Guru Melayu Pemalas, Jumud . (Kepada yang berkenaan sahaja)
Walaupun perkara ini perit untuk diakui, dan pastinya guru seluruh negara akan menyinga dengan artikel ini tetapi hakikatnya, kes seperti ini bukan terasing.
Kita perlu mengakui hakikat sebenar walaupun pahit mengenai kualiti sekolah atau lebih tepat guru-guru di sekolah kebangsaan. Walaupun bukan melibatkan semua guru tetapi majoritinya guru Melayu kita tidak mempunyai komitmen dan dedikasi yang tinggi berbanding dua tiga kerat guru-guru Cina atau India yang ada.
Bukan sedikit rungutan didengar mengenai sikap guru-guru yang kurang sensitif dan tidak bijak menggunakan pendekatan psikologi dalam menangani masalah murid-murid. Tidak kurang juga dengan rungutan mengenai guru-guru yang gemar menggunakan kata-kata kesat, ‘membunuh’ keyakinan diri murid-murid, tidak berminat untuk mengenali sikap murid-murid sendiri, malas serta seringkali lambat memeriksa buku atau kertas-kertas ujian dan sering ‘hilang’ dari kelas. Alasan guru-guru ini ialah mereka terlalu sibuk dengan urusan ko-kurikulum serta urusan-urusan sekolah yang diluar akademik termasuk berbagai-bagai jenis mesyuarat dan kursus.
Pelik sekali, kerana guru-guru Cina dan India di sekolah yang sama, sempat pula menyiapkan semakan buku dan kertas ujian tanpa perlu ‘ponteng’ kelas. Kalaupun mereka terpaksa tidak menghadiri kelas, mereka selalunya memastikan murid-murid mereka tidak ketinggalan silibus dengan memberi kerja lebih awal dan sebagainya.
Guru Cina dan India juga lebih pantas berfikir di luar kotak dalam mencari cara paling menarik untuk mengajar anak-anak murid mereka. Program Hari Terbuka misalnya diguna sepenuhnya untuk mendedahkan murid-murid untuk belajar berniaga dengan menerangkan tentang modal, untung dan sebagainya. Tetapi guru-guru Melayu selalunya mengambil program seperti ini untuk mencari keuntungan sendiri atau untuk PIBG semata-mata tanpa melihatnya sebagai satu bentuk pembelajaran kepada murid-murid.
Selain itu, guru-guru Melayu suka mengambil sikap mudah. Dalam kes yang melibatkan kecederaan murid-murid, jarang sekali mereka menelefon ibubapa murid. Sebaliknya menganggap ia perkara kecil dan dibiarkan begitu saja. Sedangkan, walaupun sedikit kecederaan, mereka seharusnya memaklumkan kepada ibubapa atas dasar ketanggungjawaban. Lihat sahaja berapa banyak kes pergaduhan di sekolah, atau kes sakit teruk di asrama di mana guru-guru gagal mengambil langkah awal untuk menanganinya sehingga keadaan menjadi buruk.
Lebih buruk lagi jika guru-guru di sekolah kebangsaan ini punya anak yang belajar di sekolah yang sama. Semua murid sedia maklum bahawa anak guru selalunya akan mendapat layanan istimewa. Contohnya, walaupun tidak layak, anak mereka tetap akan dilantik menjadi pengawas, atau mewakili sekolah dalam sukan dan sebagainya sekali gus meminggirkan murid-murid yang berhak
Selalunya ibubapa tidak akan merungut atau membangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat PIBG mahupun secara peribadi, kerana takut anak mereka menjadi mangsa ‘lepas geram’ guru terbabit. Tidak mustahil, semua guru sekolah tersebut akan bersatu sebagai memberi sokongan kepada rakan mereka dan menjadikan murid yang terlibat sebagai sasaran. .
Penutup:Bertindaklah dengan bijaksana kerana aku sekadar memberi pandangan pada diriku sendiri..
Saya tak terasa,sebab kerja saya sentiasa tiptop.hehe..
BalasPadam