Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 28 Ogos 2011

SALAM AIDULFITRI


SALAM AIDILFITRI 

HAPPY AIDULFITRI
Χρόνια AIDULFITRI (greek)
खुश AIDULFITRI (hindi)
Maligayang AIDULFITRI (filipino)
แฮปปี้ AIDULFITRI (thailand)
GLÜCKLICH AIDULFITRI (german)
해피 AIDULFITRI (korea)
СРЕЌНА AIDULFITRI (mecadonian)
CHÚC MỪNG AIDULFITRI (vietnam)

Khamis, 25 Ogos 2011

PAKAI KAIN LANGSIR~Eh, crita lagilah!

Masa tu di sekolah jln day (tau ka ni di mana?)...pernah jadi   trend masa tu pakai seluaq kaki tak jahit. Ramai yg buat. Ada sesetengah dah jadi macam mop dah. Satu hari dah kantoi dgn Pengetua.
"Kamu ada mak?"....'Ada...'.
"Mak kamu boleh jahit?".... 'Boleh....'.
"Esok minta mak jahit, boleh?".... 'Boleh cikgu......'.
 Esoknya aku seperti biasa ke sekolah dgn seluaq itu dan berharap cikgu disiplin dah lupa crita kemarin. Jerat tak pernah lupakan pelandok lah.
"Kamu lagi"........Pengetua membawa aku dan 2 org kawan aku ke bilik ERT dan meminta guru ERT menanggalkan langsir dan dipakaikan kepada kami. Kami diberi jarum dan benang.
"Saya sudah bagitau minta mak kamu jahit, tapi mak kamu malas...sekarang kamu jahit sendiri..."
Terkial2 kami bertiga menjahit kaki seluaq tu...dan yg sedihnya bila emak aku dituduh malas sebab hanya kerana aku tak bagitau pesanan cikgu minta jahit kaki seluaq.

PRODUK BARU Jab. Pelajaran Kedah!

Cikgu2 berkenaan seluruh Kedah....marilah sama2 kita menggunakan produk terbaru ini. Mudah2an banyak manfaat dan tidaklah terlalu mengganggu tugas2 mengajar anda. Jgn lupa utk meng'key in' jumlah kedatangan pelajar kita online setiap hari sebelom jam 9 pagi setiap hari. Borang sila klik di pautan ini..http://www.kedah.edu.my/ARS/.........http://www.kedah.edu.my/ARS/.......Selamat bertugas!

Sabtu, 20 Ogos 2011

kuala legong`~ tampan


saja2 cuba main dgn cat pd ramadhan ni......tak berapa nak dapat buat sepenuh hati.

Selasa, 16 Ogos 2011

PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI ~ S B T

 Apa maksud?
satu usaha yg komprehensif dan bermatlamat tinggi, bagi mencabar, memotivasi dan membantu semua sekolah meningkat prestasi murid dan menjadi semua sekolah cemerlang. Asas kpd program ini ialah sistem pengumpulan  data berpusat dan 'toolkit' pembangunan prestasi yg membantu GB/Peng, mengakses dan menjejaki maklumat prestasi sekolah dgn mudah dan merancang kaedah2 bagi meningkatkan prestasi masing2...


Tu yg hangpa semua dok penin dgn sistem isi markah ka, sistem maklumat ka.....la ni SAPS, ghamai dok penin kena jaga malam..semua tu nak memenuhi kehendak program tu laa....Sekolah hang pa ada ka chance nak jadi SBT tahun nih......kesian dengaq crita kawan2 yg pompuan sampai kena lupa sat ke anaklaki....sebok nak key-in SAPS sampai tengah2 malam...........aku?....tunggu dulu sampai sistem ni betoi2 kemaih.

Rabu, 10 Ogos 2011

HUKUMAN DI SEKOLAH UNTUK MENDIDIK

Hukuman di sekolah untuk mendidik.


Sekolah tu tempat mendidik. Hukuman yg dok kena tu nak didik atau nak ajaq depa beri depa patuh kat undang2 dan peraturan. Pasai tulah ibu bapa dan budak2 tu kena dibagitau dgn jelas tentang peraturan dan disiplin sekolah ...biaq depa paham.


Sungguhpon kuasa diberi pd pihak sekolah, tapi nak jatuh hukum tu kena ada amal keadilan dan karisma. Contoh...sorang murid tak boleh dihukum dgn tak bagi peluang bela diri. 

Kalau dok jadi hukuman yg melampau atas budak2 tu pasai langgaq peraturan disiplin di sekolah, itu bukan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Yg ni mungkin cikgu tu tak paham dasar kementerian atau mungkin emosi kendiri dia akibat provokasi atau seumpamanya.

Kalau ikut 'buku panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru'...jenis hukuman yg dibenarkan di peringkat sekolah hanyalah Amaran, Denda, Penahanan, Rotan, Gantung dan Buang. Rotan, Gantung dan Buang tu pon kira dah pilihan akhir dah bila dah hantaq pi nasihat, bimbingan, jumpa kaunselor pon dah tak lut dah...tapi semua tu kena bagi tau kat waris laa dulu.....peraturan yg ada ni nak didik sapa? Murid, MakPak atau Guru? Penat jugak ni.....

Isnin, 8 Ogos 2011

In pursuit of wealth..(.in Malish.)

In pursuit of wealth, many of these people to understand and explain...to be rich 'lobby melobby' so the practice...
"Lobby melobby" or other names entertainment...or corruption had become the practice, or principles in the pursuit of success whether in a bid for the project or the rank and position...
Although not pleased with the hearts of these people..even think it should or must do it...in hopes that people will achieve their aspirations...they gave to understand it is one that must be done or said that it is the only way to succeed....do not feel happy because of the faith have been buried and just swallowed...


But...after the spend of thousand dollars, so the....project expectations fell to others...the desired rank fell to others...this is a disappointment...
'Heart burn' disappointment thus blaming this and that...blame...blame the other person to blame cronism and nepotism....blame the government, blaming it all, but never blame itself.
No wonder by himself...if he got what he want,...how about the feelings of others.
But usually those who managed to get by bribing extravagant to say that it is providential provision for him...he is entitled and eligible...others have failed and disappointed it is not able to receive qada and qadar or the fate of the divine...others only know how jealous you are success..
But if he fails...did not it say that it is fate or qada and qadar...he would say on the sucessful work as bribe, or use the cable,..
This is situation we are today...wether in politics or business...
He he he....Malish....(MalayEnglish).

Tarawih yg hilang /Surau bergerak?

Suatu masa dulu, bulan Ramadhan pd tahun '70an di Kg Alor Tebuan. Zaman yg jauh sayup kebelakang dr api eletrik dan air paip. Masa tu jugak menaksah/surau pon tidaklah sebanyak sekarang. Jauh-jauh dan satu-satu. Bertuah sungguh sesiapa yg ada upaya utk mengunjungi menaksah. Apatah lagi utk berjemaah tarawih.

Ada satu perlakuan tarawih yg telah ditinggalkan di tempat aku. Sesuatu yg patut dan berbaloi digerakkan semula. Masa tu kg ini belom mempunyai satu bangunan yg khusus utk dipanggil surau/menaksah. Jadi penduduk kg ini bertarawih secara bergilir rumah...rumah yg besar dan kukoh saja yg menjadi pilihan. Memandangkan kebanyakan petani padi, tidaklah mudah utk menemui rumah yg boleh menampung jemaah sekitar 30 orang sekali jemaah. Jadi setiap rumah akan berbakti sebagai menaksah selama 3 malam. 

Jamuan moreh dibawa oleh jemaah serba sikit dr rumah masing2 yg akan dimakan bersama selepas tarawih nanti. Begitulah para jemaah bergerak sepanjang 30/29 malam ramadhan secara bergilir2. Meriahnya telah bermula bila berkeliling telaga atau pelantar sungai utk mengambil wudhuk. Bertarawih di kerlipan pelita minyak tanah dan kalau yg mampu akan ada pelita gasolin. Setelah terbinanya Surau Kg Alor Tebuan, maka aktiviti ini berhenti dgn sendirinya. Aku masa tu ada jugak seronok tarawih kerana boleh makan kuih yg bermacam jenis....tidaklah cucoq tepong saja sepanjang ramadhan. Satu rindu yg tak kunjung tiba lagi.