Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 14 November 2014

Nazir oh Nazir!

... macam ni...
harap2 benda ni berlaku pd thn2 70an dulu2 
(sedap aih dok mengata ngata nih... hahaha)
Alkisahnya;
,..... lawatan nazir ke sekolah, minta GB senaraikan guru yg 'culas' utk dipantau, tp GB kata semua mereka dah bertukar sebab naik pangkat.. Nazir ingin tau bertukar kemana.... hehehehe... GB telah melakukan jawapan kejutan... Guru2 tersebut naik pangkat jadi NAZIR..
.
Harap2 cerita ni tidak ada kaitan dgn yg masih hidup. Sedih aih kalau lagu tu.

Khamis, 16 Oktober 2014

Guru dan kerjaya guru.

Aku.
Aku mula2 jadi guru dulu rupanya silap... aku nak belajar segala... tu yg tahu.. sebab kalau aku tak buat silap pi dok tanya, pi dok cuba buat... tentu la ni aku senang duduk...
SEMUA AKU KATA, 'AKU TAK RETI'
hehehe
Itu saja silap aku dulu2...

Jumaat, 10 Oktober 2014

Bajet 2015


bunga gula manis yg sekejap, biskut yg tidak mengenyangkan!


SYAIR BAJET 2015

Nukilan taiptulis oleh :
yahyaisa
Segamat Johor

Telah didengar dengan tekun,
Sedari jusa sampai pekebun,
Lunaknya bajet bila disusun,
Menanti khabar buahnya rimbun.


Bajet dikata mesra rakyat,
Setelah diteliti dengan cermat,
Semua pihak beroleh manfaat,
Nelayan di laut petani di darat.


Belanja mengurus bertambah besar,

Pembangunan negara juga disasar,
Harap dapat pulangan besar,
Tumpuan pembangunan di luar bandar.


Isu pertahanan diberi perhatian,
Membeli kelengkapan jaga sempadan,
Keselamatan negara perlu pertahan,
Untuk tangani segala ancaman.


Pendidikan negara tidak ketinggalan,
Jumlah terbesar dalam perbelanjaan,
Membina insan menjadi keutamaan
Bakal pemimpin masa hadapan.


Ramai boleh miliki rumah,
Tidak terkecuali pendapatan rendah,
Jangka pinjaman turut ditambah,
Mesra idaman aspirasi ummah.


Cukai barangan tidak akan dihapus,
Pengurangan subsidi bukannya rakus,
Untuk menampung perbelanjaan mengurus,
Defisit negara perhatian khusus.


Penjawat awam tidak kempunan,
Mendapat bonus setengah bulan,
Kerana jasa serta sumbangan,
Bantu negara dalam pembangunan.


Kedai rakyat akan bercambah,
Harga barangan cukup murah,
Boleh belanja dengan berhemah,
Dapat BR1M nilai bertambah.


Pendapat umum diambil kira,
Walaupun ada yang tidak gembira,
Bila dinamakan bajet mesra,
Kerana rakyat masih sengsara.

yahyaisa

Segamat Johor
10102014

Sabtu, 4 Oktober 2014

Minyak naik atau naik minyak?

 Kena dah..
1. Makcik kantin tu kata... "Mokcik bukan naik rega pon makanan tu, tp mokcik kurangkan       subsidi saja" . W/pon sewa kantin masih kekal.
.
2. Penetapan rega bas sekolah ikut pasaran hasil perbincangan ibu bapa dan kontraktor bas,     " Mokcik ingat la, pakai tak pi sekolah la anak hangpa!"
    aku tanya, Awat?... dia kata kontraktor bas letak rega jugak, "anak hangpa tak pi sekolah       nanti cikgu hantaq sorat amaran... dah tu, mana ada pilihan?"

Tahniah makcik!

Ahad, 21 September 2014

Guru Derhaka?

Minta ampon ya Tok Din dan Tok Deris,
Walaupon Tuan2 berdua dah minta 'jasa baik' kami guru... 
dah disiar di akhbar dan media sosial secara meluas
TETAPI...
" Apa pun kontroversi dan isu, guru tak pernah benar. Semuanya dipersalahkan guru. Guru adalah jawatan utk dipersalahkan segala tindakan dan kesilapan orang. Barangkali di sinilah 'kemuliaan' profesyen perguruan. Guru jgn melawan. Sabar aje laa.. kalau tidak, jgn pilih jadi guru. Yg benar kpd guru dan ia diakui oleh ibu bapa ialah ISI PENGAJARAN yg diajar. Yg lain semua salah. Marah salah. Tak marah salah. Denda lagilah salah. SALAH! SALAH! SALAH! "

Khamis, 18 September 2014

Guru Dulu vs Guru Sekarang

Hello Senior Guru!
Saja nak kongsi dgn yg nak kongsi,
yg tak mau baca pon, nak kena baca jugak.. 
'
Tajuk : Seronok jadi guru suatu masa dulu..
Masa tu harga proton yg baharu dilancarkan hanya 17Ribu saja...
kereta2 import lebih sikit tinggi harganya
tp, pinjaman bank faedahnya antara 6 - 10%...
tempoh pinjaman paling lama 5 tahun (kereta baru)...
kena bayar downpayment sekurang2 10% harga keta...
kena ada penjamin pendapatan tetap...
(gaji cikgu2 C2 rata2nya bawah rm700/-)
'
tapi nampak 'bahagia' jer kawan2 yg pakai kereta....
.
La ni mudah.... interest rendah tak sampai 4%, downpayment 0, boleh bayar sampai 9 tahun, tak perlu penjamin... tp sengsara jugak dengar pd cerita yg empunya tuan kereta! Awat tak tau...

Rabu, 17 September 2014

Sekolah Rendah dulu...


Saja nak crita..
aku dulu ngaji sekolah rendah seronok jaa
makpak pon caya sama cikgu
masa pi memang la teruih sampai sekolah...
masa balik semua sepanjang jalan ke rumah tu aku nak buat..
sampai rumah abieh belemoih...
,... punggai pelam, sauk ikan pelaga, cari buah letup, tangkap belalang, lastik pepatung pakai getah barang, lawan semut.... balik 12.45 sampai rumah dekat pukoi 2.00.
hehehehe...
Budak la berambik berantaq.... zaman dah berubah!

Selasa, 16 September 2014

HARI PENUBUHAN MALAYSIA

Malaysia.
Apa yg menyatu KITA.?
Makanan > semua jenis dah dijamah, ketupat, capati, tose, moi,pau, nasik lemak, ketupat, maruku, kuih bulan, ambuyat.....
Panggilan > boleh je panggil antie, uncle, abang, adik akak pd semua
Permainan > ..... congkak, gendang naga, kabaddi, tengteng, galah panjang, wau bulan....
Tapi di Sabah/Sarawak sangat terasa best benda2 macam ni... di Semenanjung masih diperingkat toleransi lagi!
.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENUBUHAN MALAYSIA

Jumaat, 12 September 2014

SAINS tidak BOCOR?


Detektif Conan XY punya dapatan yg musykil...
sebab tokleh masuk ke Putrajaya siasat, maka Detektif Conan XY nak tanya sapa2 yg bekerja di LPM atau mana2 sektor yg tahu... 
Benarkah Pengarah LPM boleh dapatkan nashkah soalan original sains pd hari itu utk dibandingkan dgn 'kertas bocor' tu... sedangkan sampai hari ini soklan tu tidak dibuka...
BAGAIMANA KALAU SOALAN ITU DIBUKA DAN DIDAPATI TIDAK BERKEBETULAN?
.... pengsan ko nak jawab!
(tp kalau dia boleh dapat soklan tu dgn tanpa peruntukan undang2, maka bolehkah dia jugak dikatakan menceroboh soalan sains? Tanya je, bukan tudoh) Biar polis yg selesaikan kes ini.)

Rabu, 27 Ogos 2014

Sekolah dulu-dulu

Aku sebagai murid, kenangan yg paling trajis (bettoi ka ejaan tu)... kena piat telinga di perhimpunan Ahad oleh GB Arwah Tn Hj Ghazali Md Zain... puncanya aku menghilangkan diri drp mewakili sekolah dlm MSSD di Std. Darulaman... aku takot kalah sebab aku baru darjah 4... acara 100m sprint... 
menangis tak sangga aku depan tu... bukan sebab sakit , tp malu woi! 
Korang ade?,.. aku ade...

Naik kapalterbang pertama kali

Tahun 80an..
Paling seronok dpt naik kapaiterbang.... berselfie sakan laa... (masa tu mana ada henphone)
kapai MAS... pramugari santek wooo...
3/4 kapaiterebang tu cikgu baru posting... riuh rendah...
suku lagi askar posting jugak...
semua suis yg ada atas kepala ka, di tangan ka, tepi dinding ka... semua dipetik...
kejap2 tingtong3... kelamkabut pramugari mai dok tunjukcara...
bukan apa pon... peghak naik kapaiterebang... hahahahaha
kampong sangat aih!

Jumaat, 22 Ogos 2014

MH17, selamat kembali.

Selamat kembali saudara2ku,
Tanah ini kembali rindu menggapai jasadmu
Jalan kembali telah terbuka
Meskipun tanah ini masih menangis
Tabahlah wahai airmata setia
Kepulangan yang sungguh menyajikan makna!

Rabu, 20 Ogos 2014

belacan


... aku dulu tak tau pon mak aku guna belacan utk masak... ingat ka belacan tu ratah gitu saja sebab nampak macam cantik jer berketol2...
dan maka tercipta sejarah bahawa aku pernah meratah belacan mak!
... lepas ratah baru tanya,"Itu apa mak?"... Mak jawab,... belacan!

Selasa, 5 Ogos 2014

Malaysia diserang.

Saja nak tanya?
Kalau bumi bertuah ini di diserang Capten America, agak2 Ottomen dan Power Rangers mai tolong dak? 
Atau hanya mengharapkan Boboi boy?

Sabtu, 2 Ogos 2014

Berdikari

Berdikari = 
dulu minta tolong orang pukoi gambaq, la dah ada monopod, 
dulu turun keta tanya arah, la dah ada gps, 
dulu isi minyak ada tukang pam, la pam sendiri bayar sendiri, 
dulu kena isi borang kaunter, la dah ada ATM/CDM, 
makan kenuri dulu siap beridang, la ni layan diri.... 
dll yg menunjukkan kita 'sangat berdikari'...

Selasa, 29 Julai 2014

Raya 2014

Raya thn 2000an berbeza sangat dah dgn raya dulu2...
Dulu aku sembang lain bila dok kira duit raya... habis2 pon beli pistol mainan...
La ni anak2 aku depa sembang pasai gadjet yg aku pon tak reti....
hehehehe

Khamis, 26 Jun 2014

Malam Jumaat 2

Post Malam Jemaat.
Budak2 bukan tau apa, depa tulus telus..
Anak : Abah, napa tadi Pakcik Leman kata malam ni dia posa, bukan ka posa tu siang saja?
Abah : Owh, Pakcik Leman sedang berlatih posa.... 
.....
( tu pasai orang tua pesan, budak2 jgn dok dengaq sembang orang tua2).. heheheheh

Rabu, 25 Jun 2014

Kita Insan Yang Berbeza


Tawarikh suatu masa dulu...
Sesuatu yang betul bagi kita, mungkin tak betul pada orang lain.
Lokasi: Korel Bey, pangkoq Ailend.
Ini cerita tentang sekelompak manusia yang saling sokong menyokong sesama mereka.
Makan berhidang. Meja makan di situ meja bulat. kalau tak cukop 10 orang si pelayan yang budiman ni tak akan sediakan nasi... kelompok manusia ni minta pelayan budiman tu bawakan nasi bila dah ada 7 org dengan alasan nanti mereka jemput lagi 3 org untuk penuhkan kerusi tu... Si pelayan budiman menolak dengan alasan... kelompok itu meminta2 juga supaya mereka tetap dijamu dahulu tanpa menunggu cukop kourum. Pelayan budiman tu meminta antara mereka memenuhkan meja berhampiran tetapi mereka enggan... itu antara cerita yang tak tamat. Kesian pd pelayan yg budiman itu.
Mereka insan yg berbeza....

Sabtu, 21 Jun 2014

Sekolah Ganti.



Tawarikh 70an... 
Cemuih aih SABTU gini kena sekolah!
Kisah hari Sabtu ( aku dan kami di Kedah, hangpa tang lain mungkin tak sama)...
Hari sabtu lagu ni zaman dullu bukan ada sekolah ganti, kalau ada pon cikgu buat kelas ganti/tambahan saja... tu pon jarang sangatttt.
.... Hari Sabtu la hari aku turun pekan ( kami di Kedah sebut 'pekan' utk gantinama Loastaq)..
Bukan nak buat apa pon, tengok wayang ja.. panggong Cathay ka, Empire ka... hahahahaha.
Tunggu bas dr jam 9.00 pagi, jam 11.00 belom tentu boleh naik. Bas penuh sampai tangga.... kalut, show tengah hari jam 1.30...
Cemuih aih, sabtu2 gini kena sekolah!

Jumaat, 20 Jun 2014

Apam Balik


Post Hari Jumaat...

Masa tu krosos KBSM di Coral Bay, Pangkoq.
Pi dan balik naik bas jabatan... (lintaih laut naik feri aa)
Hari Jumaat petang..
Masa dlm bas sedang balik... ada guru jenis cik, puan, akak/abam, makcik/pokcik, .... hehehehe.. dlm 3 jam perjalanan gitu...
Tipon asyik berdering2, kalau laki, mungkin bini call/sms, kalau bini, mungkin laki call/sms.
Riuh rendah usik mengusik, guru spesis abam/pokcik yg ngusiknya.. yg cik senyap, yg puan marah2, yg mokcik asyik menyahut sambut.
Satu cerita yg aku rasa agak klasik...
"Woi, hangpa tau dak.. tiap kali balik krosos, turun2 baih anak aku dah bertepok tangan," mak balik yeay, mak balik yeay".... pak pon bertepok tangan jugak, " apam balik yeay, apam balik yeay"... riuh satu baih... itu lah kisahnya bila lama berkrosos... mokcik pokcik oi... hiburan dalam bas!

Jumaat, 13 Jun 2014

Malam Jumaat




POST Malam Jemaat... 
Dialog cucu Uwan Mat dan Nek Jah..
Cucu : Kenapa Uwan Mat minta gobek nek?
Nek Jah : Nak gobek siap2 pinang, katanya nak tidoq awai... malam ni Welkup Rio... 
Cucu : OOooooo....
------------------------------------------------------>
POST Pagi Jemaat... 
Dialog cucu Uwan Mat dan Nek Jah..
Cucu :Semalam Uwan Mat gobek ke, Nek Jah?
Nek Jah : Gobek. Kenapa Cu? 
Cucu : Tak dengar bunyi macam gobek pon?
Nek Jah : Uwan Mat kamu pandai, dia lapik kain, takot bising nanti kamu terjaga tidooo
Cucu : OOOooooooo..... 

Rabu, 11 Jun 2014

Orang kaya

Tiap kali keluar siri baru, dia pon tradein telefon lama dapatkan yg baru... tak kira la dia kaya atau kayap. Janji minat nak mendahului kawan tertunai hajat.
Tapi walau secanggih mana pon telefon bimbit yg dia miliki...
dia tetap miskin bila;

  • jarang telefon ayah bonda
  • jarang telefon sekolah bila anak ponteng

Isnin, 9 Jun 2014

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid PBS

PBS pada hemat positif saya tentang hasrat kementerian, adalah satu usaha untuk menaikkan profesion guru setaraf dengan doktor, pakar psikologi dan sebagainya. Maksudnya, apa cikgu cakap, boleh dipercayai. Apa cadangan, nasihat dan kaunseling guru, boleh dipercayai. Macam doktor. Doktor cakap budak ni sakit apa, makan ubat apa, semua boleh. Kita sebenarnya, kena fikir yang kita sekarang ni dah dibuat macam doktor. Kementerian dah naikkan taraf kita macam doktor. Cuma kita ni doktor bahagian J.E.R.I. S . Apa kita cakap adalah berdasarkan apa yang kita lihat, periksa, uji setelah kita ajar budak itu. Dia berjaya lepas atau tidak, kebolehan dia meningkat atau tidak. Buat masa ini, supaya kita semua tak resah dan tak gundah gulana, kita percaya saja yang kita ni setanding dengan doktor. Dia orang ada ijazah, kita pun ada ijazah. Adakah ijazah pendidikan ini lebih rendah taraf dia dengan ijazah perubatan? Atau lebih tinggi? Kita sekarang adalah doktor pendidikan, doktor intelek, doktor J.E.R.I. Apa kita cakap tentang budak itu, semua orang kena percaya sebab kita buat berdasarkan prosedur pendidikan, analisis, ujian, peperiksasan, amali, eksperimen, kajian dan sebagainya. Jadi... kita sekarang setanding dengan doktor. Jika kita tak yakin dengan kebolehan diri untuk nilai budak? Kita muhasabah diri... adakah kita ni adil semasa membuat pentaksiran? Ada bias tak? Ada pilih kasih tak? Ada rasis tak? Ada unsur-unsur politik tak? Ada sifat 'ada aku kisah?' tak? Atau sekadar 'melepaskan batuk di tangga, janji gaji masuk'? Atau sekadar mengejar masa? Jika kita seorang tukang masak, chef... adakah kita masak sekadar untuk dapat duit. Atau kalau makanan kita hangit sikit, kita tak jual makanan tu, kita buat yang baru? Sebab kita risau makanan tersebut tak sedap dan akan jatuhkan kualiti makanan kita? Begitu juga kita sebagai guru.

Rabu, 4 Jun 2014

Makan Gaji Buta!


Maaf ya sang NILA, KETAM nak jalan BETUL!
Apa nak heran,
kalau ada org kata cikgu makan gaji buta,
bukan saja coti, masa kerja pon sama saja macam coti...
kih kih kih... NILA ada di mana-mana.

Jumaat, 30 Mei 2014

Tawarikh Malam Jumaat 2


Sesuai utk yg pernah hidup pd tahun 60an dan 70an, dikit2 pd yg 80an sahaja...
Org dulu2, terutama mentua, selalu pesan kat menantu pompuan... kalau nak masak guna lesung batu, kena masak awai2... jgn lewat2 malam baru nak tumbok sambal, bising, terutama kalau dok flat... kalau dah terpaksa kena lapik kain... 
Ingat.... 
Jiran2 nak tidoq aw
ai malam2 jemaat ni.... nak bangun malam...
Qiamullail.

Tawarikh Malam Jumaat


(Utk warga yg pernah hidup tahun 60an dan 70an - yg lewat drp tu mereka tak mau baca tawarikh dah... mereka baca hal2 semasa ja)
Gini alkisahnya...
.
Malam Jemaat ni bermula dr asar membawa ke maghrib sampai suboh...
Asar tadi dok tengok telekung dok di penyidai...
Maghrib dok tengok telekung tak angkat jugak pon, masih di penyidai...
Masa isya' pon tak angkat jugak!.....
tarik penyidai masuk dalam jaaa.... hehehehehe
Tu yg orang dulu kata malam Jemaat O....
kih kih kih ... sekian. 

Selasa, 27 Mei 2014

Halal


Tawarikh 60an hingga ke zaman JAKIM bermula.
Aku dan keluarga aku dulu, makan dan beli saja produk bukan muslim sebab masa tu takdak produk drp muslim... tak dak sapa nak kata halal haram..
Lepas tu, dlm 70an gitu, ada beberapa pengusaha muslim mula mengeluarkan produk. Aku dan keluarga beralih ke produk muslim... Arqam pon memasarkan banyak produk mereka. IKS Muslim pon dah mula muncul... tp barangan masih terhad,..
Suatu masa, bila JAKIM promosi sijil HALAL, maka keprihatinan tentang makanan diletakkan penoh kepercayaan kepada Halal JAKIM...
Mana2 ada logo HALAL, terus dibaham tanpa banyak bicara, dgn harap dosa pahala ditanggong JAKIM krn mengeluarkan status HALAL.
Jom Jihad Ekonomi~Muslim First!

Ahad, 11 Mei 2014

Asal-usul nama basikal

Cerita asai usui...
Ari tu aku kirim cerita asai usui siput babi dpt nama..
Kali ni nak kirim asai usui basikal dapat nama..
Masa tu omputeh raleigh ni bawak benda tu masuk malaya..
sampai satu kampong, dia singgah mandi sungai... mandi lanjang,
orang kerumun penoh.... hehehehe.. dia paking benda tu tepi sungai..
benda tu jadi tontonan ramai.... 
masa tu benda ni takdak nama lagi, MadSailor tu bila ditanya, dia jawab 'car yuh'...sambe menunjuk aksi kakinya....
O...depa tanya lagi, besi ka? sambe pegang2 benda tu...
Madsailor tu tak paham... depa tanya lagi, besi ka?
2 3 kali dok ulang tanya, besi ka, besi ka....
madsailor tu pon cemoih la...dia pon anggok2 dan ikut kata besike (nak sebut besi ka tak berapa jadi, telo lidah inggeris)...
last2 kerap diulang jadi lah basikal... tp gerek tu tak tau mai kot mana tak tau... 

Jumaat, 18 April 2014

Cerita asal-usul Siputbabi dapat nama

Cerita asal-usul 

hikayat songsang bagaimana makhlok ini dpt nama.... gini cerita sebenarnya.... sorang pekebun tu asyik marah2 saja bila tengok sayur2 nya rosak di makan binatang," babi sungguh, binatang apa yg dok makan sayoq aku, babi!" makinya.... dah siasat, malam tu baru dia tau rupanya siput tu yg makan sayoq dia,maka dimakinya siput itu," siput babi, siput babi, siput babi" sambil mengetok satu persatu siput2 tu.... hehehehe

Khamis, 27 Mac 2014

Habis Bateri

Ada cerita silappaham antara aku dgn seorang waris yg menjaga anak sedaranya.... (waris ni buta huruf... dia bagitau..)
Ceritanya..., dia nak pindahkan anak jagaannya ini ke sekolah lain. Sebagai 'backup' aku minta no telefon dia...
Waris : nombor tak ingat cikgu.
Saya : OK, cuba pangge nombor saya,.. 0123456789.
Waris : Tak boleh cikgu, saya tak reti.
Saya : Mai saya buat.
Waris : Tak boleh, TAKDAK bateri...
Selama ni dok ingat takdak bateri bermaksud, bateri habis kuasa... tp yg ni memang betul2 takdak bateri..... Aku tanya, beteri mana? Dia jawab dok charge di rumah.... Dia hulurkan enpon dia.... ada satu pelekat bertulis no tipon situ dan bila aku check... memang betul takde bateri....


 Kadang2 dia masih kuserempak di jalanan.... dan dia masih bicara tentang anak peliharaannya itu... nampak puas benar hati dia bila urusan dapat diusai mengikut kehendak...

Isnin, 24 Mac 2014

Memang senang nak bodohkan orang!

Kisahnya... Saja jer... perabis masa angpa baca!
Sapa bodo..
Mak Andeh: Pak Andeh ni pon, beli ikan keli hidup pulak dah... eeeiii, geli la.. macam mana nak siang ni, bodo sungoh. Awat tak beli hat dah mati, hat dah siang... bodo sunggoh Pak Andeh ni... eeeeii... macam mana nak buat ni...
Pak Andeh: Apa yg bodo, bodo ni.... senang jer, ambek ikan keli tu masuk dlm ayaq... lemas laa ikan tu..,  lepaih tu mati! Bodo aih Mak Andeh pon....


Memang senang nak bodohkan orang!

Sabtu, 15 Mac 2014

Gila

Gila! 
Gaji awal bulan lagi tp dah tanya gaji baru bila masuk,
puncanya 'gila'.....
~cara berpakaian (aksesori jugak) mengikut aliran semasa menyebabkan kos mengurus almari melambung. Harga tudung wanita dgn pilihan terkini ditawarkan pd harga sungguh membebankan terutama bagi mereka yg mula bekerja.
~amalan suka bertukar2 model telefon atau alat berteknologi canggih di pasaran w/pon peralatan yg ada masih baharu sehingga menyebabkan kerugian modal.
~amalan berkunjung ke gym atau pusat kesihatan dgn kadar yuran bulanan membebankan. Lebih malang kalau yuran dibayar tp jarang dikunjungi dan pastinya yuran akan hangus..
~mengubahsuai kenderaan dgn membeli barangan aksesori mahal serta kos pemasangan yg tinggi..,
Saja je post.... aku tompang kereta bini saja!

Jumaat, 14 Mac 2014

MH370



MH = Masih Hilang. Hari ke 7.
Jangan jemu berdoa. DO'A kita akan didengari AlLah. Harapan masih ada. Moga mereka semua akan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. DO'Akan bersama!

Jumaat, 7 Februari 2014

Rosak susu sebelanga!

Jgn cemuih no...
Letih jugak nak menjawab kepada susu kenapa nila asyik saja menitik.
Sekarang mungkin sudah banyak 'nila' dikalangan 'susu'..... 
Saban ketika ada saja berita celupar.

Selasa, 4 Februari 2014

Sekolah Dulu 13 - Subjek Lukisan Bebas.

Masa Lukisan.... aku dok ingat lagi.... rasanya sepanjang aku drj 5 (masa tu ada PDLima) setiap kali cikgu tu masuk, dia kata," hari ni lukisan bebas".... 
Kami bebas sunggoh.... sampai tak perlu melukis.... kih kih kih..
Zaman la ada lagi ka lagu tu?
Takdak dah kotno, kalau ada lagi memang cikgu tu Cikgu 70an.... hehehe


Jumaat, 31 Januari 2014

Sekolah dulu 12 - Nazir

Dulu aku tak tau pon itu NAZIR, yg aku tau itu Pelawat!
Cikgu2 selalu warning kami bila pelawat mai... aku pon takot semacam je tengok pelawat tu..

Dia masuk kelas, dia tanya sipir kali2. Mampoih aku... sebab aku tak pernahnya hafaz kali2 selain X2, X5 dan X10... lemah sangat aih kali2 nih...
Takot sunggoh budak2 dulu dgn 'pelawat'... 
...budak la buat tak heran, cikgu pulak yg ketaq!

Isnin, 13 Januari 2014

CUTI


Banyak benar CUTI di Malaysia (Kedah), cemuih la pulak!
Esok, Selasa cuti...
Jumaat cuti, Ahad pon cuti lagi....
Baru nak pederas, tiba2 kena brake... isk3..