Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 30 November 2012

Kereta Lembu Moden

Jumaat 30 Nov 2012
Jam 12.36  tengah hari 
Lokasi: Sepanjang jalan sejauh 10 Km
Selesai urusan di 3 bank... bergegas pulang, kalut2 sikit kerana masa dah agak suntuk untuk bersiap ke masjid.
Kilometer pertama masih dlm pekan. Masuk kilometer kedua saja dah mula ada deretan kenderaan, bergerak pelan2... sekitar 40km/j. Ah, aku dah kalut ni...sapa pulak yg makan angin nih. Dlm kalut potong2 tu sampai la aku ke puncanya.. satu viva baru.. dr cermin sisi nampak wajah bertudung. Sebelah pemandu ada seorang kanak2 ( perempuan lah tu). Semasa melepasinya aku memandang ke arah pemandu itu. Selambanya dia, sedang mengais2 sesuatu 'gadjet' sebesar buku surat Yaasin di atas stering vivanya tu. Tudia, tengah update iPad. Ok  selesai kes tu...aku melajukan Kancil tu... Tak jauh dari situ di satu selekoh lembut tu terjumpa satu lagi sederet. La...ada lagi, sapa pulak kali nih. Aku pon kalut2 lagi sekali, pantang takdak keta depan saja aku pintas. Ooo, Proton Saga thn 85, seorang lelaki dewasa bersendirian. Semasa memintasnya, aku jengok jugak nak tengok apa pasai jadi pelan sangat ni.. Wow, dua tangan di atas stereng jugak dia pon, sedang membalut rokok daun sambil kepala hanggok2 ( menyanyi ka atau mengikut lagu?). Ingat dah selesai, rupanya sebelom sampai, ada lagi... isk, ramai jugak yg bersantai pada hari Jumaat ni berkereta pelan2... Yg terakhir deretan ni aku tak dan tau sapa la pulak pemandunya dan apa pulak sebab jadi pelan tu,.. aku dah sampai simpang ke rumah terlebih dulu. Memang teringin jugak nak tau! Kalau backhoe ka, traktor ka, kereta jenazah ka... boleh maaf la.

Sabtu, 24 November 2012

Tangkul Besar Muka Tandop Sungai.

depan tandop air nilah 'tangkoi' tu..
macam tulah tangkoi tu dibuat dan digantung pd 2 batang buluh.
tarik pakai tali nylon... kalau budak2 kena 3 org baru jalan..
masa gambaq ni diambek... air tengah surut!

Waktu musim hujan... selalunya hujung2 tahun. Air sungai penuh dan keruh. Ikan ruan, keli, sepat, puyu dan belida ( kami penggey ikan selat) bermain air. Boleh kata semua  muka tandop akan ada tangkul yg didirikan. Kebanyakan besar2 dan hampir memenuhi muka sungai. Yang selalu buat tangkul ni ialah Nyang Li ( Ali bin Taib). Dia dah macam booking dah muka tandop tu. Kami yg tak dak kerja ni hanya pi dok 'melangut' saja lah situ...sembang2. Rezeki memang selalu ada. Bang Cik ( Harun Ahmad) pon rajin buat jugak tapi di sungai Alor Setol (park baang) jauh lagi dr  Aji Nekayu sana!

Khamis, 15 November 2012

Telefon buruk

Kring, kring......kring, kring...
Tertera satu nombor baru di skrin telefon bimbit.

Penerima : Hello..
Pemanggil : Hello... ( suara macam tak pasti..)
Penerima : Hello...
Pemanggil : Hello... ni sapa?
Penerima : ( saya selalunya tidak akan memperkenalkan diri kpd panggilan yg tak dikenali... berjaga2 dan berhati2...)
Pemanggil : Boleh saya tau ini sapa?
Penerima : Maaf,. Encik yg panggil tentu encik tau dgn sapa encik nak bercakap.
Pemanggil : Ya la, tapi ni sapa ?

Dah dua tiga kali dok ya la, ya la.... akhirnya,

Penerima : Encik nak bercakap dgn sapa?
Pemanggil : Saya nak bercakap dgn Encik Abcdef. Yang bercakap ni sapa?

..... La,...tanya lagi! Dia yg nak bercakap, dia boleh tanya aku....

Penerima : Ini bukan Encik Abcdef.....

 ....... tiba2 talian diputuskan dan terdengar gagang telefon diletak keras, ... takdak nak minta maaf ka, terima kasih ka. Aku pon sama jugak la dok layan lama2... hehehe.

Kalau orang kata orang barat lebih beradab dengan Thank you, Yes Love, I am so sorry , Excuse me..  ramai orang orang kita tak percaya.  Ajaib?

Jumaat, 9 November 2012

Main Batu Tujuh (Batu Seremban, Batu Selambut...)


Batu Tujuh atau jugak dipanggil Batu Seremban,  juga dipanggil sebagai permainan selambut atau Serembat di tempat-tempat lain. Selalunya dimainkan pada waktu lapang. Permainan ini biasanya dimainkan oleh budak-budak pompuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan ketui batu yang kecil yg dikutip ditepi2 jalan. Batu yg bersegi2 ni akan jadi bulat kerana terlalu lama dimain. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak tujuh bijik, sebab tu dikenali sebagai batu 7.. Tiada gelanggang diperlukan cuma permukaan rata. Biasanya dimain di bawah rumah atau beranda rumah. Pemain akan dikira menang bila telah cukup bilangan spt 100 (biasanya) atau ikut persetujuan pemain lain.

Permainan ada 2 jenis. Satu timbang sampai had yg dipersetujui dan kemudian satu lagi 'pakok' sebanyak separuh bilangan timbang. Timbang adalah menimbang anak batu menggunakan belakang tangan dan menyambut kembali dgn tapak tangan ke atas (bilangan anak batu yg dapat disambut akan dikira) manakala pakok pulak menimbang dgn belakang tangan dan dan menyambut dgn tangan secara menggenggam ke bawah. ( tak paham pon kot no...hahahahaha!)


Yang kalah kena denda. Dendanya kena penampar. Tampar di tapak tangan. Seorang saja yg akan jadi 'pengalah'. Yg lain semua pemenang. "Pengalah' akan menghulur tangan ( macam nak salam tu) dan akan bersedia utk melarikan tangan/elak bila ditampar. Apabila berjaya mengelak sebanyak 3 kali, denda berakhir tapi akan beralih pulak kpd orang berikutnya sehingga habis pemain. Kalau 5 pemain, maknanya 4 kali lah kena denda dgn mereka yg menang.....pedih woo!!

Sabtu, 3 November 2012

BASUH KAKI

Suatu ketika...sehinggalah suatu waktu. Masa tu keadaan kampong masih 'dara'. Jalan dan lorongnya masih bertanah dan berumput. Kalau musim hujan akan lecah (becak). Walaupon berkasut, selut masih memercik sampai ke punggung. Apatah lagi kaki dan betis. Tambah2 lagi anak kampong selalu berkubang dgn bendang, gagau ikan, sauk ikan karin, mengai dan tahan taut, main gelongsor di ban sungai. Belemoih dan lokoih.
Zaman tu, baru mula saja era pakai kasut jipun. Sebelom tu... setiap rumah ada guri tempat takung air basuh kaki sebelom melangkah naik tangga rumah. Ada jugak yg letak tempayan. Angkut air sungai atau air telaga atau senang sikit kalau musim hujan, tadah air hujan. Nak basuh kaki kena cebok air dgn bekas cebok. Tempurung kelapa. Semua rumah ada. Wajib.
Aku, selalu bila balik jalan2 bila sampai rumah, mata melilau tengok Pak dgn Mak, ada ka tak dak dekat2 tu. Walaupon kadang2 aku kantoi jugak. Tak tau macam mana boleh kantoi. Aku selalu celop kaki terus saja dlm guri tu. Kocak2 kaki dan terus naik. Malas nak cebok! Takut air cepat habis...bila dah habis kena angkut.. letih! Kerapkali kena jerkah dgn Pak. "Hoi!".... .