Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 17 Oktober 2011

mengeLAU ikan musim hujan...


Mengelau depan gelong air...Musim hujan bila padi nak mula berbunga dan sesetengahnya dah mula masuk susu. Masa ni ikan dalam bendang pon dah mula besaq. Dah dekat 3 bulan dah umoq padi pada masa tu. Umoq ikan pon mungkin lebih kurang tu jugak dah la...kurang2 pon dah setengah kilogram berat. Selalunya mengelau ni ikan ruan saja. Ikan lain tak menangkap...mengelau ni selalunya waktu hujan laa...pakai bok kail buluh, mata kail buat sendiri...(saiz berapa ha..kalau beli...12 kebawah kot..). Tengah2 hujan tu laa dgn kelubung guni baja yg dipotong buat macam topi tu..meredah hujan cari tempat gelong ayaq. Tang ni selaluinya ikan ruan akan bermain ayaq. Org kampong aku pangge masa ni ikan naik.. Selalunya di sebelah bawah gelong ayaq tu...di situ laa aku sua bok kail umpan katak minyak tu. Acah2 dekat ayaq..Kalau ada ruan gerenti menangkap punya. Malasnya bila ulaq pon menangkap jugak kadang2....Puas hawin baru terlepas...hawin sampai rabit mulut.

"Mengelau" merupakan satu cara mengail ikan haruan dengan mengoncat atau menggedik umpan di atas permukaan air di tebing-tebing sungai sambil berjalan perlahan-lahan. Ikan haruan yang marah pada mangsanya akan menyambar umpan tersebut. Selalunya mengelau sungai depa guna umpan anak ayam yg diikat di atas mata kail ( laa ni kalau ada orang mengelau dia dah guna umpan burung lang mainan)...kesian dok siksa ayam tu. Anak ayam tu akan diacah2 pd sarang ikan tu...ibu ikan tu sangkakan ada musuh yg nak kacau..dia pon sentaplaa....

Ikan Beras~Mengai anak Kemeraih (ikan beras)


Umpan ulat daun, mata kail dawai buat sendiri....selongkaq rata cari jarum jahit Mak.. Layoq api bagi lembut kemudian bentuk jadi macam mata kail. Ikat dgn benang. Selalunya aku buat mata kail dgn dawai dan guna tali pisang ( carek dr pokok pisang) dan kadang2 tak payah pon mata kail tu. Bok kail cari laa kayu apa2. Umpan ulat..Entah laa ulat apa. Ulat ni cari di belukaq belakang rumah, cari la kat daun2 yg nampak gulung2 tu...buka tengok tentu ada ulat. Ulat tu ada laa sebesaq lidi. Ulat ni laa buat umpan. Cucok kat mata kail atau kadang2 ikat terus pd tali kail...sua pada ayaq yg ada ikan kemeras ni. Ikan ni kalau dapat bukan nak buat apa pon....main saja2. Kadang2 main masak2. Masaklaa ikan ni. (ikan kemeras/ikan beras ialah sejenis ikan kecil permukaan air yg ada titik putih atas kepala)

Mengai Cicak Umpan Kapor Makan...

Inilah saja alat yg perlu. Satu umpan, satu lagi jerat.


Masa tu mana ada racun cicak...masa tu nak hapuskan cicak selain drp lastik/terbe dgn getah..ni lah caranya..mengai cicak dengan lidi umpan kapoq makan. Tak dak sapa dok try dah laa ni. Kapoq makan pon payah jumpa dah. Ni nak crita macam mana buatkerja alah ni....

Gini,
Cicak ni satu kegemaran dia ialah makan teloq labah2 ( yg dlm karung putih besaq tu). Jadi kami pon tipu cicak lah ni. Mula2 kena ada dua batang lidi yg baru (yg lama tak berapa elok sebab mudah patah). Satu lidi buat gelong jerat di hujung yg lembut tu. Satu lagi cari laa kapas ka kabu ka, ada la sebesar kelingking..lumor2 laa kapas ni dgn kapoq makan. Kemudian ikat di hujung lidi lagi satu. Bentuk laa biaq nampak macam teloq labah2.

Cari cicak dgn menggunakan lidi yg ada kapas kapoq tu...Sat saja kalau ada gerenti dia hambat kapas tu. Biaq dia tokak kapas tu,. Bila dia kena dia akan mabuk/pening. Masa tu laa kita jaie dgn satu lidi lagi. Dapat.

Ahad, 16 Oktober 2011

Gam buatan seniri


Gam buatan seniri
Masa sekolah punya crita laa ni...Kalau keja sekolah yg guna gam2 ni kena buat di rumah mula la merapu cipta gam seniri kalau gum paste ( aku pangge gam hingus) habis....

1. Gam batang rumbia~ potong batang rumia yg muda2 tu...yg sebesaq kelinkin tu....tunggu sat bagi dia  melelehkan getahnya...yg terpotong tu bawak balik dan tenyeh laa hujung yg bergam tu pd kertas yg kita nak gam....memang melekat dan pastinya yg tu free. Cuma kena pastikan pokok tu ada dekat2 situ laa.Kalau jauh nanti kering gam tu sebelom sampai rumah. Rumah makpak aku dulu ada laa beberapa rumpun yg depa dok bela......buat atap. Rumah makpak aku waktu tu pakai atap rumia ni laa.

2. Gam getah pokok getah~pokok getah ada laa sepokok dua....jarang guna gam pesen ni....pasai bila dia kering jadi hitam buku dan kurang melekat...kalau kering boleh tanggal macam skrap....

3. Gam nasi sejuk~ yg ni pon kerap jugak guna....selalunya bila buat kerja pagi2 sebelom ke sekolah. Ni kira emergency laa ni. Ambek sebutir nasi sejuk tu...tenyeh2...lekat. Dok esok tengok semut penoh beg..hahahahaha.

Kalau buat wau selalunya gam batang remia tu laa....yg ada duit depa bancuh tepong ubi....

Kawan baik Pak....



Dulu......pagi2 lagi kawan2 baik Pak akan sampai. Lepas suboh dah ada depan rumah. Menyerok kopi O dgn Pak di pelenggaq bawah rumah. Sembang2 pasai hal2 bendang sampai matari naik.  Aku masih ingat lagi depa ni. Dulu dia kawan dgn Pak. Bila aku dah besaq ni, aku pon dah joint dgn depa sesekali. Ada jugak crita yg nak di kongsi. Hanya mereka saja yg ghajin mai menyerok pagi2. Long Mud Hok, Ngah Li Chai, Chik Nui, Wa Mad, Nyang Kasim, Lang Bu. Tapi laa ni takdak dah...depa dah pi dulu. Selang tahun saja...lepas satu, satu. Kadang2 aku teringat kat depa. Aku tanya Mak...awat depa lama tak mai? Mak bagitau,...depa dah takdak. AlFatihah.