullah, Afendi Unta dah masuk ITM, Shal dan Jai dah masuk matrik USM, Ad Brahim dan Bai Kadir masa tu dah masuk matrik UKM dll...kira dok 6RS tu syok2 sajala sementara dok tunggu nak minta January intek pula tu...macam frust saja.., mai sekolah pun lewat, dah mula malaih nak belajaq pasai tak dak intension untuk amik STP pun...hajat masa tu nak minta masuk Pegawai Kedet Tentera juga, kalu tidak boleh juga la jadi Mejer macam Mejer Yusof kita la ni, tapi pikiaq pi pikiaq mai tak jadi takut tak tahan godaan....laih2 tu minta juga la ITM masa tu walaupun aku ni tak pandai Bahasa Orang Putih tu, cukup takut nak minta masa awai dulu tu...kan pa macam Tuan DO kata juga la, Bahasa Orang Putih tu dapat 6 tebalik (toge),..borang ITM tu dia kena buat sikit essay dalam bahasa inggeris tu, pa lagi dah nak masuk juga,pi la himpit Ganeson minta tolong dia sikit ....paih tu hantaq pi la, macam harap tak harap saja ...tut2 dah nak jadi rezeki belajaq kat situ, dah Allah tulih dah kena belajaq kat situ, dalam ketaq2 tak reti bahasa orang putih tu kena belajaq juga la...nak cari sapa lagi..dulu masa form 1 boleh minta tolong Moha `fill in the blank'...paih tu minta Ganeson tolong `fill in the form'....lani ni kena tonyoh sendiri la..... teruk juga la...
Alhamdulillah boleh la juga lepaih...can read, speak, write and understand english juga la... macam kekawan aku lepaih tu yang mengekori aku masuk School Of Engineering, ITM tu macam Halim Pak Aji, Lan Siam,  Bai Kadir dan rakan aku sorang lagi Lan Dollah... semua ni geng yang petang2 kena usung buku naik pi Menara ITM belajaq english masa orang lain tengah dok sedap tidoq kat bilik lepaih kelaih, merangkak balik belajar bahasa orang putih tu macam belajaq ABC.....
Alhamdulillah, semuanya itu menjadi nostalgia aku dan kekawan yang sealiran denganku yang tak pandai bahasa orang putih ni masa sekolah dulu, yang selalu dok dalam group last2 tu bila cikgu bahasa inggeris buat group, yang selalu dok kena denda bila tak boleh jawab soalan orang putih ni, kena duduk luar kelaih la, macam2 lagi....
Ok...tu saja kali ni saja nak keluaqkan rasa hati ni...semoga cerita ni hanyalah satu cerita yang tak dak apa2...kiranya ianya boleh dijadikan semangat untuk anak2 kita, amiklah ia sebagai teladan...susah macam mana pun kalau kita usaha juga sambil berdoa dan bertawakkal kepada Allah, Insya-Allah, Allah akan bagi juga....Wallahuaalam

Ikhlas; Jamal Nasir. Tq Ir. Jamal kerana kongsi sini cerita lama2 smdso.

Khamis, 26 Januari 2012

Cerita exsmdso 49~Usha couple Merendek

Cerita exsmdso 49 drp 50
 

Aku terkenang satu kisah lama iaitu Asrama Putra aka Hotel Putra iaitu tempat penginapan pelajar lelaki di kawasan rehat dan rekreasi Kelab Golf Di Raja Kedah. Ceritanya begini, masa Tingkatan 1 atau 2 tu aku selalu keluar awal untuk kesekolah iaitu lebih kurang jam 11 pagi. Aku akan kayuh basikal pelan2 dan singgah di rumah kuda(Ahmad Sobri) dulu pasal nak ambil dia kerana dia tak ada basikal. Yang syoknya kami ni bukannya straight pi sekolah tapi pi meneropong kat garden kawasan berhampiran asrama putra tu. Masa tu tak pikir apa....yang tau syok saja pasal dok usha couple dok merendek di kawasan tu. Asrama putra tu jadi port aku dan kuda pasai masa tu bang Bai (Razali Lebai Awang) dok kat situ.Tapi yang lebih syok la ni rumah mertua aku terletak betul2 dibelakang bekas tapak asrama putra tu. Bukannya apa bila balik rumah mertua aku dan dok bersih kawasan belakang, kadang2 tersenyum seorang kerana mengingati peristiwa lama tersebut. 
Cerita asal: Tn Haji Yahaya Abdul Rahman, Bertam.