Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 30 September 2012

Miskin yang senang.

Masa bekerja di sekolah. 2 buah sekolah yg kedua2nya kawasan luar bandar. Bila ada sesuatu majlis yg melibatkan waris, sudah tentu waris akan dijemput. Waris terdiri drp pelbagai kedudukan ekonomi dan sosial tetapi kebanyakannya lebih terlibat dlm bidang pertanian khususnya penoreh getah. Dihujung majlis akan ada jamuan makan. Waktu inilah akan kelihatan seolah2 'miskin yg senang dan kaya yg susah' apabila golongan pertengahan yg agak berada dan golongan 'kaya' sangat tergesa2 menuju ke hidangan manakala simiskin( kelihatan) sering terlepas ke belakang. Terpaksa dijemput berulang kali ttp simiskin yg senang ini tetap dgn jawapan, "tak apa, bagi depa makan dulu, sat lagi saya pi"

Sabtu, 22 September 2012

Miskin yang kaya, miskin yang kenyang.

Selasa 11 September 2012
Jam : 9.55am
Tempat : Khemah Tetamu Jamuan Raya satu Badan Korporat.
Perihal : Kisah si Kurang yg kaya, si Kurang yg kenyang.
Aku antara tetamu majlis. Masa aku sampai, depan aku  dah ada KP IPD dan 2 DSP., sedang bersalaman mesra dgn Pengurus Cawangan dan Pengurus Region. Aku jugak disambut tangan dan ditepuk mesra dibahu. Diajak duduk khemah tetamu. Siap sampai situ, boss PTG, Boss MARA, boss KPDNKK,  dan PostMaster serta  beberapa Boss Bank dah sampai. Menjamu diri sendiri. Aku pon duduk dan kebetulan meja paling tepi dgn lalulalang umum.  Semua tuturbicara jelas didengari. Sedang asyik makan sambil cakap2 tu....Lalu seorang perempuan berumur yg kelihatan pd pandangan mata orang agak 'tidak teratur'......tiba2 terdengar di telinga,



"Makcik singgah makan dulu, singgah," sapa pengacara majlis.   Makcik tu macam tak dengar dan terus berlalu utk menunaikan hajatnya. Anaknya bersuara sambil menarik2 tangan perempuan berumur itu, 
"Jom la, jomla."
"Isk, tak boleh."
"Awat pulak?"
"Tu bukan hak kita, kita tak dijemputpon, jgn makan hak orang. Tak boleh."

Anak tu masih menarik tangan perempuan itu tetapi perempuan tu terus mengheretnya berlalu.  Berbeza dgn ramai lagi yg lalulalang yg nampak berada dan kemas, yg disapa pengacara tu terus saja singgah dan makan2 dgn 'lapar'nya. Lalu aku berkira2 dlm hati dan fikiran.
"Rupanya siKurang ini kaya dan siKurang jugak kenyang tidak seperti mereka yg kelihatan kaya dan kemas yg sentiasa lapar"... Jadi akupon makanlah jugak walaupon anak tu tak makan. Seolah2 makan utknya. Mereka berdua tak kaya wang ringgit dan tak kenyang perut tapi mereka tetap kaya!


Jumaat, 14 September 2012

Halal atau haram


Hari : Hari ni Jumaat 14 Sept. 2012 tapi hari tu Selasa 4 Sept. 2012
Jam : Sekitar 6.00 ke 6.14 petang
Lokasi : Persekitaran siarkaki Pendang Lake Resort.

Perihal : 3 sahabat, seorangnya aku kenali dan 2 orang tersebut mungkin sahabat kepada sahabatku itu. Kelihatan mereka bertiga meninjau2 bawah pokok kelapa sambil di mulut terselit sesuatu yg berasap, walaupon ada 'signboard' besar melarangnya. Banyak pokok kelapa rendah yg berbuah lebat sepanjang siarkaki tersebut. Aku berjalan menuju ke arah mereka bertiga. Rupanya salah seorang drp sahabat ini telah memetik sebiji kelapa yg capai tangan itu dan mengorek dan memotong menggunakan pisau lipat kecil. Dapat. Menghirup air kelapa. "Manis ka....mai nak rasa," pinta salah sorang kawan. Kemudian kawan tu sua pada aku...aku teragak2...tapi akhirnya aku terkeluar perkataan, "aku tak boleh..." sambil aku beredar menjauh. Mereka faham atau tidak apa yg aku maksudkan, aku pon tak tau sebab aku tak gamak nak habiskan perkataan aku. Harap2 mereka faham. Aku teringat nak tulis cerita ni selepas aku dengar tazkirah drp Ustaz Amir pagi tadi berkaitan dgn  berjaya dan gagalnya seorang anak dan antaranya tips yg disebut adalah tentang makanan yg dimakan...... Aku gagal lagi!

Selasa, 11 September 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Pentadbiran: OK cikgu semua, sekarang bulan Januari. Anda diberi masa sehingga September untuk habiskan silibus kita. Tolong bentangkan pelan pengajaran anda untuk tahun ni.

Cikgu: Ini dia pelan kami. Dengan pelan ini, kami dapat habiskan silibus tu dalam masa yang diberikan. Kami jugak boleh ajar dalam mod sederhana.  

Pentadbiran: Baik! Kami ada satu pengumuman: sekarang kita ada satu acara xxx untuk disambut tidak lama lagi. Semua pelajar wajib hadir. 

Cikgu: Oh, kalau macam tu kami kena push pelan pengajaran forward skit la ye. Takpe-takpe.

Pentadbiran: Ha, bagus-bagus! Jangan lupa jugak, ada majlis besar XYZ yang kita akan buat nanti. Semua  pelajar wajib hadir. Kita bagi cenderahati sikit kepada yang hadir. 

Cikgu: Oh ye ke? Kena buat kelas tambahan la camni untuk 'rapat balik' dengan pelan kami. Hmm...nak kena ajar laju sikit agak ni. 

Pentadbiran: Awesome! Aha, tak lama lagi ada JNJK yang nak melawat kita. Dia nak tengok progress kita macammana.

JNJK  datang.

JNJK: Hmm…belum menepati standard.

JNJK balik.

Pentadbiran: Selepas lawatan JNJK, dia tekankan kepada kita supaya kita up kita punya performance. Kita ketinggalan sikit dengan silibus kita. Keja rumah pun tak cukup.

Cikgu: Baiklah. Kami akan buat lebih banyak kelas tambahan dan bagi lebih banyak homework. Kami akan ajar lagi laju. 

Pentadbiran: Hebat! Untuk pengetahuan anda, sekarang ni dah bulan September, jadi harap-harap silibus kita akan dapat dihabiskan hujung September. Apa progress kita sekarang?

Cikgu: Umm...kami baru cover separuh silibus.

Pentadbiran: Apa?! Belum cukup bagus ni. Final exam dah hampir. Lepas silibus tamat, kita kena buat latih tubi lagi. 

Cikgu angguk sahaja. 

Cikgu: Kalau macam tu, kami akan caj turbo. Kami akan banyakkan keja umah dan kelas tambahan. 

Dalam kelas…

Cikgu: Tolong buat latihan daripada bab 3 sampai 10. Hantar kat saya minggu depan.

Pelajar: Cikgu, banyaknya keja! Ni belum masuk subjek-subjek lain lagi ni. 

Dalam bilik  guru…

Ibu Bapa: Kenapa cikgu bagi banyak sangat keja rumah ni?! Kesian anak saya.

Cikgu: Maaf. Kami kena habiskan silibus. Sudah kesuntukan masa.

Ibu Bapa: Macam mana boleh tergesa-gesa time last minute ni? Takkan takda pelan pengajaran kot?

Cikgu: Ada. Tapi atas beberapa sebab di luar kawalan kami, kami kena tangguh banyak benda dan kena cover balik apa yang tertangguh tu. 

Final exam menghampiri.

Pentadbiran: Cikgu semua, kita ada acara besar coming up. Semua pelajar wajib hadir ye. Tolong push ke depan skit pelan pengajaran anda. Oh ye, jangan lupa untuk habiskan silibus ek?

Cikgu: .......?

Nilai kembali sistem dengan pemikiran yang adil, luas, fresh, dan fleksibel. Ketahui prioriti kita yang sebenar.

Jumaat, 7 September 2012

Bacaan Yasin


Malam tadi ada Majlis Yaasin utk Pelajar2 yg akan menduduki Peperiksaan Awam, UPSR, PMR, SPM, STPM/STAM dan juga kepada jemaah haji yg akan berlepas tahun ini.

Sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa surah Yasin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam dan ia selalu dibaca pada malam Jumaat.... bahawa dengan mengamalkan membaca surah Yaasin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.  

Bulan September adalah bulan kemuncak Majlis Bacaan Yaasin khas utk pelajar2 yg menduduki peperiksaan kerana Peperiksaan awam akan bermula dgn UPSR akan berlangsung dalam bulan September, diikuti dgn PMR pd Oktober, dan SPM, STPM/STAM pd November membawa ke Disember. Malam Jumaat selalunya menjadi pilihan utk majlis tersebut di rumah2 waris, di surau2, di sekolah2 dan di Masjid2. Kebetulan sekarang juga ada jemaah yg akan mengunjungi Mekah utk menunai Haji. Maka bertambahlah bilangan majlis Yaasinnya.  Semoga semua mendapat kebaikan dan keberkatanNya melalui majlis tersebut. Aamin!

Isnin, 3 September 2012

Laga Kerbau Pelepah Kelapa.

Klik pd gambar utk besarkan
Zaman dulu kerbau adalah sahabat sejati dlm kehidupan seharian petani. Pak dulu ada kerbau guna membajak sawah. Kerbau dijaga dan dimanja. Makan dicari, mandi digosok. Tidor dikandang. Mungkin teruja dgn kerbau peliharaan keluarga masing2 maka kami bebudak kampong telah mereka permainan laga kerbau. Kerbau yg direka menggunakan pelepah kelapa kering yg bertandukkan tempurung dipecah runcing. Heretlah kerbau itu serata kampung mencari kawan sepermainan utk dilagakan....entah apa seronoknya masa tu.

Ahad, 2 September 2012

Lengkap tapi kena bayar WIFI rm1.00

Mesyuarat/Taklimat Penyelarasan dan Pengendalian Peperiksaan di PP. Inap di tingkat 23. Buka laptop nak ronda2 alam maya. 'Wireless is not connected'. Angkat telefon tanya bawah. Bawah cakap sampai tingkat 4 saja. Tapi kena bayaq jugak RM1.00. Laa. Konon segala kemudahan ada. Chit..poorah!

Sabtu, 1 September 2012

Subang kulit Jering

Kulit jering dipatahkan (tidak tercerai) dan dikepit ke telinga. Sesetengah kanak2 mengepit juga pada bibir seolah2 seperti wanita kaum Masai di Afrika. Itulah permainan dulu. Budak sekarang tidak lagi kreatif sebegitu. Mungkin kulit jering pon tak kenal. Lihat gambar di bawah: