Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 21 September 2014

Guru Derhaka?

Minta ampon ya Tok Din dan Tok Deris,
Walaupon Tuan2 berdua dah minta 'jasa baik' kami guru... 
dah disiar di akhbar dan media sosial secara meluas
TETAPI...
" Apa pun kontroversi dan isu, guru tak pernah benar. Semuanya dipersalahkan guru. Guru adalah jawatan utk dipersalahkan segala tindakan dan kesilapan orang. Barangkali di sinilah 'kemuliaan' profesyen perguruan. Guru jgn melawan. Sabar aje laa.. kalau tidak, jgn pilih jadi guru. Yg benar kpd guru dan ia diakui oleh ibu bapa ialah ISI PENGAJARAN yg diajar. Yg lain semua salah. Marah salah. Tak marah salah. Denda lagilah salah. SALAH! SALAH! SALAH! "

Khamis, 18 September 2014

Guru Dulu vs Guru Sekarang

Hello Senior Guru!
Saja nak kongsi dgn yg nak kongsi,
yg tak mau baca pon, nak kena baca jugak.. 
'
Tajuk : Seronok jadi guru suatu masa dulu..
Masa tu harga proton yg baharu dilancarkan hanya 17Ribu saja...
kereta2 import lebih sikit tinggi harganya
tp, pinjaman bank faedahnya antara 6 - 10%...
tempoh pinjaman paling lama 5 tahun (kereta baru)...
kena bayar downpayment sekurang2 10% harga keta...
kena ada penjamin pendapatan tetap...
(gaji cikgu2 C2 rata2nya bawah rm700/-)
'
tapi nampak 'bahagia' jer kawan2 yg pakai kereta....
.
La ni mudah.... interest rendah tak sampai 4%, downpayment 0, boleh bayar sampai 9 tahun, tak perlu penjamin... tp sengsara jugak dengar pd cerita yg empunya tuan kereta! Awat tak tau...

Rabu, 17 September 2014

Sekolah Rendah dulu...


Saja nak crita..
aku dulu ngaji sekolah rendah seronok jaa
makpak pon caya sama cikgu
masa pi memang la teruih sampai sekolah...
masa balik semua sepanjang jalan ke rumah tu aku nak buat..
sampai rumah abieh belemoih...
,... punggai pelam, sauk ikan pelaga, cari buah letup, tangkap belalang, lastik pepatung pakai getah barang, lawan semut.... balik 12.45 sampai rumah dekat pukoi 2.00.
hehehehe...
Budak la berambik berantaq.... zaman dah berubah!

Selasa, 16 September 2014

HARI PENUBUHAN MALAYSIA

Malaysia.
Apa yg menyatu KITA.?
Makanan > semua jenis dah dijamah, ketupat, capati, tose, moi,pau, nasik lemak, ketupat, maruku, kuih bulan, ambuyat.....
Panggilan > boleh je panggil antie, uncle, abang, adik akak pd semua
Permainan > ..... congkak, gendang naga, kabaddi, tengteng, galah panjang, wau bulan....
Tapi di Sabah/Sarawak sangat terasa best benda2 macam ni... di Semenanjung masih diperingkat toleransi lagi!
.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENUBUHAN MALAYSIA

Jumaat, 12 September 2014

SAINS tidak BOCOR?


Detektif Conan XY punya dapatan yg musykil...
sebab tokleh masuk ke Putrajaya siasat, maka Detektif Conan XY nak tanya sapa2 yg bekerja di LPM atau mana2 sektor yg tahu... 
Benarkah Pengarah LPM boleh dapatkan nashkah soalan original sains pd hari itu utk dibandingkan dgn 'kertas bocor' tu... sedangkan sampai hari ini soklan tu tidak dibuka...
BAGAIMANA KALAU SOALAN ITU DIBUKA DAN DIDAPATI TIDAK BERKEBETULAN?
.... pengsan ko nak jawab!
(tp kalau dia boleh dapat soklan tu dgn tanpa peruntukan undang2, maka bolehkah dia jugak dikatakan menceroboh soalan sains? Tanya je, bukan tudoh) Biar polis yg selesaikan kes ini.)