1 tahun di pra-sekolah dan 6 tahun di sekolah rendah tapi tak pandai baca dan tulis? Bila masuk ke peringkat menengah maka terbiarlah mereka ini. Mengapa harus berlaku begini. Salah guru-guru jugak kah? Guru sekolah menengah akan kata kepada guru sekolah rendah, guru sekolah rendah kata kepada guru pemulihan dan guru pra-sekolah. Mungkin kegagalan menguasai tulis dan baca bersebab dari:
-Mungkin rezeki yg disuap ke mulut anak berpunca drp rezeki yg haram. sebab bila hati kotor, otak jadi bebal. (claim kwapm, RMT, biasiswa dan segala bantuan dgn maklumat palsu)
-MALAS dan tiada minat.
- tiada tindakbalas( membisu terhadap pertanyaan guru. buat pekak aja)
- IQ terlalu rendah.
- keturunan/baka-dari keluarga yang mempunyai IQ rendah.
- buku tulis dan buku teks tak pernah ada (tidak bawa).
-alatulis yg tak pernah ada, kalau ada pon tak lengkap
-ibubapa dah buta huruf.
-murid yang malas semalas-malasnya.
Sistem jugak menyumbang kepada punca, antaranya:
-lebih mementingkan bilangan A
-sebok bersaing nak lihat % kelulusan sehingga terkadang mengabaikan pelajar lemah.
-guru sebok dgn tugas lain sehingga terabai tugas mengajar dan mendidik.
Ada jugak cerita yang begini:
..Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai....maka tak terkejar anaknya dgn kawan2 yg cepat belajar tu...akhirnya kecundang!
Saya setuju sangat2 dengan You...masuk2 pra,dah dapat kesan dah budak yang reti dgn yang tak reti.Peranan mak bapak cukup penting di umoq mcm ni.Bila budak tak reti membaca masa Pra.Bila naik darjah 1,dia akan ketinggalan.Sepatutnya by Jun,dia dah boleh membaca dah.Dah tu..takdak motivasi dari rumah..Budak slow saja,tak aktif,tengok kita bengong saja.Itu yg saya cuba ubah kat budak2 ni..TQ Bro
BalasPadam