Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Selasa, 11 Oktober 2011

SELOKA AKHIR PEKSA PMR


Hari ni PMR tamat,
seminggu dua ni dok pening amat,
pasai tiap malam dok tidoq lewat,
bangun pagi-pagi badan penat.
Calon semua ghasa selamat,
Warden tak lagi dok hambat.

Hari ni seghonok tak sangga,
bukan depa saja, pengawas pon sama,
sapa yang tak suka, dok lama dah kena seksa.
Guru subjek mai dok tanya,
budak-budak kami boleh jawab ka?
aku pulak tak tau nak kata apa,
sepanjang minggu peksa, depa dok saja!!

Lepaih peksa semua dok sengih,
seghonok pasai peksa dah habieh,
mak bapak lagi dok cemaih,
tunggu keputusan macam nak lemaih.

Selama mana dok gelabah,
beberapa hari dok gelisah,
hari ni depa dah rasa megah,
yang leleh dah jadi kebah,
yang nak rebah, dah boleh diri balik dah,
yang dulu lena, hari ni macam kena baja,
yang dulu menjuloq, laa ni dah mula suboq,
yang dulu kebuloq, laa ni dah mula terlioq.

KP dah seminggu kena keluaq awai,
subuh sepi lagi dah pi bilik kebai,
kadang-kadang paling awai sampai,
takut lambat nanti terkapai-kapai.

Depa yang tidoq aku harap tidak tersungkoq.
Depa yang lena aku harap tidak merana.
Depa yang jaga aku harap depa gembira.
Hari ini mereka 'merdeka',
nampak muka semua ceria,
kami yang pengawas lagilah suka,
Kata mereka,"Doakan kejayaan kami, cikgu"............

Isnin, 10 Oktober 2011

Cerita exsmdso 4~ Landing Time

Landing Time
 imej hiasan-Wall SMKDSO sekarang
...sikit kaitan dgn cerita.

Masa tu tingkatan 4sc3-
Kejadian berlaku di kelas 4A4. Petang tu lebih kurang jam 2.30 begitu, semua pelajar pagi dah balik. Aku turun dari kelas jalan nak pi tunggu bas. Jumpa Kri Saad dok tepi kelas 4A4 tu. Dia ajak sembang dalam kelas tu pasai bas selalunya agak lewat. Sambil sembang-sembang tu aku baringlaa atas meja yang susun dua tu. Tengah hari boleh letak belakang sat pun jadilah. Sambil tu kami sembang pasai nak pi Cathay A/staq, waktu tu tengah main filem "Cubit-Cubitan-Elvy Sukaseh. Tengah dok rancang baguih punya tiba-tiba timbul choih mai Tuan Pengetua dengan rotan dok ditangan. Dia ronda buat apa pun tak tau padahal semua pelajar dah belahdah.
"Amboi sedapnya landing", Hang pi balik, yang dok landing atas meja tu ikut saya ke pejabat,:". Kri Saad slow ja belah. Aku pun pelan-pelan jalan ikut Pengetua dari belakang.(Pengetua ni dah tak ingat- Dia mai selepas Pak Ya Long, tapi dok sat saja). Pelajar sesi petang semua pakat perati. Aku masuk bilik dia dan itu pertama kali aku dok di smdso masuk bilik Pengetua. Aku ingat piidah hari ni pedih punggung.
…………………………………………………………………………………………..
Aku keluaq ikut satu lagi pintu(rupanya ada lagi satu pintu),jauh dah aku berjalan baru aku dengar suara Krisaad pangge, "hang mai kot mana?". Rupanya dia dok tunggu aku."Kena berapa das",. Nasib agak baik aku hanya di khutbah tentang pelingkup harta kerajaan saja sambil dok acah rotan saja. Ada la khutbah dalam 20 minit sampai terlepas bas. Hari tu kensel tengok wayang. Tapi sehari dua lepaih tu kami pi tengok filem tu- seronok! Kri saad bagitau dia lepaih tu minat kat elvy sukaseh punya pasai dibalunnya tengok 4 kali.

Ahad, 9 Oktober 2011

Cerita exsmdso 3~ Kelas Geografi.



Kelas Geografi
Tingkatan 3A~Aku ni memang minat gila dengan geografi - laani pun aku guru geografi (ilmu alam), pasai tu aku pilih geografi drp sejarah. Ada laa satu hari tu matapelajaran geografi kelas cikgu arwah Zainab. Bagi aku waktu tu cikgu ni mengajar tak berapa seronok- dok citer benda aku dah tau, boringlaa. Aku buat kacau dok sembang dengan kawan sebelah." Tu yang dok sembang tu bangun!" Aku bangun dan dia tanya 3 soalan, aku jawab betoi pasai soalan tu benda yang aku tau, mai soalan keempat dia pi tanya soalan tahun kemerdekaan Thailand (soalan sejarah tu). Aku tak tau pasai sejarah ni. Kena. Aku kena duduk bersila depan kelas bawah papan hitam sambil junjung (letak buku atas kepala) buku geografi sampai habeh waktu. Klau jatuh buku tu kena- punyalaa lengoh dok imbang- sat senget sana sat senget sini. AlFatihah untuk arwah Cg. Zainab.

Tingkatan 4sc3- kena lagi bila kelas Geografi. Kali ni dengan cg. Zalilah Zakaria(?). Waktu tu tengah belajar tentang Amerika Utara. Dia dok gebang pasai dia tour pi sana."Eleh..ada duit boleh la pi". " Sapa cakap mai sini" sambil mata dia jege kat aku. "Sapa cakap tadi berdiri," suara makin tinggi sambil dok jege kat aku lagi. Akupun pelan-pelan bangun. Cikgu tu minta aku bagitau kat dia 50 negeri United State of America tu. Aku ingat nak jawab ka dak, pasai aku tau tapi tak comfirm sampai 50 tu- sampai jadi cikgu la ni pun tak tentu cukup 50 tu, boleh jadi sasul merata-.Akupun tak jawab dan habuannya sekali lagi kena junjung buku teks tapi sat sajalah. Sebelum loceng masa tamat, hukuman aku tamat lebih awal. Kesian juga dia kat aku. Hasilnya la ni aku pula jadi guru geografi. Terima kaaaseeeeeeh cikgu. 

Sabtu, 8 Oktober 2011

Cerita exsmdso 2~ Spirit of the coin.

Spirit of the coin.
hehehe...ini lah kertas jampi tu...

Pagi itu, Isnin. Tempat kelas 3A bahagian belakang yang dihuni oleh Asri, MatWi, Jan, Cek E , Kri, Matkhir ,Ikram dll yang tak berapa jelas. Pagi tu cikgu entah apa yang tak masuk kelas tu waktu tu, maka apa lagi kelas pun berteraburlaa dengan beberapa meja menjadi tumpuan kawan-kawan. Salah satu meja yang selalu jadi tumpuan selalunya meja geng belakang nilah. Hari tu dengan sekeping kertas yang ada lakaran macam 'kertas jampi' di atasnya depapun mulalah operasi. 

Sejenis permainan berhantu. Tauke dia tau sapa? Asri. Punyalah kalut pakat-pakat tolak syiling tu lepas ramai-ramai jampi panggil roh "orang mati" tu - spirit-spirit of the coin......(macamtula kalau tak silap aku) dengan jari telunjuk letak atas duit tu. Penuh jari atas duit tu. Tapi ramai yang tak berani pasai Asri warning- kalau hantu ni tak mau balik dia ikut hang pa balik rumah- tu yang ramai dok tengok tak berani sua jari. Selalu yang tunjuk berani ni, Asrilaa.Lagipun waktu tu yang pandai sikit omputih ni kalau tak silap Ikram, Asri,Ganeson(?) dan sorang dua yg tak berapa ingat. 

Budak kg macam kami ni......! Yang peleknya roh ni pandai cakap omputih saja. Tu yang aku malas joint tu. Macam Lan jugalaaa dan ramai kawan yang lain- bahasa inggeris cukup leceeee... Tenung pi tenung mai aku dapat jugalaa hapai jampi serapah dia tu..akupun cuba dengan Shauki. Akupun tonyoh sakan dengan dia. Aku tanya hantu tu,-hang reti melayu dak- dalam BI tunggang langgang aku tu, hantu jawab,"yes".Apa lagi akupun tanyalah sesoalan dua. Sampai giliaq Shauki dia balun pi tanya pasai Tok Wan aku, waktu umur macam tu memang kita pantang pasai sebut pak dgn tokwan ni. Panas jugalak.

Dalam seminggu tu penuh dengan aktiviti panggil hantu tu-taktau dari mana dia dapat idea berhantu tu. Depa ni yang jadi riuhnya bila ada Lut, Jan, MatWi- saja buat riuh, pakat tuduh masing-masing yang tolak duit tu, si Asri ni pertahanlaa mana ada tolak duit tu jalan sendirilaa-cuba angkat jari? Bila angkat jari apalagi duit tu pun diam sajalaa. Baru terkena. Yang dok kalutnya ketua kelas kita- Idris.
Maaf! kalau ada yg terganggu.

SELOKA DEWAN PEKSA PMR.


Cikgu suroh mai awai,
depa di asrama masih dok mamai.

Makpak dirumah dok harap depa dok peksa,
ghupanya depa di dewan mai dok lena.

Jawab soalan setengah jam,
selebihnya mata dok pejam.

Ingat ka jawab dengan kosyoq,
ghupa-ghupanya depa dok lentoq.

Pengawas puas urut, puas tekan,
ghupanya depa lena lagi sakan.

tengok dok jawab macamlaa laju,
rupanya depa relax melahu,
apa ditanya semua taktahu...

Ustazah selalu dok pesan,
kismis doa jangan lupa makan,
Tengok tunduk sakan,
ingat ka jawab soalan,
ghupa-ghupanya depa dok makan,
dalam dewan pon depa dok telan.
Masa habieh pon depa tak perasan,
mimpi baguih punya dok layan.......