Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 9 Jun 2014

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid PBS

PBS pada hemat positif saya tentang hasrat kementerian, adalah satu usaha untuk menaikkan profesion guru setaraf dengan doktor, pakar psikologi dan sebagainya. Maksudnya, apa cikgu cakap, boleh dipercayai. Apa cadangan, nasihat dan kaunseling guru, boleh dipercayai. Macam doktor. Doktor cakap budak ni sakit apa, makan ubat apa, semua boleh. Kita sebenarnya, kena fikir yang kita sekarang ni dah dibuat macam doktor. Kementerian dah naikkan taraf kita macam doktor. Cuma kita ni doktor bahagian J.E.R.I. S . Apa kita cakap adalah berdasarkan apa yang kita lihat, periksa, uji setelah kita ajar budak itu. Dia berjaya lepas atau tidak, kebolehan dia meningkat atau tidak. Buat masa ini, supaya kita semua tak resah dan tak gundah gulana, kita percaya saja yang kita ni setanding dengan doktor. Dia orang ada ijazah, kita pun ada ijazah. Adakah ijazah pendidikan ini lebih rendah taraf dia dengan ijazah perubatan? Atau lebih tinggi? Kita sekarang adalah doktor pendidikan, doktor intelek, doktor J.E.R.I. Apa kita cakap tentang budak itu, semua orang kena percaya sebab kita buat berdasarkan prosedur pendidikan, analisis, ujian, peperiksasan, amali, eksperimen, kajian dan sebagainya. Jadi... kita sekarang setanding dengan doktor. Jika kita tak yakin dengan kebolehan diri untuk nilai budak? Kita muhasabah diri... adakah kita ni adil semasa membuat pentaksiran? Ada bias tak? Ada pilih kasih tak? Ada rasis tak? Ada unsur-unsur politik tak? Ada sifat 'ada aku kisah?' tak? Atau sekadar 'melepaskan batuk di tangga, janji gaji masuk'? Atau sekadar mengejar masa? Jika kita seorang tukang masak, chef... adakah kita masak sekadar untuk dapat duit. Atau kalau makanan kita hangit sikit, kita tak jual makanan tu, kita buat yang baru? Sebab kita risau makanan tersebut tak sedap dan akan jatuhkan kualiti makanan kita? Begitu juga kita sebagai guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan