Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 29 April 2012

GURU JAHAT?


Catatan ini mencetus diminda bila seorang waris telah menempelak seorang PK Hem dalam satu perjumpaan bersama dgn Waris setelah anaknya ditangkap dlm operasi ponteng PPD, PDRM, Rela dan AADK.

Saya senaraikan cikgu jahat kerana;

  1. Bagi kerja rumah yang banyak.
  2. Marah pelajar kalau tak siap kerja rumah.
  3. Selalu suroh pelajar ulangkaji.
  4. Kerap sangat ada kelas tambahan dan kelas ganti.
  5. Suroh pelajar bawak buku teks yg dapat free tu.
  6. KERAP BERKUNJUNG KE RUMAH PELAJAR bermasalah.
Jahat sangatkah manusia GURU itu?

Sabtu, 28 April 2012

GURU PENDEMOntrasi YG BAIK



Guru adalah pendemo terbaik...
Pakai apa saja warna...kuning? 
tentunya untuk mengajar warna2 asas...
termasuk biru dan merah...
menjerit, terpekik, terlolong2....
tentunya untuk bersajak dan berlakon...
Buat sepanduk, banner, kain rentang...
gantung di pagar, di tiang dan di simpang jalan...
tentunya perlu utk sambut apa saja acara..
Berarak merata padang, pekan dan kampong...
ketika sambut Merdeka, Maulidul arRasul..
dr acara Hari Guru sampailah Hari Anugerah
semua kena demo bila nak bagi pelajar paham
Guru tentunya pendemo terbaekkk!!!

Jumaat, 27 April 2012

GURU YANG RUMIT-2


Masih ada lagikah guru yang sebegini:
(rasa2nya tidak ada lagi lah benda2 macam ni zaman sekarang)

Ketip kad- selalu lewat atau dalam perjalanan call kawan2 minta punch kan untuk dirinya sedangkan waktu balik dialah antara yang bergegas awal.

Keluar kawasan sekolah waktu tiada 'period'....kononnya nak ubah selera. Makanan kantin dah tak sesuai dgn tekak,..adakalanya lesap terus!

Jarang masuk kelas kalau matapelajaran bukan teras. Semua main remote-control dr bilik guru.
Mesyuarat/seminar sebelah petang tetapi kelas paginya sudah tidak hadir...call pentadbir kononnya petang nanti ada mesyuarat/seminar.

Berpakat dgn kawan-kawan berkenaan supaya memasukkan namanya dalam senarai dgn tujuan dia jugak dapat 'lari' dari sekolah walaupon kadang2 acara tersebut tiada kaitan dgnnya.

Memberitahu pentadbir bahawa ke suatu tempat seperti dalam surat panggilan, tetiba pentadbir dapat panggilan bahawa guru tersebut tidak muncul dilokasi yang diberitahu.

Membuat tuntutan perjalanan individu walaupon berkongsi kenderaan dan memanjangkan jarak sehingga 25% daripada perjalanan sebenar. cth: Mileage 10Km tuntut 13Km.
Ada lagi?

Selasa, 24 April 2012

GURU YANG SILAP

 
1 tahun di pra-sekolah dan 6 tahun di sekolah rendah tapi tak pandai baca dan tulis? Bila masuk ke peringkat menengah maka terbiarlah mereka ini. Mengapa harus berlaku begini. Salah guru-guru jugak kah? Guru sekolah menengah akan kata kepada guru sekolah rendah, guru sekolah rendah kata kepada guru pemulihan dan guru pra-sekolah. Mungkin kegagalan menguasai tulis dan baca bersebab dari:

 -Mungkin rezeki yg disuap ke mulut anak berpunca drp rezeki yg haram. sebab bila hati kotor, otak jadi     bebal. (claim kwapm, RMT, biasiswa dan segala bantuan dgn maklumat palsu)
-MALAS dan tiada minat.
- tiada tindakbalas( membisu terhadap pertanyaan guru. buat pekak aja)
- IQ terlalu rendah.
- keturunan/baka-dari keluarga yang mempunyai IQ rendah.
- buku tulis dan buku teks tak pernah ada (tidak bawa).
-alatulis yg tak pernah ada, kalau ada pon tak lengkap
-ibubapa dah buta huruf.
-murid yang malas semalas-malasnya.
Sistem jugak menyumbang kepada punca, antaranya:
-lebih mementingkan bilangan A
-sebok bersaing nak lihat % kelulusan sehingga terkadang mengabaikan pelajar lemah.
-guru sebok dgn tugas lain sehingga terabai tugas mengajar dan mendidik.

Ada jugak cerita yang begini:
..Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai....maka tak terkejar anaknya dgn kawan2 yg cepat belajar tu...akhirnya kecundang!

Jumaat, 20 April 2012

GURU OH GURU...

Guru Melayu Pemalas, Jumud . (Kepada yang berkenaan sahaja)


Walaupun perkara ini perit untuk diakui, dan pastinya guru  seluruh negara akan menyinga dengan artikel ini tetapi hakikatnya, kes seperti ini bukan   terasing.

Kita perlu mengakui hakikat sebenar walaupun pahit mengenai kualiti sekolah atau lebih tepat guru-guru di sekolah kebangsaan. Walaupun bukan melibatkan semua guru  tetapi majoritinya guru  Melayu kita tidak mempunyai komitmen dan dedikasi yang tinggi berbanding dua tiga kerat guru-guru Cina atau India yang ada.

Bukan sedikit rungutan didengar mengenai sikap guru-guru yang kurang sensitif dan tidak bijak menggunakan pendekatan psikologi dalam menangani masalah murid-murid. Tidak kurang juga dengan rungutan mengenai guru-guru yang gemar menggunakan kata-kata kesat, ‘membunuh’ keyakinan diri murid-murid, tidak berminat untuk mengenali sikap murid-murid sendiri, malas serta seringkali lambat memeriksa buku atau kertas-kertas ujian dan sering ‘hilang’ dari kelas. Alasan guru-guru ini ialah mereka terlalu sibuk dengan urusan ko-kurikulum serta urusan-urusan sekolah yang diluar akademik termasuk berbagai-bagai jenis mesyuarat dan kursus.

Pelik sekali, kerana guru-guru Cina dan India di sekolah yang sama, sempat pula menyiapkan semakan buku dan kertas ujian tanpa perlu ‘ponteng’ kelas. Kalaupun mereka terpaksa tidak menghadiri kelas, mereka selalunya memastikan murid-murid mereka tidak ketinggalan silibus dengan memberi kerja   lebih awal dan sebagainya.

Guru Cina dan India juga lebih pantas berfikir di luar kotak dalam mencari cara paling menarik untuk mengajar anak-anak murid mereka. Program Hari Terbuka misalnya diguna sepenuhnya untuk mendedahkan murid-murid untuk belajar berniaga dengan menerangkan tentang modal, untung dan sebagainya. Tetapi guru-guru Melayu selalunya mengambil program seperti ini untuk mencari keuntungan sendiri atau untuk PIBG semata-mata tanpa melihatnya sebagai satu bentuk pembelajaran kepada murid-murid.

Selain itu, guru-guru Melayu suka mengambil sikap mudah. Dalam kes yang melibatkan kecederaan murid-murid, jarang sekali mereka menelefon ibubapa murid. Sebaliknya menganggap ia perkara kecil dan dibiarkan begitu saja. Sedangkan, walaupun sedikit kecederaan, mereka seharusnya memaklumkan kepada ibubapa atas dasar ketanggungjawaban. Lihat sahaja berapa banyak kes pergaduhan di sekolah, atau kes sakit teruk di asrama di mana guru-guru gagal mengambil langkah awal untuk menanganinya sehingga keadaan menjadi buruk.

Lebih buruk lagi jika guru-guru di sekolah kebangsaan ini punya anak yang belajar di sekolah yang sama. Semua murid sedia maklum bahawa anak guru selalunya akan mendapat layanan istimewa. Contohnya, walaupun tidak layak, anak mereka tetap akan dilantik menjadi pengawas, atau mewakili sekolah dalam sukan dan sebagainya sekali gus meminggirkan murid-murid yang berhak
Selalunya ibubapa tidak akan merungut atau membangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat PIBG mahupun secara peribadi, kerana takut anak mereka menjadi mangsa ‘lepas geram’ guru terbabit. Tidak mustahil, semua guru  sekolah tersebut akan bersatu sebagai memberi sokongan kepada rakan mereka dan menjadikan murid yang terlibat sebagai sasaran. .

Penutup:Bertindaklah dengan bijaksana kerana aku sekadar memberi pandangan pada diriku sendiri..

Isnin, 16 April 2012

GURU KURANG CEMERLANG

BACALAH WAHAI RAKAN GURU....
 GURU YANG KURANG CEMERLANG
~mengikut persepsi pelajar terhadap guru.


Mengelirukan kami
Bercakap banyak
Selalu duduk di tempatnya
Tidak membenarkan kami bercakap
Memberi kerja rumah yang banyak
Tidak memeriksa buku kami
Menjerit kepada kami
Tidak pernah senyum
Memulakan pelajaran dengan segera
Merenungi kami
Pengajaran sukar difahami
Cepat marah dan meradang
Selalu duduk dan berdiri di depan kelas
Tidak mengetahui banyak perkara
Tidak menghampiri kami
Tidak boleh menyanyi
Pemalas
Tidak pernah memberi ucapan selamat
Pelupa
Berpeluh dengan banyak
Tidak menepati janji
Berpakaian janggal
Memarahi kami
Memberi ujian yang susah
Menguji kami aspek yang belum diajar
Berjalan seperti robot

Jumaat, 13 April 2012

GURU YANG BAGUS



GURU YANG BAIK
~menurut persepsi pelajar.

Mesra
Memberi penerangan dengan jelas
Memberi nota dengan baik
Boleh melukis
Melayan kami dengan baik
Memberi kerja berkumpulan
Memeriksa buku dengan cepat
Duduk bersama kami
Memperkenalkan diri
Mengetahui subjek lain
Boleh berjenaka
Mengajar kami permainan
Memberitahu pelajar lemah
Tidak memaksa
Membuat pelajar berlakon
Menjadi pelakon yang cekap
Tepat pada masa
Mempercayai kami
Pandai bergaya
Menggunakan minyak wangi

Ahad, 8 April 2012

GURU YANG RUMIT


Rumit. Apabila terdapat segelintir lagi guru yang sudah tidak mempunyai motivasi untuk mendidik lagi tetapi terpaksa terus menjadi guru memandangkan komitmen pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya masih belum selesai. Golongan ini akan menjalankan tugas disebabkan oleh keterpaksaan apatah lagi untuk melahirkan keikhlasan dalam tugas mereka. Malang sungguh anak didiknya kerana dianugerahkan sebuah patung yang tidak mempunyai perasaaan untuk membentuk jiwa manusia yang memerlukan.

Sabtu, 7 April 2012

KERJA GURU.


Depa kata……
KALAU Dok saja- guru tu muhasabah diri,
 org kerja lain depa kata ‘malas’
KALAU Baca papers- guru tu peka isu semasa, 
org kerja lain depa kata ‘malas’
KALAU Sembang kantin- guru tu bincang kerja, 
org kerja lain depa kata ‘malas’
KALAU Masuk kerja lewat- guru tu singgah rumah parent, 
org kerja lain depa kata ‘malas’
KALAU Meja penuh fail- guru tu rajin bagi kerja, 
org kerja lain depa kata ‘malas’
KALAU Kerja bawak ke rumah- guru tu rajin, 
org kerja lain depa kata ‘malas’
KALAU Merayau di pekan sehari- guru tu cari bahan bantu mengajar, 
org kerja lain depa kata ‘malas’
KALAU Tidur- guru tu mencari ilham, 
org kerja lain depa kata ‘malas’
Alasan…..huhuhuhuhu…banyak la kau rajin..

(Minta mahap ler yer pd pegawai kerja selain drp guru tu......
bukan mengata, tapi hanya berkata-kata)

Rabu, 4 April 2012

BAZIR..

cucuk saja ke tanah

Apa kata cikgu ekonomi ka, cikgu perdagangan ka, cikgu sains pertanian ka, cikgu matematik ka ttg betapa banyaknya pembaziran buah betik sepanjang  cuti sekolah saban tahun yg digunakan utk cucok bunga manggar....kalau dikumpolkan semua buah tu seluruh Malaya pada musim persandingan ni maunya dapat ber'kontena'...alahai ruginya dibuang begitu saja....tapi kat mana nak pacak manggar tu yer kalau tidak pd buah betik..itu saja yg murah! Bazir ke tak?

Selasa, 3 April 2012

BAZIR....

 
Jimat air.
Teringat kisah yg diutarakan sedara Amir Hamzah ttg catuan air 15 tahun yg lalu semasa Johor mengalami krisis air...masa tu bertong dan bertimba menyusahkan diri mencari dan menadah air. Bantuan lori diperlukan utk menyenangkan keperluan ini. Pernah tak kita mandi dgn hos terus dari paip berbanding dgn pakai kepala 'pancuran hujan' atau mandi pakai cebok yg banyak dicurah ke belakang.

Orang kita, melayu islam adalah antara manusia di planet ini yg banyak menggunakan air utk mandi....kita ada mandi sunat dan mandi wajib serta mandi saja2....banyak membasuh dan membilas...bersuci, mencuci dan menyiram dan satu lagi berwuduk atau sesetengah tempat menggelarnya mengambil air sembahyang. Semua perbuatan itu menggunakan air bersih yg terus dr paip atau tangki (wudhuk dan bersuci ada syarat lain). Semestinya semua ini berbayar (sesetengah tempat menggunakan 'air masyarakat' yg bayarannya hanya sekitar RM15 setahun-sunggoh berbaloi2).  Semua sisa2 air itu kita biarkan saja  mengalir pergi atau diserap bomi. Air musta'mal ini bukankah boleh dikitar semula untuk tidak membazir.tidak perlu membayar berulangkali... bahagi2kanlah kegunaannya...selagi tidak menjijikkan apa salahnya air dr bilik mandi digunakan utk siram pokok!....Bazir ke tak?

Isnin, 2 April 2012

BAZIR...

Bazir ke perlu?

Kononnya takut kasut kotor atau kaki seluar basah, busuk dan hanyir market atau pasar malam ketika hantar orang rumah bershopping barang mentah dapur selama hampir 1 jam, kononnya tidak ada pokok atau pondok berteduh ketika menunggu anak pulang sekolah atau menunggu anak habis aktiviti petang yg terawal tunggunya hampir 30 minit, kononnya malas berbaris kerana ramai atau letih berdiri maka di cari kedai makan segera yg drivethru, dicari kiosk bayaran bil utiliti yg juga pandulalu yg barisannya mungkin 5 6 buah kereta yg setiapnya mengambil masa hampir 3 minit setiap buah, kononnya sayangkan isteri ketika singgah sembahyang... membiarkan isteri di luar takut diorat.....maka apa yg dilakukan ialah terus bazirkan diri berada dlm kereta yg masih hidup utk menikmati udara nyaman 'aircond' tu...bazir ke tak?