Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 30 Mac 2012

KPI~Indeks Prestasi Utama (Key Performance Indicator)

 

Tapi apa itu KPI? Dalam terjemahan bahasa Melayu ia bermakna Indeks Prestasi Utama. Dalam pengertian pengurusan yang mudah, KPI banyak digunakan dalam mengukur sejauh mana keberkesanan sesebuah organisasi atau individu dalam menyempurna dan melaksana tugasan, matlamat serta objektif yang diberikan kepadanya.

Biasanya, sesebuah organisasi dan perniagaan menggariskan beberapa KPI yang perlu dinilai kemajuannya. Penilaian sesebuah perniagaan, misalnya ialah untuk melihat sama ada untungnya meningkat dan tahap kepuasan pelanggannya juga turut meningkat.

Ini bermakna, keuntungan dan kepuasan bergerak seiring. Untung yang dibuat, secara sah, haruslah berbaloi mengikut kehendak dan kaca mata pelanggan. Tahap kepuasan pelanggan tidak boleh diketepikan, kerana jika pelanggan tidak puas, sokongan mereka akan merosot. Jika sokongan merosot, perniagaan itu juga akan merosot. Pelanggan perlu berpuas hati dengan wang yang dibelanjakan untuk produk atau perkhidmatan itu, walaupun harganya sedikit mahal.

Begitu juga dalam pentadbiran kerajaan - ia juga mempunyai pelanggannya yang tersendiri yang perlu dipuaskan. Perkara kecil boleh jadi besar jika ia tidak ditangani dengan betul. Bagi politik - pelanggannya ialah rakyat atau pengundi. Jika pelanggan itu puas hati, jumlah kerusi dalam Parlimen juga akan merosot. Begitulah sebaliknya.

Dalam suasana ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu - juga suasana politik tempatan yang muram, satu bentuk pengurusan yang kreatif perlu dilaksanakan oleh semua pihak. Seperti kata guru pengurusan terkenal, Tom Peters "Crazy times call for crazy organizations" (Masa yang gila seperti ini memerlukan organisasi yang turut gila). Gila dalam konteks ini ialah gila-gila, radikal atau kreatif. Kita harus melihat sesuatu melampaui (beyond) ibu jari kaki kita.

Rabu, 28 Mac 2012

Sekolah dulu 8- Pensel

Pensil- Bukan nak cerita tentang miskin tapi nak cerita tentang sejarah.
Guna sampai kontot…selalunya kalau pensil baru tu panjang kena kongsi..potong dua. Sayu saja bila tengok kawan2 pakai pensel sambung2 tu...dan satu lagi pensel petik2 tu..Selalunya mampu beli pensil HB saja laa. Sealions ka, atau pon cap 'apa' tak tau sebab tulis cina......Nak dapat 2B staedler…tunggu kerja dulu laa....tapi aku bernasib baik kerana setiap hujung tahun aku gerenti naik pentas....dapat laa jugak merasa sebatang pensel 2B beserta dgn kotak pensel plastik....Thankyou Allah.

Sekolah dulu 7- Bekas Bekal

gambar hiasan
Bekas- Bukan nak cerita pasai miskin tapi nak cerita tentang sejarah.
Kalau musim perayaan, sekolah akan sambut...macam hari raya ka, hari guru ka,...bila balik rumah bagi tau kat mak..'Mak, esok cikgu minta bawak koie'.....Pagi esok sebelom pi sekolah mak huloq laa kat aku....aku pon perosok laa dalam beg...'Ayaq mana mak'....mak huloq lagi, aku sumbat lagi dalam beg......kekawan bawak kuih dlm bekas kalau pon tak taperwe,.ada laa bekas2 yg mak depa bekalkan... aku bawak kuih balut kertas suratkhabaq china saja, masa tu suratkhabaq melayu mana nak cari,..sapa nak perabih duit beli ‘paper’ tu....ayaq pon ayaq kopi O isi dalam botoi kicap ikat muncung dgn plastik guna getah ikat barang. Kadang2 aku amat segan dgn kawan2....aku dgn geng aku akan buka 'bekalan' jauh2 di hujung padang selepas majlis tu selesai. Kami makan ramai2.

Selasa, 27 Mac 2012

Sekolah dulu 6- Beg Sekolah.

gambar hiasan
Bukan nak cerita pasai miskin tapi nak cerita pasai sejarah. Macam2 beg yg dok ada. Tapi kebanyakannya makpak buat sendiri saja...kot2 kalau masa mula2 tahun tu ada laa beg yg dibeli. Selepas tu tak beli dah....jaga laa elok2. Itulah satu2nya beg untuk tahun tu. Kalau dah rosak, baikilah mana2 patut. Pak selalu minta mak jahit kalau tangkai putus atau koyak. Beg ganti selalunya yg aku  dapat ialah beg kampit baja....potong separuh, jahit tepi dan pasang tangkai. Beg ni laa dok usung pi sekolah. Selalu jugak tangkai putus bila buku banyak....dah tak boleh galas heret saja laa.Tapi kampit baja ni cepat reput, tahan tak lama. (Masa tu yg berada sikit depa bawa 'beg peti'...yg ada kunci lagi tu)...ada kawan yg bawa beg yg makpaknya buat dgn seluar panjang yg dipotong dan dijahit jadi beg....Budak laa beg berganti sentiasa....mahal2 lagi.....kalau tak mahal pon berjenama hebat walaupon beli di Padang Besar.

Jumaat, 23 Mac 2012

Sekolah dulu 5- Baju Sukan

Baju sukan
 
Waktu tu semua budak lelaki  sekolah rendah pakai singlet masa berlatih sukan dan pada hari sukan...budak2 pompuan tak ingat pulak macam mana pesyen depa.  Cikgu rumah masing2 kutip duit dari tiap orang buat beli singlet. Lepas beli singlet tu, cikgu tu celop saja singlet tu dgn dye ikut warna rumah masing2..masa tu macam ada kenuri di sekolah...ada 4 kawah dok masak baju..hahahaha....tak macam laa...semua beli siap ikut warna rumah, siap tulis nama rumah lagi. Singlet tu lepas celop dye, cikgu pon jemoq laa di panas matahari...penoh di padang....cantik jugak laa...ada 4 warna di padang tu...nampak meriah!

Selasa, 20 Mac 2012

Sekolah dulu 4- Buku Teks

Buku
 
Suatu masa dulu....buku teks merupakan satu masalah yg sangat rumit....waktu tu mana ada skim pinjaman.....semua kena beli. Dan nak belinya pulak bukan ada dekat kedai kampong. Kena turun Aloq Setaq....tu pon kot kalu ada. Kalau tak dak kena laa pi Bagan, takdak jugak, kena pi Tanjong. Waktu tu jugak SP belom lagi hebat macam Aloq Setaq...mau tak mau turun jugak laa Tanjong nun.

Maka untuk memenuhi tuntutan itu.. Selalunya Pak akan suroh kami pi pinjam buku2 lama dr sedara mara yg dah naik kelas. Elok tak elok itulah bukunya...buku secondhand..bila dah takdak dah....pi laa Pak bawa list buku tu atur dari satu kedai ke satu kedai di Pekan Rabu....kalau ada duit boleh laa beli semua...kalau duit tak cukup beli laa dulu setakat yg duit ada.....lama lepas tu pi laa beli pulak. Bila dah lewat, buku pon habis. Dah takdak buku.  Budak laa untung...semua buku free.

Jumaat, 16 Mac 2012

Sekolah dulu 3- Pemadam



Getah pemadam


-guna getah barang yg diikat pada hujung pensil….bila gosok buku jadi hitam. Kadang2 pakai airlior saja...gosok dgn jari sampai koyak buku...masa tu kalau beli getah pemadam, aku akan kongsi dgn kawan aku....Danial dan Pozi....mujoq laa depa nak kongsi dgn aku. Kalau dapat 'raba' yg wangi tu...alamak! Syok tak kira dah...tapi selalunya guna getah ikat barang tu laa...ikat ketat2 hujung pensil tu. Banding dgn anak aku laa ni...getah pemadam depa dok buat mainan laa pulak.....

Sekolah dulu 2- Payung

 
Payong-  Masa tu kami sangat susah nak dapat payong....kalau ada pon mungkin satu..payong kertas yg Pak guna masa nak mengala bendang. Pak guna payong waktu panas bukan waktu hujan. Bila sekolah musim hujan adalah satu musim yang merumitkan....sekolah nak kena pi..tapi payong tak dak la pulak. Jadi selalunya kami gulong2 baju tu masuk dalam beg. Kasut masukkan dalam plastik ikan....cari  daun pisang dan buat laa payong...atau kalau awai2 musim padi ada laa kampit baja....boleh laa kelubung kampit baja tu...tu pon bila sampai sekolah basah lencun laa jugak.....cuma kalau balik dah tak kisah dah..hujan pon redah jugak. Anak2 aku laa ni pon tak pernah bawak payong pi sekolah pon.....pi berantaq balik berambek...Senang depa!

Khamis, 15 Mac 2012

Sekolah dulu 1- Uniform

Uniform
 
Masa tu…
  • Uniformitulah baju sekolah, itulah baju raya....masa tu tidaklah jadi janggal bila tengok anak2 lelaki beraya dgn uniform lengkap sekolah. Baju putih berseluaq pendek.... Bukan macam sekarang, kebanyakan anak2 bergaya dgn pakaian melayu lengkap. Masa tu pada kami tak laa kisah sangat...apa2 pon janji itu pakaian baru untuk beraya...masa tu mungkin bekerja sebagai petani padi tak laa semewah zaman laani. Pak kami mungkin ambek keputusan 2 dalam 1...lepas raya boleh pakai pi sekolah. Tapi tak semua budak2 macam tu. Yg agak berada tu depa dah pakai 'baju raya' dah. Kami2 ni dok pendam dalam hati saja laa....tapi tak laa tiap kali raya macam tu.....kadang2 merasa la jugak pakai baju raya. "Terima kasik Pak...beli baju raya kat anak2 Pak".

Jumaat, 9 Mac 2012

SEKOLAH PENYAYANG



Sekolah Penyayang dan Konsep Guru Penyayang
3 Program awalan untuk dilaksanakan

  • Aluan kedatangan dan kepulangan pelajar - setiap hari bermula di pintu masuk. Personalia terlibat : guru2 atau guru terjadual dan Guru Pentadbiran
  • Penghargaan Pelajar - Ucapan Hari Lahir pd pelajar setiap bulan di Perhimpunan bulanan. Kad dan hadiah serta ucapan dr kawan2 di perhimpunan. Juga sambutan/penghargaan pada hari kanak2 sedunia
  • Mentor-mentee - Murid2 dibahagikan kpd guru....antara pengisiannya dlm program ini adalah...tanya khabar, makan bersama, lawatan ke rumah, sesi bimbingan. Personalia terlibat : Semua guru.

Khamis, 8 Mac 2012

SBPA- ?

SBPA- Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam dah dibatalkan....kembali semula ke SSM. Yg dok berangan2 dah hilang angan2. Ada yg dah melompat gembira dulu...dah duduk diam.....dulu dia dah lonjak gred, tiba2 kena balik ke gred lama. Ada yg SBPA dulu beri banyak peratusan kat dia...laa ni dah jadi sikit laa pulak. Dulu dia rasa macam menyesal sebab lulus PTK...laa ni mungkin dia lega laa kot..kekananan diambil kira semula. Ada penambahbaikan kepada SSM....tak pa laa....yang dah langgaq dinding tu, harap2 ada la anak tangga yg nak dipijak lagi kot dlm penambahbaikan SSM ni nanti....

Isnin, 5 Mac 2012

Marah Bodoh!


Hari : Jumaat 2 Mac 2012  
Waktu :  10.25pm
Lokasi :  Dalam Kereta bergerak
Perihal : Lepas sarapan lewat...aku nak balik segera..nak singgah pi Hospital Sultanah Bahiyah..tapi masih ikut jalan biasa dok lalu..dekat laa sikit. Masa tu 'budak' kilang rehat. Jalan ramai2, beremba2 penoh jalan. Aku pon gerak laa keta pelan2 sebab depa ramai. Sambe2 jalan kaki, depa sembang2. Ada seorang yg jalan agak 'hebat' ditengah jalanraya....oleh sebab kawan dia perasan ada kereta, sebelom aku horn..dia pon tarik laa kawan dia tu ke tepi....bila aku lepas saja dari dia....maka terkeluarlah kata dari mulut salah seorang yang 'hebat' tu...."Bodoh, buat pa lalu kot sini"......dengaq perkataan bodoh tu terus berapi di hati.....brek kereta dan buka pintu......"Sapa yg cakap bodoh tadi" jerit aku.....lama lepas tu aku sedar kembali.......rupanya kalau orang 'bodoh' pangge kita bodoh.....cepat laa pulak marahnya...Astagfirullah aladzhim.