Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 9 Jun 2014

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid PBS

PBS pada hemat positif saya tentang hasrat kementerian, adalah satu usaha untuk menaikkan profesion guru setaraf dengan doktor, pakar psikologi dan sebagainya. Maksudnya, apa cikgu cakap, boleh dipercayai. Apa cadangan, nasihat dan kaunseling guru, boleh dipercayai. Macam doktor. Doktor cakap budak ni sakit apa, makan ubat apa, semua boleh. Kita sebenarnya, kena fikir yang kita sekarang ni dah dibuat macam doktor. Kementerian dah naikkan taraf kita macam doktor. Cuma kita ni doktor bahagian J.E.R.I. S . Apa kita cakap adalah berdasarkan apa yang kita lihat, periksa, uji setelah kita ajar budak itu. Dia berjaya lepas atau tidak, kebolehan dia meningkat atau tidak. Buat masa ini, supaya kita semua tak resah dan tak gundah gulana, kita percaya saja yang kita ni setanding dengan doktor. Dia orang ada ijazah, kita pun ada ijazah. Adakah ijazah pendidikan ini lebih rendah taraf dia dengan ijazah perubatan? Atau lebih tinggi? Kita sekarang adalah doktor pendidikan, doktor intelek, doktor J.E.R.I. Apa kita cakap tentang budak itu, semua orang kena percaya sebab kita buat berdasarkan prosedur pendidikan, analisis, ujian, peperiksasan, amali, eksperimen, kajian dan sebagainya. Jadi... kita sekarang setanding dengan doktor. Jika kita tak yakin dengan kebolehan diri untuk nilai budak? Kita muhasabah diri... adakah kita ni adil semasa membuat pentaksiran? Ada bias tak? Ada pilih kasih tak? Ada rasis tak? Ada unsur-unsur politik tak? Ada sifat 'ada aku kisah?' tak? Atau sekadar 'melepaskan batuk di tangga, janji gaji masuk'? Atau sekadar mengejar masa? Jika kita seorang tukang masak, chef... adakah kita masak sekadar untuk dapat duit. Atau kalau makanan kita hangit sikit, kita tak jual makanan tu, kita buat yang baru? Sebab kita risau makanan tersebut tak sedap dan akan jatuhkan kualiti makanan kita? Begitu juga kita sebagai guru.

Rabu, 4 Jun 2014

Makan Gaji Buta!


Maaf ya sang NILA, KETAM nak jalan BETUL!
Apa nak heran,
kalau ada org kata cikgu makan gaji buta,
bukan saja coti, masa kerja pon sama saja macam coti...
kih kih kih... NILA ada di mana-mana.

Jumaat, 30 Mei 2014

Tawarikh Malam Jumaat 2


Sesuai utk yg pernah hidup pd tahun 60an dan 70an, dikit2 pd yg 80an sahaja...
Org dulu2, terutama mentua, selalu pesan kat menantu pompuan... kalau nak masak guna lesung batu, kena masak awai2... jgn lewat2 malam baru nak tumbok sambal, bising, terutama kalau dok flat... kalau dah terpaksa kena lapik kain... 
Ingat.... 
Jiran2 nak tidoq aw
ai malam2 jemaat ni.... nak bangun malam...
Qiamullail.

Tawarikh Malam Jumaat


(Utk warga yg pernah hidup tahun 60an dan 70an - yg lewat drp tu mereka tak mau baca tawarikh dah... mereka baca hal2 semasa ja)
Gini alkisahnya...
.
Malam Jemaat ni bermula dr asar membawa ke maghrib sampai suboh...
Asar tadi dok tengok telekung dok di penyidai...
Maghrib dok tengok telekung tak angkat jugak pon, masih di penyidai...
Masa isya' pon tak angkat jugak!.....
tarik penyidai masuk dalam jaaa.... hehehehehe
Tu yg orang dulu kata malam Jemaat O....
kih kih kih ... sekian. 

Selasa, 27 Mei 2014

Halal


Tawarikh 60an hingga ke zaman JAKIM bermula.
Aku dan keluarga aku dulu, makan dan beli saja produk bukan muslim sebab masa tu takdak produk drp muslim... tak dak sapa nak kata halal haram..
Lepas tu, dlm 70an gitu, ada beberapa pengusaha muslim mula mengeluarkan produk. Aku dan keluarga beralih ke produk muslim... Arqam pon memasarkan banyak produk mereka. IKS Muslim pon dah mula muncul... tp barangan masih terhad,..
Suatu masa, bila JAKIM promosi sijil HALAL, maka keprihatinan tentang makanan diletakkan penoh kepercayaan kepada Halal JAKIM...
Mana2 ada logo HALAL, terus dibaham tanpa banyak bicara, dgn harap dosa pahala ditanggong JAKIM krn mengeluarkan status HALAL.
Jom Jihad Ekonomi~Muslim First!