Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 26 Jun 2014

Malam Jumaat 2

Post Malam Jemaat.
Budak2 bukan tau apa, depa tulus telus..
Anak : Abah, napa tadi Pakcik Leman kata malam ni dia posa, bukan ka posa tu siang saja?
Abah : Owh, Pakcik Leman sedang berlatih posa.... 
.....
( tu pasai orang tua pesan, budak2 jgn dok dengaq sembang orang tua2).. heheheheh

Rabu, 25 Jun 2014

Kita Insan Yang Berbeza


Tawarikh suatu masa dulu...
Sesuatu yang betul bagi kita, mungkin tak betul pada orang lain.
Lokasi: Korel Bey, pangkoq Ailend.
Ini cerita tentang sekelompak manusia yang saling sokong menyokong sesama mereka.
Makan berhidang. Meja makan di situ meja bulat. kalau tak cukop 10 orang si pelayan yang budiman ni tak akan sediakan nasi... kelompok manusia ni minta pelayan budiman tu bawakan nasi bila dah ada 7 org dengan alasan nanti mereka jemput lagi 3 org untuk penuhkan kerusi tu... Si pelayan budiman menolak dengan alasan... kelompok itu meminta2 juga supaya mereka tetap dijamu dahulu tanpa menunggu cukop kourum. Pelayan budiman tu meminta antara mereka memenuhkan meja berhampiran tetapi mereka enggan... itu antara cerita yang tak tamat. Kesian pd pelayan yg budiman itu.
Mereka insan yg berbeza....

Sabtu, 21 Jun 2014

Sekolah Ganti.



Tawarikh 70an... 
Cemuih aih SABTU gini kena sekolah!
Kisah hari Sabtu ( aku dan kami di Kedah, hangpa tang lain mungkin tak sama)...
Hari sabtu lagu ni zaman dullu bukan ada sekolah ganti, kalau ada pon cikgu buat kelas ganti/tambahan saja... tu pon jarang sangatttt.
.... Hari Sabtu la hari aku turun pekan ( kami di Kedah sebut 'pekan' utk gantinama Loastaq)..
Bukan nak buat apa pon, tengok wayang ja.. panggong Cathay ka, Empire ka... hahahahaha.
Tunggu bas dr jam 9.00 pagi, jam 11.00 belom tentu boleh naik. Bas penuh sampai tangga.... kalut, show tengah hari jam 1.30...
Cemuih aih, sabtu2 gini kena sekolah!

Jumaat, 20 Jun 2014

Apam Balik


Post Hari Jumaat...

Masa tu krosos KBSM di Coral Bay, Pangkoq.
Pi dan balik naik bas jabatan... (lintaih laut naik feri aa)
Hari Jumaat petang..
Masa dlm bas sedang balik... ada guru jenis cik, puan, akak/abam, makcik/pokcik, .... hehehehe.. dlm 3 jam perjalanan gitu...
Tipon asyik berdering2, kalau laki, mungkin bini call/sms, kalau bini, mungkin laki call/sms.
Riuh rendah usik mengusik, guru spesis abam/pokcik yg ngusiknya.. yg cik senyap, yg puan marah2, yg mokcik asyik menyahut sambut.
Satu cerita yg aku rasa agak klasik...
"Woi, hangpa tau dak.. tiap kali balik krosos, turun2 baih anak aku dah bertepok tangan," mak balik yeay, mak balik yeay".... pak pon bertepok tangan jugak, " apam balik yeay, apam balik yeay"... riuh satu baih... itu lah kisahnya bila lama berkrosos... mokcik pokcik oi... hiburan dalam bas!

Jumaat, 13 Jun 2014

Malam Jumaat




POST Malam Jemaat... 
Dialog cucu Uwan Mat dan Nek Jah..
Cucu : Kenapa Uwan Mat minta gobek nek?
Nek Jah : Nak gobek siap2 pinang, katanya nak tidoq awai... malam ni Welkup Rio... 
Cucu : OOooooo....
------------------------------------------------------>
POST Pagi Jemaat... 
Dialog cucu Uwan Mat dan Nek Jah..
Cucu :Semalam Uwan Mat gobek ke, Nek Jah?
Nek Jah : Gobek. Kenapa Cu? 
Cucu : Tak dengar bunyi macam gobek pon?
Nek Jah : Uwan Mat kamu pandai, dia lapik kain, takot bising nanti kamu terjaga tidooo
Cucu : OOOooooooo..... 

Rabu, 11 Jun 2014

Orang kaya

Tiap kali keluar siri baru, dia pon tradein telefon lama dapatkan yg baru... tak kira la dia kaya atau kayap. Janji minat nak mendahului kawan tertunai hajat.
Tapi walau secanggih mana pon telefon bimbit yg dia miliki...
dia tetap miskin bila;

  • jarang telefon ayah bonda
  • jarang telefon sekolah bila anak ponteng

Isnin, 9 Jun 2014

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid PBS

PBS pada hemat positif saya tentang hasrat kementerian, adalah satu usaha untuk menaikkan profesion guru setaraf dengan doktor, pakar psikologi dan sebagainya. Maksudnya, apa cikgu cakap, boleh dipercayai. Apa cadangan, nasihat dan kaunseling guru, boleh dipercayai. Macam doktor. Doktor cakap budak ni sakit apa, makan ubat apa, semua boleh. Kita sebenarnya, kena fikir yang kita sekarang ni dah dibuat macam doktor. Kementerian dah naikkan taraf kita macam doktor. Cuma kita ni doktor bahagian J.E.R.I. S . Apa kita cakap adalah berdasarkan apa yang kita lihat, periksa, uji setelah kita ajar budak itu. Dia berjaya lepas atau tidak, kebolehan dia meningkat atau tidak. Buat masa ini, supaya kita semua tak resah dan tak gundah gulana, kita percaya saja yang kita ni setanding dengan doktor. Dia orang ada ijazah, kita pun ada ijazah. Adakah ijazah pendidikan ini lebih rendah taraf dia dengan ijazah perubatan? Atau lebih tinggi? Kita sekarang adalah doktor pendidikan, doktor intelek, doktor J.E.R.I. Apa kita cakap tentang budak itu, semua orang kena percaya sebab kita buat berdasarkan prosedur pendidikan, analisis, ujian, peperiksasan, amali, eksperimen, kajian dan sebagainya. Jadi... kita sekarang setanding dengan doktor. Jika kita tak yakin dengan kebolehan diri untuk nilai budak? Kita muhasabah diri... adakah kita ni adil semasa membuat pentaksiran? Ada bias tak? Ada pilih kasih tak? Ada rasis tak? Ada unsur-unsur politik tak? Ada sifat 'ada aku kisah?' tak? Atau sekadar 'melepaskan batuk di tangga, janji gaji masuk'? Atau sekadar mengejar masa? Jika kita seorang tukang masak, chef... adakah kita masak sekadar untuk dapat duit. Atau kalau makanan kita hangit sikit, kita tak jual makanan tu, kita buat yang baru? Sebab kita risau makanan tersebut tak sedap dan akan jatuhkan kualiti makanan kita? Begitu juga kita sebagai guru.

Rabu, 4 Jun 2014

Makan Gaji Buta!


Maaf ya sang NILA, KETAM nak jalan BETUL!
Apa nak heran,
kalau ada org kata cikgu makan gaji buta,
bukan saja coti, masa kerja pon sama saja macam coti...
kih kih kih... NILA ada di mana-mana.