Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Memaparkan catatan dengan label exsmdso. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label exsmdso. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Januari 2012

Cerita exsmdso 50~`fill in the form'

50 drp 50
Lepaih SPM 80, kita semua pakat berpecah mencari haluan masing2.....ada yang dapat offer U dulu tu krenyeh tak kira la kalut pi siap diri untuk pi daftar, ada yang dapat lambat sikit offer tu mai la dulu masuk form 6, ada yang masuk aliran 6 Sastera dan ada yang masuk 6 sains, dan ada yang tak puas hati lagi tu apply lain untuk amik sekali lagi SPM, dan ada yang membawa diri minta kerja dulu dan macam2 lagi la...
Masa tu aku dengan beberapa kekawan lain adala beberapa orang yang tak dapat offer lagi tu mai naik Form 6 sains tu, tahun tu Syed Omar mula buat 6 sains...macam Moha kata hari tu la..kalu tak silap antaranya Aku, Moha, Mat We, Dr Shal, Che E, Kevin, Ganeson, dan beberapa orang lagi ...tapi ada juga yang masuk 6 Sastera macam Salmi Mahmud, Azim, Roslan Dollah dan beberapa orang lagi ...
Syok jugala masa orentasi tu, tambah pula dapat kawan2 dan awek2 baru dari sekolah lain, apa lagi rioh sakan la,..Geng 6 Ataih tak berapa berani nak tegur kita pasai kita orang lama,..Sifu kita masa tu Mat We la, tang mana dia pi pakat bederu ikut, geng2 baru pun tumpang sekaki takut kena ragging dengan geng 6 Ataih....
Selang tak berapa lama lepaih tu, pakat keluaq satu2, ada dapat offer tang nu dan ada dapat offer tang ni....last2 yang tinggai dalam 6 Sains tu cuma Aku, Ganeson dan geng2 baru dari sekolah lain saja.....aku ni interview macam2 juga la, last2 sekali tak lekat,..kalu kata tu kira frust menonggeng jugala...kekawan semua pakat belah dulu pi U...Moha, Mat We pi UTM, Tuan Ramli dan Cikgu Bakri pi UPM, Tuan Pengiran, Azali, Mat Saad Samsudin, Rosli Abdullah, Afendi Unta dah masuk ITM, Shal dan Jai dah masuk matrik USM, Ad Brahim dan Bai Kadir masa tu dah masuk matrik UKM dll...kira dok 6RS tu syok2 sajala sementara dok tunggu nak minta January intek pula tu...macam frust saja.., mai sekolah pun lewat, dah mula malaih nak belajaq pasai tak dak intension untuk amik STP pun...hajat masa tu nak minta masuk Pegawai Kedet Tentera juga, kalu tidak boleh juga la jadi Mejer macam Mejer Yusof kita la ni, tapi pikiaq pi pikiaq mai tak jadi takut tak tahan godaan....laih2 tu minta juga la ITM masa tu walaupun aku ni tak pandai Bahasa Orang Putih tu, cukup takut nak minta masa awai dulu tu...kan pa macam Tuan DO kata juga la, Bahasa Orang Putih tu dapat 6 tebalik (toge),..borang ITM tu dia kena buat sikit essay dalam bahasa inggeris tu, pa lagi dah nak masuk juga,pi la himpit Ganeson minta tolong dia sikit ....paih tu hantaq pi la, macam harap tak harap saja ...tut2 dah nak jadi rezeki belajaq kat situ, dah Allah tulih dah kena belajaq kat situ, dalam ketaq2 tak reti bahasa orang putih tu kena belajaq juga la...nak cari sapa lagi..dulu masa form 1 boleh minta tolong Moha `fill in the blank'...paih tu minta Ganeson tolong `fill in the form'....lani ni kena tonyoh sendiri la..... teruk juga la...
Alhamdulillah boleh la juga lepaih...can read, speak, write and understand english juga la... macam kekawan aku lepaih tu yang mengekori aku masuk School Of Engineering, ITM tu macam Halim Pak Aji, Lan Siam,  Bai Kadir dan rakan aku sorang lagi Lan Dollah... semua ni geng yang petang2 kena usung buku naik pi Menara ITM belajaq english masa orang lain tengah dok sedap tidoq kat bilik lepaih kelaih, merangkak balik belajar bahasa orang putih tu macam belajaq ABC.....
Alhamdulillah, semuanya itu menjadi nostalgia aku dan kekawan yang sealiran denganku yang tak pandai bahasa orang putih ni masa sekolah dulu, yang selalu dok dalam group last2 tu bila cikgu bahasa inggeris buat group, yang selalu dok kena denda bila tak boleh jawab soalan orang putih ni, kena duduk luar kelaih la, macam2 lagi....
Ok...tu saja kali ni saja nak keluaqkan rasa hati ni...semoga cerita ni hanyalah satu cerita yang tak dak apa2...kiranya ianya boleh dijadikan semangat untuk anak2 kita, amiklah ia sebagai teladan...susah macam mana pun kalau kita usaha juga sambil berdoa dan bertawakkal kepada Allah, Insya-Allah, Allah akan bagi juga....Wallahuaalam

Ikhlas; Jamal Nasir. Tq Ir. Jamal kerana kongsi sini cerita lama2 smdso.

Khamis, 26 Januari 2012

Cerita exsmdso 49~Usha couple Merendek

Cerita exsmdso 49 drp 50
 

Aku terkenang satu kisah lama iaitu Asrama Putra aka Hotel Putra iaitu tempat penginapan pelajar lelaki di kawasan rehat dan rekreasi Kelab Golf Di Raja Kedah. Ceritanya begini, masa Tingkatan 1 atau 2 tu aku selalu keluar awal untuk kesekolah iaitu lebih kurang jam 11 pagi. Aku akan kayuh basikal pelan2 dan singgah di rumah kuda(Ahmad Sobri) dulu pasal nak ambil dia kerana dia tak ada basikal. Yang syoknya kami ni bukannya straight pi sekolah tapi pi meneropong kat garden kawasan berhampiran asrama putra tu. Masa tu tak pikir apa....yang tau syok saja pasal dok usha couple dok merendek di kawasan tu. Asrama putra tu jadi port aku dan kuda pasai masa tu bang Bai (Razali Lebai Awang) dok kat situ.Tapi yang lebih syok la ni rumah mertua aku terletak betul2 dibelakang bekas tapak asrama putra tu. Bukannya apa bila balik rumah mertua aku dan dok bersih kawasan belakang, kadang2 tersenyum seorang kerana mengingati peristiwa lama tersebut. 
Cerita asal: Tn Haji Yahaya Abdul Rahman, Bertam.

Khamis, 5 Januari 2012

Cerita exsmdso 48~Alasan.....

Cerita 48 drp 50
MASA MAI vs MASA BALIK
hehehehehe.....pandai la pulak cari alasan!

Jumaat, 23 Disember 2011

Cerita exsmdso 47...Moha Raziff

 Cerita exsmdso 47 drp 50
Lan Siam,
citer hg pasai Lut nyanyi Negaraku tu waktu Form 4…aku dah jd pengawas (Asri pekena Cikgu Zainol Rashid suruh ambil aku jd pengawas…hebat cikgu pun dia pekena). Lut memang brutal…dan memang gentlemen, pasai kalau dia tak mengaku, semua kena tahar kat perhimpunan tu…tp tak kena penampar…dia kata ‘sabar cikgu sabar cikgu’, Cuma kena lari 8 round padang bola x silap aku.

Mat Wie,
Citer hg berkenaan Kevin Keegan…kalau x silap aku nama dia Kevin Veelayuthan. Aku sempat dengan dia ni waktu Tingkatan 6 Rendah. Masa tu yg masuk Tingkatan 6 Rendah…Mat Wie, Cik E (Leh D’Nero), Jamal, Jai Beleh, Ganesan, Azim (Avtar Singh) & Kevin. Yang lain aku dah x ingat. Waktu minggu Orientasi…senior suruh kami buat macam-macam. Kevin ni kena buat bunyi ayam jantan berkokok. Hangpa tau dia jawab apa dengan slang dia, telo dia, slow dia…AYAM SAYA TAA DAAK KOKOK…senior tak terkata apa-apa dgn mamat ni. Tapi Alhamdulillah syukur bila dengar Mat Wie kt dia dah masuk ISLAM.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita asal : En. Moha Raziff. EmSea Marketing.

Cerita exsmdso 46~SUKAR?....NO


Cerita exsmdso 46 drp 50
SUKAR?...NO  
masa tingkatan 1 A
cikgu pompuan ajaq kita kesihatan
nama aku lupa ...
dia tak berapa sihat mental  
selalu bagi soalan mudah-mudah lepas tu
sapa kena bagi hadiah
kekadang dia bagi duit
lepas dia lega dia bagi bunga telur
kat pelajar

lagi sorang cikgu mad bahrin
awai-awai masuk kelas siap warning aku
jangan dok menyampuk bila dia mengajar
dia habaq abang aku dah kena dengan dia
pasai penyampuk ketika dia mengajar
al fatihah untuk cikgu kita nie

lagi sorang
cikgu chew ..... tingkatan 3C
ajar sejarah .... tulis memanjang
penuh papan hitam

tapi lagi power ali kasim
siap ada mentera bila cikgu pompuan mengajar
guna lada hitam ....
bagi dok tak diam
aku tak berapa ngeti
mentera depa
lie mehat tau kut
peturun ilmu ....

lagi satu cikgu matematik
pompuan .... lupa nama
sama dengan suami dia ajaq matematik

tak lupa
P + N
ada yang dok suruh dia ulang 4 5 kali
jangan sebut selalu


cikgu ... spy din - al fatihah ( dah meninggal)
baca satu muka faham 4 muka surat
siap uniform polis kadet dalam kereta
kacau cik putih.... maaf cikgu
anakmurid dok pengati juga

la nie
aku pun jadi cikgu
SEKOLAH MENENGAH HUTAN KAMPONG
GURU KEMAHIRAN HIDUP
terima kasih
cikgu pak syaid ajaq seni perusahaan
boleh belajar bawa jeep tengah padang sekolah
cikgu tong ... ajaq enjin
cikgu sanusi
cikgu onwi ... la nie isteri dia mengajar dengan aku cikgu nasirah
dia s/u panitia kh daerah aku Ajk bawah dia

cikgu yelow.....baju bawah ketiak warna kuning
lupa nama...

maaf cikgu bukan nak merendah
cuma nak ingat jasa kalian
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asai : Cikgu Sukarno. PAKSI Kedah.

Khamis, 15 Disember 2011

Cerita exsmdso 45~Belajar mengeja

45 drp 50 cerita. 
SMDSO~Belajar mengeja..
Aku (ana) nak cerita mula-mula aku mai sekolah pekan. Aku pada mulanya belajag dekat SMK Gurun di tingkatan 1. Sekolah tu ramai pelajar Cina dan India. Pelajar Cina ni semuanya umur lebih tua drpd budak Melayu krn depa ni kena kelas remove dulu. Aku masih ingat lagi, minggu pertama dah kena rotan krn cakap melayu masa waktu BI. Sekolah tu macam international school krn budak India dan Cina semuanya speaking. Kita dr sekolah kampong mana la nak tau sangat. Merangkak mcm kora bau saja kalau nak cakap. Oleh sebab tu lah aku minta mengaji di Alor Setar pasai cikgu BI nya garang. Perkara yang aku tak boleh ingat bila hari nyanyi lagu negara ku . Nyanyiannya bertabur dan nadanya pun macam Cina ,India masuk Melayu.
Alkisah setelah permohonan masuk SMDSO diterima , aku diminta mendaftar diri. Tarikh tak ingat lagi , tapi aku masuk lewat. Selepas mendaftar diri aku ditempatkan dalam kelas 1 K. Bersama dengan aku ada lagi sorang budak baru iaitu Mad Nan. Kami dua-dua orang ni pada mulanya tak kisah la dok kelas 1K sebab tak tau apa-apa lg.
Hari pertama aku ditempatkan dalam kelas 1K aku dan Md Nan terkejut beruk kerana ada seorang cikgu masuk mengajar, dia tulis di papan hitam perkataan ’CUCI’ dan setiap pelajar diminta mengejanya. Bermula saat itu aku mula pikiaq, aku ni silap masuk sekolah ka, sekolah menengah ka sekolah rendah. Kalau di SM Gurun aku rasa tertekan pasai ramai pelajarnya mampu berbahasa Inggeris tapi di sekolah ni aku rasa macam masuk tadika. Bermula dari hari itu aku dan Md Nan mulalah mencari cikgu Mad Man (aruah dah) minta nak ambil periksa untuk penempatan kelas. Semua pelajar lain telah ambil periksa untuk penempatan kelas. Pada mulanya Mad Man tak mau layan kami, dia kata kalau hang pa pandai tahun depan kalau periksa akhir tahun baguih hang pa boleh naik kelas. Oleh krn tu kami terpaksa balik semula ke kelas 1K. Aku dan Md Nan kata kalau kita dok kelas ni, no 1 dan no 2 dah tentu kita yang punya. Hari kedua pi jumpa pula cikgu Mad Man minta ambil periksa lagi tapi dia masih lagi tak layan. Dia tanya macam-macam soalan. Dia tanya kami dari mana, sekolah mana dan anak siapa. Rupa-rupanya Mad Man ni kenai ayah aku bila aku cerita aku ni asai orang Sg. Limau Dalam (MB la ni orang kampung aku la) cuma dia tak bagitau dekat aku la.
Hari ketiga kami pi jumpa lagi. Pada mualanya cikgu Mad Man ni marah-marah pasai kami ni jenis ketegaq. Hari tu sambil dia mengomel dia capai dua set soalan dan bagi kat kami berdua menjawabnya. Apa lagi kami pun jawablah. Lepaih tu dia terus periksa khetaih kami dan bagi markah. Akhirnya dia tetapkan aku ke kelas Tingkatan 1A , dan Mad Nan pi kelas 1 C (kalau tak silap aku) . Aku dan Mad Nan terpaksalah berpisah. Bermula hari tu aku dok kelas 1A, dan cuba menyesuaikan diri pula. Persepsi aku masa tu, barulah terasa yang belajag di sekolah menengah pasai aku tak lagi di ajar mengeja. Bermula juga hari tu aku mula mengenali kawan-kawan yang nama nya Moha , Art, Asri, Bambai dan ramai lagi yang aku tak larat nak tulis disini.

Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asai: Cikgu Halim Pak Aji. Terima kasih kongsi sini.

Isnin, 12 Disember 2011

Cerita exsmdso 44~ Jumpa kawan lama

Cerita exsmdso 44 drp 50
 
Gambar hiasan
Kemarin lepaih tulih cerita mona gersang tu, aku pun balik la dari opis, singgah sat boh minyak kreta kat mobil depan menara telekom tu,lepaih tu mula la merayap pelan2 kona kut jalan telok wanjah nak balik umah...bila sampai dekat depan bangunan Perkeso tu jengok pi la kot2 kawan kita Izham Khalil ada...tut2 tengok nampak macam kelibat dia dok ada depan pejabat tu,...pusing balik kat round about telok wanjah mai kat dia..perati dia dari dalam kreta...dia pun tak perasan ...aku pun mati injin kreta turun pi bagi salam, dia jawab salam aku...tapi aku tak berani nak kata betoi ka dia atau silap orang..jadi aku tanya nama dia dulu la..dia tak habaq tapi dia tanya aku pula ni Jamal ka...bila dia tanya gitu aku rasa sahla dia..pasai dia pun tau nama aku....gitulah bila dah lama tak jumpa...rupa nampak lain...lepaih tu aku ajak dia pi pekena teh tarik dulu la kat pokok ceri.....sambil tu aku call moha kut2 dia free tapi dia dok tunggu cikgu sukarno nak bagi roselle...so kami sembang la cerita2 lama tanya habaq hang aku dan la sampai dekat nak maghrib...
Dia masih dok teringat kawan2 lama lagi, dia tanya Pak Ya, Haris, Mail Zakaria, Mat Wi, Mat Khir Brahim,Tuan Asri kita, Asri Mat Zain dll la....dia ada crita juga kata masa dia koma kena masuk hospital dulu tu pasai paru2 bengkak, Dr Shaltut selalu dok mai jengok dia...take care kawan2, sampai staff nurse tu tanya camna u boleh kenai dengan boss depa tu, dia kata kawan sekolah la,...aku respect Dr kita ni pasai dia tak kira sapa,..teringat aku macam moha kata Dr kita ni kalu bukan pasai nak tolong anak bangsa dan kalu nak kaya dah lama dah dia tinggai hospital kejaan tu pasai offer dari luaq lagi baguih..teruih kan Dr, semoga ianya diambil kira oleh Allah SWT jua...
Aku habaq kat dia kata kita mungkin jumpa raya cina ni, kalu ada kelapangan tu mai la pokok ceri..tapi kena conform dengan setiausaha dan pengerusi dulu la..
Dia pun crita kata Man Salim rajin la jumpa dia dulu pasai ofis dekat, selalu juga man salim call dia ajak pekena teh tarik tapi lani sejak pindah opis tu jarang2 juga la jumpa...,ada sekali dia kata jumpa Apek masa tu apek nak pi LIMA langkawi, mula tu tak kenai juga tapi bila pakat2 perati perasan la kekawan lama ni....
Dia lani dok kat kawasan umah aku juga ,dia kata batu 3, jalan langgar...aku tekejut juga pasai tu kawasan umah aku tapi tak pernah jumpa..aku tanya tang mana...dia kata dia beli umah kat Taman Setia Jaya....kira satu kariah la..tapi tak pernah jumpa atau jumpa tapi tak cam..
Tengok jam dah dekat nak maghrib kami pun belah la,aku pi antaq dia balik kat bangunan Pekeso dan teruih balik....tapi dalam hati rasa puas juga dapat jumpa kawan2 lama yang lama tak jumpa...semoga hubungan silaturrahim ini dapat berkekalan dan dikira disisi Allah SWT....
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asai: Ir. Jamal Nasir

Ahad, 11 Disember 2011

Cerita exsmdso 43~"awek cina tepi sungai"

 
Gambar hiasan.
Hang betoi la Lan,Jamal tu bukannya apa, terkena badi mona gersang la tu. Pasal mona ni terkenanglah aku kisah dulu-dulu. Bukannya apa bila cuti sekolah saja aku dengan fandi selalu pi pekan langgar kat rumah tuan presiden kita. Bila sampai sana selalunya pot yang menjadi kegemaran adalah rumah tok dia pasal rumah tu kosong. Nak tenangkan fikiran apa lagi, kami kerabat la dapur tok dia tu pasal semua stok ada kat situ. Selepas mentelaah lebih kurang tension pun kuranglah. La ni kalau pi pekan langgar teringat kenangan lalu dengan peristiwa rumah tok presiden, rumah awek cina tepi sungai dan kisah merayau-rayau dalam makam diraja dengan Lut. Aku kadang-kadang kesian juga dengan nasib sahabat kita. Bukhari yang macam tu semoga Allah dapat menyembuhkannya. Jamal, teringat pulak pasal team Spurs masa tingkatan 2. Masa tu kiranya team lain tak berani lawan dengan kita.Yang aku masih ingat bola yang kita main tu selalunya ambil dari bilik sukan pada permulaan sekolah dan dihantar balik bila habis tahun. Bila habis main saja bola terus ditendang kedalam rumput yang panjang untuk disimpan bagi permainan seterusnya. Jamal hang mungkin tak tau kami ada tubuh satu team iaitu "Black Power"untuk main diluar sekolah pada masa tu kerana pada masa tu selalu diadakan pertandingan enam sebelah. Antara yang ada dalam team tu aku, fandi, apek dan tiga orang lagi yang aku lupa. Kalau pasal cerita apek ni aku teringat macam mana aku kena kelentong orang tua dia bila nak ajak apek main bola. Kadang-kadang tu bila keluar pakai kain pelikat saja tapi dalamnya dah siap semua untuk main bola. Apek kalau hang tengok tulisan ni aku mohon maaf la akan kesalahan aku yang lalu pasal masa tu kita masih budak lagi.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asai: Yahaya Abd. Rahman.. Bertam, S/Perai

Selasa, 6 Disember 2011

Cerita exsmdso 42~"Mona Gersang"?


gambar hiasan.
Dulu masa tingkatan 1 ngan 2, kita semua ngaji petang...kami yang dok jauh nun di kampong tu, pukoi sebelaih pagi tu kira kena naik baih dah la, kalu tidak jenuh baih biasa ni dia tak mau berenti...aku ni dok kampong dalam kena kayuh gerek mai di jalan besaq ni dekat 2km juga, awai2 lagi dah kena mai melangut tunggu baih dengan geng2 kampong yang seangkatan denganku la....kira anak2 kita lani tak merasa sangat la benda2 macam tu pasai pi kita antaq ngan keta, balik pun kita amik ngan keta, besaq sikit dah pi ngan moto sendiri....
Cerita dia bila smpai di sekolah dalam pukoi 11.30 kut tu la,awai lagi maka mula la pakat cari tempat lepak, ada yang bawah pokok,ada yang kot2 belakang blok makmal sana nu,ada yang kot dekat garaj keta cikgu dll la....
Masa tingkatan 2 tu,kira dah besaq sikit la...dah mula pandai dah la baca buku2 cerita baguih ni,..satu hari kalu tak silap aku ada juga la pinjam buku baghuih ni dari Tuan Presiden kita...kalau tak silap cerita Mona Gersang.....nak baca d umah tak dan,mai dok baca senyap2 la kat belakang blok makmal sains tu sambil kawan2 lain dok buat bising main bola ikat ngan plastik....cerita dia syok juga,cerita amoi kena patuk ulaq n tok bomo dah suruh pak amoi tu pi cari apa barang tak tau jauh,jadi lambat sampai.....so....tok bomo pun buat ubat lain dulu la....jadi lagu tu punya cerita mau tak keras,kena pulak baru2 dok baliagh,masuk kelaih tengok cikgu pulak pakai seksi dia stim tak kira la....tension2
Tengah dok syok baca buku tu,jengok mai cikgu Yasin Maidin cari mana budak2 yang dok buat bising kat belakang makmal tu,dia panggil depa semua sekali dengan aku sekali kena ketuk ketampi dan tak bagi lagi duduk kat kawasan tu, nasib baik dia tak rampaih buku hat aku dok baca tu...kalu tidak nahaih pulak la.....
Lepaih tu,mula la cari tempat lain, tu yang kadang2 dok pi main futsal pakai bola tenis kat court bola keranjang tu sekali dgn Ir Mohammad,Moha,Lut dan kekawan lain lagi la....

Buku tu kena tanya Tuan Presiden kot2 ada lagi dia simpan, kalu ada sapa2 nak pinjam la....

Ikan Patin Ikan Merah
Tuan Presiden jangan marah
Ikan Sepila dibuat kering
Baca pila jangan boring..
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asai: Ir. Jamal Nasir

Ahad, 4 Disember 2011

Cerita exsmdso 41~kena kepong budak Asma dan Bahiyah.

41 drp 50 cerita
Tingkatan 3
Masa tingkatan 3, tiga kena tawaf Tong Taik (Tahi) sebab tak buat kerja Sains Cikgu Sopiah Ibrahim. Sebab tu lah aku slow sikit to catch the flying colours.

(Chronology of events hangpa susun sendiri). Playing small ball at the tennis court is the best memory of all. Tiap 2 bulan kena tukag kasut, sebab tapak kasut huih. Siap kena marah dengan Pak aku. Moha ngan Lut, the best strikers. Panas baran..Asri Tonggek. Paling kassag Chop Askar, Unta (Effendi). Aku depa dok suruh Full Back. No potential to be a striker.Tukang wak mai bola Moha dan Chanandin.
Paling malu bila naik bas dari Langgar mai sekolah, dikepung budak Asma dengan Bahyah. Depa semua cakap oghang puteh sama-sama depa, kita dok ghenyih macam siput babi...
During that time English for us... only Yes, No, Allright, Thank you. Bila periksa tiru Chanandin. Nasib baik Bai tu pemurah. Mai SRP..kantoiii, dapat 6 (terkalih).

Yang aku tuleh ataih tu ceghita ka..drama pendek ka..telemovie ka...aku tak tau.

Cerita asai: Md Shuhaime Abd Rahman. AMK., BCK., ASK., Peg. Pentadbir Tanah Daerah Kulim, Kedah.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.