Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 16 Oktober 2014

Guru dan kerjaya guru.

Aku.
Aku mula2 jadi guru dulu rupanya silap... aku nak belajar segala... tu yg tahu.. sebab kalau aku tak buat silap pi dok tanya, pi dok cuba buat... tentu la ni aku senang duduk...
SEMUA AKU KATA, 'AKU TAK RETI'
hehehe
Itu saja silap aku dulu2...

Jumaat, 10 Oktober 2014

Bajet 2015


bunga gula manis yg sekejap, biskut yg tidak mengenyangkan!


SYAIR BAJET 2015

Nukilan taiptulis oleh :
yahyaisa
Segamat Johor

Telah didengar dengan tekun,
Sedari jusa sampai pekebun,
Lunaknya bajet bila disusun,
Menanti khabar buahnya rimbun.


Bajet dikata mesra rakyat,
Setelah diteliti dengan cermat,
Semua pihak beroleh manfaat,
Nelayan di laut petani di darat.


Belanja mengurus bertambah besar,

Pembangunan negara juga disasar,
Harap dapat pulangan besar,
Tumpuan pembangunan di luar bandar.


Isu pertahanan diberi perhatian,
Membeli kelengkapan jaga sempadan,
Keselamatan negara perlu pertahan,
Untuk tangani segala ancaman.


Pendidikan negara tidak ketinggalan,
Jumlah terbesar dalam perbelanjaan,
Membina insan menjadi keutamaan
Bakal pemimpin masa hadapan.


Ramai boleh miliki rumah,
Tidak terkecuali pendapatan rendah,
Jangka pinjaman turut ditambah,
Mesra idaman aspirasi ummah.


Cukai barangan tidak akan dihapus,
Pengurangan subsidi bukannya rakus,
Untuk menampung perbelanjaan mengurus,
Defisit negara perhatian khusus.


Penjawat awam tidak kempunan,
Mendapat bonus setengah bulan,
Kerana jasa serta sumbangan,
Bantu negara dalam pembangunan.


Kedai rakyat akan bercambah,
Harga barangan cukup murah,
Boleh belanja dengan berhemah,
Dapat BR1M nilai bertambah.


Pendapat umum diambil kira,
Walaupun ada yang tidak gembira,
Bila dinamakan bajet mesra,
Kerana rakyat masih sengsara.

yahyaisa

Segamat Johor
10102014

Sabtu, 4 Oktober 2014

Minyak naik atau naik minyak?

 Kena dah..
1. Makcik kantin tu kata... "Mokcik bukan naik rega pon makanan tu, tp mokcik kurangkan       subsidi saja" . W/pon sewa kantin masih kekal.
.
2. Penetapan rega bas sekolah ikut pasaran hasil perbincangan ibu bapa dan kontraktor bas,     " Mokcik ingat la, pakai tak pi sekolah la anak hangpa!"
    aku tanya, Awat?... dia kata kontraktor bas letak rega jugak, "anak hangpa tak pi sekolah       nanti cikgu hantaq sorat amaran... dah tu, mana ada pilihan?"

Tahniah makcik!