Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 23 Oktober 2011

Nasi apollo ~kukus

Nasi Apollo~ 

Mendapat nama kerana bentuknya..apollo tu perbuat drp aluminium,
digunakan pada Musim kenuri kawin....kerana dapat mengukus nasi dlm jumlah yg banyak dlm satu waktu
Dililit kain yg basah disekeling untuk menahan wap drp terlepas keluar. Dulu sebelom ada gas masak, guna kayu api saja. Sekarang dah guna gas masak dah.

keadaan talam nasi yg disusun di rak dan akan ditudung dgn apollo untuk diwapkan/kukus


Setelah 45 min dikukus...dibuka. kelihatan wap memutih tu. ni kra dah masak dah ni.

Nasi yg dah siap kukus....boleh dihidangkan tanpa kerak.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Musim Timur


Jernih dan suam....sekarang tidak lagi.
Inilah sungai yg selalu aku terjun tiruk tu..


Org kampung aku pangge musim timur pasai angin bertiup dr timur. Kalau ikut belajaq Geografi dulu masa ni Cg Zalilah kata musim monsun timurlaut. Angin ni bertiup pd bulan Nov-Mac........Selalunya waktu ni cuaca kering...Angin timur...ayaq sungai jadi jernih dan berasap waktu pagi2....angin yg sangat kuat dan sejuk. Pi sekolah rajin mandi sebab ayaq sungai panas suam. Walaupon musim lain jarang mandi. Tak lama lagi sampai la musim timur ni.

.Kalau zaman 60an-70an dulu masa ni orang kampung tak buat padi sebab musim kemarau. Tapi laani dgn ada MADA....ayaq depa pam sepanjang masa, boleh tanam padi 5X 3 tahun....Ayaq dok ada selalu dlm bendang. Ni aku nak nostalgia ayaq sungai aloq depan rumah makpak aku masa musim timoq ni. Masa ni semua nampak macam berubah. Ayaq sungai yg keroh boleh jadi jernih...jernih sungguh2, biru. Bukan musim timoq keroh kuning. Dulu kalau pagi2 ayaq sejuk, musim ni ayaq dia suam2...pagi2 nampak berasap. Sapa2 yg ghajin tahan taut di sungai masa ni depa rehat...ikan tak makan taut. Angin pon tak sepoi2 bahasa lagi dah. Menderu2 macam dok tepi laut. Tengah hari pon sejuk. Yg tak besa pakai baju. Musim ni kena cari baju. Kalau nak ukoq sejuknya tahap mana.....sampaikan minyak nyoq dlm botoi boleh beku macam lilin....minyak goreng dlm belanga jadi kepala.

Masa ni yg gila wau mulalaa buat wau, yg tak reti buat, pi laa beli wau kelawaq tu....musim ni jugak ada laa lawan wau terbang.  Tapi....laani walaupon ada musim timoq, ayaq aloq tu dah tak jernih dah, ayaq bendang dah lepas masuk sini. Dulu boleh juga la mandi terjun tiruk, laani nak cebok pon dah tak lalu.

Khamis, 20 Oktober 2011

Burung Perindu

Zaman budak2...60an dan 70an...aku pemburu setia burung2 sekitar kampong. Pagi membawa ke petang dgn terbe(lastik) sentiasa di tangan...buah terbe penoh poket....meronda keliling kampong. Masuk belukar keluaq belukaq.

Burung2 yg dulu sangat mudah ditemui dan sekarang bila sesekali balik kampong dah tak berapa nak jumpa dah.
Ini dia koleksi terbe aku....

Ini burung sasaran terbaik.
Kelicap mayang kelapa.

Sasaran terbaik jugak ni
Merbah

Yang ni jarang sangat.
Tempua

 Burung hantu..pernah jugak laa jadi sasaran mudah

 Burung segan.....selalunya dia yg nampak kita dulu. 
Rupanya yg macam daun kering tu mengelirukan.

 Ini ada lagi. Ciak rumah.

 Ciak Uban....pon makin sukar ditemui.

Yg ni ada sekeluarga dok mai makan belakang dapoq mak. Murai Gila.

 Murai kampong. Yg ni jugak sasaran 'bulleye' nih.

 Lang Sewah

 Burung Kew....puas kerabat pokok nyoq ambek anak.

Burung pekaka....org kampong aku kata tak boleh makan.
 Sebab dia makan menyambaq.
Tak dak benda lain...kadang2 depa pon kena.

Inilah spesis yg bermastautin di kampong makpak aku...yg selalu jadi sasaran buruan...spesis lain2 tu pon ada, cuma mai bermukim saja sat2. Macam bangau, serindit, punai, entah apa lagi nama........

Rabu, 19 Oktober 2011

Basuh miang di Hatyai.

Gambar hiasan sahaja

Yang ini punya cerita, aku tak terlibat. Aku hanya dengaq cerita drp kawan2 aku yg agak remaja. Kalau nak p depa rancang, dah balik depa bercerita....Aku dengaq saja laa. Masa tu aku pon tak pernah ambek tau depa p sana buat apa. Yg jadi boleh tau sikit2 crita tu bila depa balik mai dok tunjuk majalah tulis Siam dgn gambaq2 tak senonoh tu...... Masa tu mereka dah boleh buat border pas langkah sempadan dah. Aku kad pengenalan pon baru nak pi buat. Depa ni selalunya ambek upah buat bendang laa. Angkut padi ka, mukoi padi ka...apa2 kaa. Kerja dgn padi ni selalunya miang. Nak crita pasai depa suka p basuh miang di Hatyai ni... Susah mau crita laa yg ni. Sendiri mau tau laa kalau dah lintas sempadan tu. (Masa tahun padi semusim dulu tu mana ada penguatkuasa agama macam laa)...Depa istilahkan 'basuh miang'....Laa ni tak dak dah kot aktiviti basuh miang di seberang sempadan..

Selasa, 18 Oktober 2011

Cerita exsmdso 5~Sesat

aku turun sini, patutnya aku pi stesen bas MARA..


 He he he..Sesat pulak dah!
Aku ada satu cerita ringkas. Aku sebenarnya pernah sesat di pekan ASetaq.Turun bas di stesen bas lama, Jln Langgaq.., aku patutnya pi stesen bas MARA tapi aku pi langkah jalan langgaq pi jalan sultan badlishah, sedaq-sedaq dah sampai dekat stesen bas baru di telok Wan Jah nun. Letih juga la menapak balik. Sampai belakang Hankyu Jaya dan pekena ais kacang Tat Bagdad semangkok;..lega. Heran..macam mana boleh terlepaih pi ke sana.
(ke tiga2 stesen bas tersebut sekarang dah bertukar fungsi....stesen bas semua dah pindah ke Kompleks Shahab Perdana)