Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Sabtu, 1 Oktober 2016

Subjek Pendidikan Agama Islam perlu ditaraf semula.

Setelah sekian lama subjek Pendidikan Agama Islam dijadikan subjek wajib belajar dan wajib ambil dalam SPM, maka tiba masanya subjek tersebut ditarafkan semula sebagai subjek wajib merit untuk semua permohonan ke IPTA, atau memasuki pekerjaan sebagai penjawat awam atau sebagai salah satu syarat untuk memohon biasiswa. Memartabatkan begini akan membuatkan pelajar akan lebih memberi tumpuan untuk mencapai gred yang lebih baik...
Contoh : 
Memohon pekerjaan kerajaan wajib lulus PAI, atau memasuki IPTA kena ada sekian sekian gred...dll , atau apa2 lah yg boleh memartabatkan subjek tersebut berbanding sekarang hanya digunakan utk kursus dan pekerjaan berkaitan dgn agama Islam sahaja.