Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 25 Ogos 2011

PAKAI KAIN LANGSIR~Eh, crita lagilah!

Masa tu di sekolah jln day (tau ka ni di mana?)...pernah jadi   trend masa tu pakai seluaq kaki tak jahit. Ramai yg buat. Ada sesetengah dah jadi macam mop dah. Satu hari dah kantoi dgn Pengetua.
"Kamu ada mak?"....'Ada...'.
"Mak kamu boleh jahit?".... 'Boleh....'.
"Esok minta mak jahit, boleh?".... 'Boleh cikgu......'.
 Esoknya aku seperti biasa ke sekolah dgn seluaq itu dan berharap cikgu disiplin dah lupa crita kemarin. Jerat tak pernah lupakan pelandok lah.
"Kamu lagi"........Pengetua membawa aku dan 2 org kawan aku ke bilik ERT dan meminta guru ERT menanggalkan langsir dan dipakaikan kepada kami. Kami diberi jarum dan benang.
"Saya sudah bagitau minta mak kamu jahit, tapi mak kamu malas...sekarang kamu jahit sendiri..."
Terkial2 kami bertiga menjahit kaki seluaq tu...dan yg sedihnya bila emak aku dituduh malas sebab hanya kerana aku tak bagitau pesanan cikgu minta jahit kaki seluaq.

1 ulasan:

  1. eemm..kongsi pengalamn...sebenrnya undang undang byk mendidk kita...supaya patuh pada arahan,,, sbb tu syariat ada peraturan.. supaya manusia hidup aman damai

    BalasPadam