Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 7 September 2012

Bacaan Yasin


Malam tadi ada Majlis Yaasin utk Pelajar2 yg akan menduduki Peperiksaan Awam, UPSR, PMR, SPM, STPM/STAM dan juga kepada jemaah haji yg akan berlepas tahun ini.

Sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa surah Yasin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam dan ia selalu dibaca pada malam Jumaat.... bahawa dengan mengamalkan membaca surah Yaasin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.  

Bulan September adalah bulan kemuncak Majlis Bacaan Yaasin khas utk pelajar2 yg menduduki peperiksaan kerana Peperiksaan awam akan bermula dgn UPSR akan berlangsung dalam bulan September, diikuti dgn PMR pd Oktober, dan SPM, STPM/STAM pd November membawa ke Disember. Malam Jumaat selalunya menjadi pilihan utk majlis tersebut di rumah2 waris, di surau2, di sekolah2 dan di Masjid2. Kebetulan sekarang juga ada jemaah yg akan mengunjungi Mekah utk menunai Haji. Maka bertambahlah bilangan majlis Yaasinnya.  Semoga semua mendapat kebaikan dan keberkatanNya melalui majlis tersebut. Aamin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan