True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Rabu, 29 Jun 2011
Kapal Layar~Jenis Bijik Janggus: Permainan dulu2 ;bil 7
KAPAL LAYAR~Jenis Biji Janggus..
Kapai layaq jenieh ni simple saja....semua oghang boleh buat punya.....cuma kena hati2 dgn getah bijik jangguieh tu....kena mata buta...alat2 yg kena ada ialah...bijik jangguieh muda (masih ada getah) dan hujung daun ghumput (apa2 jenieh ghumput yg tumbuh ataieh bataieh bendang)...picit bijik jangguieh sampai teghebit getah,..calit sikit kat rumput tu....letak pelan2 di ayaq....tengok apa jadi?...tindakbalas getah tu buat daun rumput tu melilau rata2....tapi sat saja laa.....kira second saja.
Selasa, 28 Jun 2011
Kapal Layar~Jenis Seludang kelapa: Permainan dulu2 ;bil 6
Selalunya anak bendang macam aku ni suka main benda ni masa musim paktani masuk air bendang untuk tanam padi musim berikutnya..masa tu air bendang melaut..ditambah dengan tiupan angin timur....bersama riak ombak kecil beralun...syahdu. Kapal layar ni ada 2 jenis.....1. Jenis Seludang kering. 2. Jenis Biji Janggus...
Jenis Seludang kering...
Potong seludang kering dekat dengan pangkal tu dan tampal dengan tanah liat untuk mengelakkan air masuk. Pasang bilah buluh tu kemas2 sebagai tiang layar....masukkan beg plastik sebagai layar.....pi laa cari mana2 bendang yang lebaq dan luaih....tengok angin dok tiup pi mana.....1, 2, 3.... mula la lepaih kapai layaq masin2...ada yg sampai hujung sana,..ada yg senget dan tengelam sekerat jalan..ada yg sedihnya...lepaih letak dekat ayaq saja teruih tengelam....hehehehe,..beghat tanah liat....Kalau laa ni 'MONSOON CUP' laa..
Ahad, 26 Jun 2011
Tuju kasut~Permainan dulu2: bil 5
Permainan ni popular sat saja...aku pon minat sat saja. Yang syoknya bila dapat tuju tepat tengah belakang lawan..kedebuk kena...puaih!! Tapi selalunya yg menang ka, yang kalah ka...game ni habieh gitu saja..pakat2 balik ghumah....esok jumpa ,..undi buat team baru..lawan lagi... Main game ni cuma tegakkan kasut 3 belah sandaq menyandaq, tuju dgn bola sampai barai...lepas tu cuba dirikan balik kasut tu..Sambe2 tu pasukan lagi cuba matikan lawan dgn tuju bola tu ke badan....kalau kena 'you out'....
Pok amai-amai......
BERPANTUN DGN KAWAN2 FACEBOOK
Mula.....
Tepuk amai-amai,
belalang kupu-kupu,
belajar sampai pandai,
tekun baca buku.
Wahid Bahri Bila sudah pandai,
boleh tolong ibu;
tapi tok sah dok mamai,
nanti nangis tak berlagu...
pada 28hb Disember 2010 pukul 8.55 pagi ·
Salehi Hassan Tok sah dok mamai,
Nanti nangis tak berlagu,
Tok sah dok memandai,
Ikut cakap cikgu.
pada 28hb Disember 2010 pukul 9.10 pagi ·
A Ghozali Mehad ......
toksah dok memandai
ikut cakap cikgu
kalau ngaji pon do mamai
itu tanda tak berkat ilmu..
pada 28hb Disember 2010 pukul 11.16 pagi ·
Zulkarnain Ossman
kalau ngaji pun dok mamai,
itu tanda tak berkat ilmu;
meh le kita reramai,
mengaji kat tok guruuuu
pada 28hb Disember 2010 pukul 11.20 pagi ·
Mohd Yunos
Meh le kita reramai,
mengaji kat tok guru;
kalau masih lagi mamai,
masuk bulatan bersama tok guru.
pada 28hb Disember 2010 pukul 6.10 ptg ·
Amir Hamzah Mohamad
Kalau masih lagi mamai,
Masuk bulatan sama tok guru,
Moh kita ramai-ramai,
Buat barisan baju biru........kahkahkah.....
pada 29hb Disember 2010 pukul 3.57 ptg ·
Salehi Hassan -----
Moh kita ramai2,
Buat buat barisan baju biru.
Kalau semua sudah pandai,
Kita tunggu saja PRU.
pada 29hb Disember 2010 pukul 9.43 ptg ·
Zulkarnain Ossman
kalau semua sudah pandai,
kita tunggu saja PRU.
usah pangkah jenis pecacai,
usah pangkah kaki sapu....hehehe
pada 29hb Disember 2010 pukul 10.15 ptg ·
Amir Hamzah Mohamad
Usah pangkah jenis pencacai,
Usah pangkah kaki sapu,
Bukan semua tak pandai,
Dema ni kebanyakkannya penipu......huhuhu
pada 29hb Disember 2010 pukul 11.55 ptg ·
Zulkarnain Ossman
bukan semua tak pandai,
dema ni kebanyakannya penipu,
kita yang pangkah tu bingai,
kununnya membodek dan mengampu...hahaha
pada 30hb Disember 2010 pukul 1.15 pagi ·
A Ghozali Mehad .....
kita yang pangkah tu bingai,
kununnya membodek dan mengampu,
bila dah pangkah baru menyesai
lima tahun lagi kena dok tunggu....hihihihi
pada 30hb Disember 2010 pukul 3.04 pagi ·
Amir Hamzah Mohamad
Bila dah pangkah baru menyesai,
Lima tahun lagi kena dok tunggu,
Yang penting dendam dah langsai,
Yang lain-lain pegi mampus la Lu........huhuhu
pada 30hb Disember 2010 pukul 3.58 pagi ·
A Ghozali Mehad .....
yang penting dendam dah langsai,
yang lain lain pegi mampus la lu,
jangan nanti hancoq luluh dan lunyai,
sebelom nak pangkah pikiaq lah dulu.....
pada 30hb Disember 2010 pukul 4.49 pagi ·
Amir Hamzah Mohamad
Jangan nanti hancoq luluh dan lunyai,
Sebelom pangkah pikiaq la dulu,
Depa ni semua dah pandai,
Dah tak sabaq-sabaq nak kerajaan baghu..
pada 30hb Disember 2010 pukul 4.54 pagi ·
Salehi Hassan ----
Depa ni semua dah pandai,
Dah tak sabaq-sabaq nak kerajaan baru,
Jangan pangkah siperangai tupai,
Melompat saja yang dia tahu.
pada 30hb Disember 2010 pukul 5.30 pagi ·
Amir Hamzah Mohamad
Jangan pangkah siperangai tupai,
Melompat saja yang dia tahu,
Kuat melompat kita abai,
Kuat meliwat kita siku........kahkahkah
pada 30hb Disember 2010 pukul 5.35 pagi ·
Zulkarnain Ossman
kuat melompat kita abai,
kuat meliwat kita siku,
hak perogol patut ditibai.
hak berkhalwat kita heret dulu.....hahaha
pada 30hb Disember 2010 pukul 7.00 pagi ·
A Ghozali Mehad ....
hak perogol patut ditibai,
hak peliwat kita heret dulu,
kita patah patah macam cabai
kita buat cicah dengan budu....hahahaha
pada 30hb Disember 2010 pukul 7.11 pagi ·
Zulkarnain Ossman
kita patah-patah macam cabai
kita buat cicah dengan budu,
orang melayu tak pandai-pandai
asyik-asyik mudah ditipu....kahkahkah...
pada 30hb Disember 2010 pukul 7.14 pagi ·
A Ghozali Mehad .....
orang melayu tak pandai-pandai,
asyik-asyik mudah ditipu,
sapa kata melayu tak pandai,
siang malam pi ceramah tok guru.....
pada 30hb Disember 2010 pukul 7.27 pagi · · Seorang
Zulkarnain Ossman
sapa kata melayu tak pandai
siang malam pi ceramah tok guru
hak pi memanglah pandai
yang tak pi ni haru-biru....huhuhu
pada 30hb Disember 2010 pukul 7.33 pagi ·
Salehi Hassan ------
Hak pi memanglah pandai,
Yang tak pi ni haru-biru,
Ada yang pi singgah dikedai,
Dapat fulus baru serbu.
pada 30hb Disember 2010 pukul 8.11 pagi ·
A Ghozali Mehad .....
Ada yang pi singgah dikedai,
Dapat fulus baru serbu.,
kita saja yg memandai-mandai,
mungkin depa semua dah tahu...
pada 30hb Disember 2010 pukul 8.15 pagi ·
Salehi Hassan
Kita saja yg memandai-mandai,
Mungkin depa semua dah tahu,
Orang Penang kata baru ada akai,
Depa dok gelak,kita dok tergaru-garu.
pada 30hb Disember 2010 pukul 8.20 pagi ·
Amir Hamzah Mohamad
Orang Penang kata baru ada akai,
Depa dok gelak, kita dok tergaru-garu,
Jangan jadi macam sakai,
Kasut pun letak di almari baju......
pada 30hb Disember 2010 pukul 10.10 pagi ·
Zulkarnain Ossman
jangan jadi macam sakai,
kasut pun letak di almari baju,
hak bodoh belajar jadi pandai.
hak pandai ajar jadi guru....
pada 30hb Disember 2010 pukul 12.45 ptg ·
Wahid Bahri
Jangan jadi macam sakai,
kasut pun letak di almari baju;
Melayu pun dok serabai,
sana sini asyik melahu...
pada 30hb Disember 2010 pukul 12.51 ptg ·
A Ghozali Mehad ....
hak bodoh belajar jadi pandai.
hak pandai ajar jadi guru....
hak pandai jadi macam kaldai,
hak bodoh jadi macam lembu.....
pada 30hb Disember 2010 pukul 12.52 ptg · · Seorang
A Ghozali Mehad ......
Melayu pun dok serabai,
sana sini asyik melahu...
walau hari-hari kena tibai
depa tetap dok macam tu...
pada 30hb Disember 2010 pukul 12.56 ptg ·
Amir Hamzah Mohamad
Melayu suka jadi pencacai,
Marah pulak kalau dibantu,
Alim berlagak lebai,
Anak sendiri pun depa sapu......huhuhu
pada 30hb Disember 2010 pukul 1.21 ptg ·
A Ghozali Mehad .....
Alim berlagak lebai,
Anak sendiri pun depa sapu...
walaupun kita ibarat sekapai,
masing2 hati sendiri tahu....
pada 30hb Disember 2010 pukul 11.07 ptg ·
Amir Hamzah Mohamad
Walaupun kita ibarat sekapai,
masing2 hati sendiri tahu,
Pagi2 ni dah pekena tapai,
tengahari nanti pekena tauhu......hehehe
pada 31hb Disember 2010 pukul 12.12 pagi ·
A Ghozali Mehad ........
Pagi2 ni dah pekena tapai,
tengahari nanti pekena tauhu..
jom ke masjid kena sampai,
masa khutbah jangan dok melahu.....hehehehe...kenyang tauhu
pada 31hb Disember 2010 pukul 12.26 pagi ·
Wahid Bahri
Jom ke masjid kena sampai,
Masa khutbah jgn dok melahu;
Nak bina masjid guna duit sekapai,
Dah siap tak ada sapa nk ke situ.
pada 31hb Disember 2010 pukul 3.38 pagi ·
Amir Hamzah Mohamad
Nak bina masjid guna duit sekapai,
Dah siap tak ada sapa nak ke situ,
Ajak lah anak,isteri ipar duai,
Biar sesak sampai ke pintu.......
banyak pantun dakwah hari Jumaat ni......hehehe
pada 31hb Disember 2010 pukul 3.55 pagi ·
A Ghozali Mehad .....
Ajak lah anak,isteri ipar duai,
Biar sesak sampai ke pintu.
Bila kita jemaah beramai-ramai,
Mudahlah rezeki datang bertamu..
pada 31hb Disember 2010 pukul 7.33 pagi ·
Zulkarnain Ossman
bila kita jemaah beramai-ramai
mudahlah rezeki datang bertamu
negara kita aman dan damai
rakyat hidup bersatu padu
pada 31hb Disember 2010 pukul 7.39 pagi ·
A Ghozali Mehad .....
negara kita aman dan damai
rakyat hidup bersatu padu
banyak sungguh idea dok mai
tulis pantun sampai tak mahu......mai mana idea begitu banyak?
pada 31hb Disember 2010 pukul 7.52 pagi ·
Amir Hamzah Mohamad
Banyak sungguh idea dok mai,
tulis pantun sampai tak mahu,
Bangkok, Kuala Lumpur hingga Chengmai,
Jauh perjalanan menambah ilmu.........jawab tak pantun hang
pada 31hb Disember 2010 pukul 9.26 pagi ·
A Ghozali Mehad .....
Bangkok, Kuala Lumpur hingga Chengmai,
Jauh perjalanan menambah ilmu.
Hang jawab dok dalam mamai,
tapi kira dah jawab lah tu......hahahahaha...dah makin kering idea..
pada 31hb Disember 2010 pukul 10.37 pagi ·
Amir Hamzah Mohamad
Hang jawab dok dalam mamai,
tapi kira dah jawab lah tu,
Kalau idea susah dok mai,
Cari lah lagi isu-isu baru........hehehe
pada 31hb Disember 2010 pukul 10.39 pagi ·
A Ghozali Mehad ........
kalau idea susah dok mai,
Cari lah lagi isu-isu baru.....
tahun 2011 dah nak mai,
agak2 ada jadi ka PRU......
pada 31hb Disember 2010 pukul 10.42 pagi ·
Azizan Puteh
tahun 2011 dah nak mai,
agak2 ada jadi ka PRU......
jangan kita dok mamai,
selesai azam lama buat azam baru....he..he..
pada 31hb Disember 2010 pukul 10.51 pagi ·
A Ghozali Mehad ....
jangan kita dok mamai,
selesai azam lama buat azam baru.,
aku dok sangka tahun nak mai,
tentu depa pulon buat PRU,......nak PRU jugak!
pada 31hb Disember 2010 pukul 11.15 pagi ·
Amir Hamzah Mohamad
Aku dok sangka tahun nak mai
tentu depa pulun buat PRU,
PRU tak akan mai,
BN sekarang banyak isu.........hehehe
pada 31hb Disember 2010 pukul 11.21 pagi ·
Azizan Puteh
PRU tak akan mai,
BN sekarang banyak isu.......
kita hidup aman damai,
mari kita saling membantu....
pada 31hb Disember 2010 pukul 11.28 pagi ·
A Ghozali Mehad ...
kita hidup aman damai,
mari kita saling membantu...
awat dok takut pada tahun baru nak mai,
kalau berani buat la PRU tu........hehehehe ramai dok tunggu..
pada 31hb Disember 2010 pukul 11.30 pagi ·
Amir Hamzah Mohamad
Awat dok takut tahun baru nak mai,
Kalau berani buat la PRU,
Ni bukan zaman Pak Lah mamai,
Najib kata tak leh buat lagu tu........hehehe
pada 31hb Disember 2010 pukul 11.44 pagi ·
Wahid Bahri
Ni bukan zaman Pak Lah mamai,
Najib kata tak leh buat lagu tu;
IKut hati mati ikut nafsu pokai,
Ikutlah sunah Rasul dan Allah yang satu.
pada 31hb Disember 2010 pukul 12.49 ptg ·
Amir Hamzah Mohamad
Ikut hati mati ikut nafsu pokai,
Ikutlah sunnah dan Allah yang satu,
Azam baru hendak digapai,
Sempena menyambut tahun baru......
pada 31hb Disember 2010 pukul 4.09 ptg ·
Maimun Halim
Azam baru hendak digapai,
Sempena menyambut tahun baru,
Azam dulu belum tercapai,
Buat yang baru jangan keliru.
pada 01hb Januari pukul 12.54 ptg ·
Amir Hamzah Mohamad
Azam baru belum tercapai,Buat yang baru jangan keliru,
Kalau penat berhenti di Sungkai,
Singgah Bidor beli jambu batu......hehehe
pada 01hb Januari pukul 12.59 ptg ·
A Ghozali Mehad ....
Kalau penat berhenti di Sungkai,
Singgah Bidor beli jambu batu...
lama sudah pi baru sudah mai,
azam yang banyak jadikan satu.....jgn banyak2 nanti tak capai...
pada 01hb Januari pukul 1.04 ptg ·
Amir Hamzah Mohamad
Lama sudah pi, baru sudah mai,
azam yang banyak jadikan satu,
Tahun baru anak tambah ramai,
Biarlah bini masih yang tu.......hehehe
pada 01hb Januari pukul 1.11 ptg · · Seorang
Wahid Bahri
Tahun baru anak tambah ramai,
Biarlah bini masih yang tu....
Nak capai azam badan dh longlai,
Tiap tahun dok lagu tu...
pada 01hb Januari pukul 9.13 ptg ·
Amir Hamzah Mohamad
Nak capai azam badan dah longlai,
Tiap tahun dok lagu tu,
Tu bermakna rezeki lum sampai,
sabar-sabar la menunggu......
pada 02hb Januari pukul 12.49 pagi ·
Maimun Halim
Tu bermakna rezeki lum sampai,
Sabar-sabar la menunggu....,
Kalau cita-cita hendak dicapai,
Pecahkan ruyung dapatkan sagu.
pada 04hb Januari pukul 9.48 pagi ·
Amir Hamzah Mohamad
Kalau cita-cita hendak dicapai,
pecahkan ruyung dapatkan sagu,
Buah langsat buah rambai,
Sedap lagi si jambu batu................tuko topik...hehehe
pada 04hb Januari pukul 1.38 ptg ·
A Ghozali Mehad .....
Buah langsat buah rambai,
Sedap lagi si jambu batu..
teringatkan kisah Sang Kelembai,
semua dituding menjadi batu......tak dapat anggur katanya masam...
pada 04hb Januari pukul 8.00 ptg ·
Maimun Halim
Teringatkan kisah Sang Kelembai,
Semua dituding menjadi batu,
Koleksi emas cincin, gelang dan rantai,
Untuk diwarisi anak menantu.
pada 05hb Januari pukul 1.01 ptg ·
Langgan:
Catatan (Atom)
tekun baca buku
bila sudah pandai
boleh tolong ibu...