Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 16 Oktober 2011

Kerbau tak balik....


Tahun 60an - 70an. Waktu tu padi tanam sekali setahun. Musim kering tak tanam padi. Masa tu bendang dibiaqkan berehat. Pak Tani bercuti sakan...ada yg pi 'basuh miang' padi sampai ke Hatyai. Kebau Ngala jugak boleh tidoq makan saja waktu ni....Ketika ini lah kerbau ni bebas dilepas....berkeliaran meragut dan mencari kawan mengawan. Termasuklah kerbau bapak aku. Lepas pagi, maghrib nanti sendiri cari jalan pulang. Selalunya tak dak masalah. Maghrib saja dah ada depan rumah...meragut rumput dekat2 tu dgn senyum jaa..

Kadang2 si Kerbau ni kerbau jugak. Boleh tak balik kandang (Peleng, sebutan pe..spt penat...leng..spt geleng) Sebabnya bukan sesat tapi hanya satu sebab saja....terpikat dgn 'betina' idaman dan ikut balik rumah betina tu laa. Pastu kita yg susah nak turut pi cari..........Selalunya tak kemana pon kerbau tu, kalau ari ni tak balik, esok baliklah...kerbau dah diprogramkan begitu, tak perlu GPS!

Sabtu, 15 Oktober 2011

Serkap Wak-wak

klik untuk besarkan gambaq. 

Serkap ayam, serkap ikan dan serkap wak2....Yang ni aku memang tak terror, tak pernah dapat pon hasil. Dari mula mencebur diri sampai la aku pencen kerja nih. Lagi pulak aku nih penakut nak masuk hutan yg basah lembap tu. Wak2 ni dia selalu ada di belukaq2 kecil yg basah dan lembap tu..Hutan kecik tepi rumah aku pon ada burung ni..Serkap ni buat dgn buluh yg di belah2 bilah tapi tak bercerai dr batang buloh. Ni kira macam jerat jugaklaa tapi dlm bentuk serkap. Serkap di gantung kira2 2 kaki dr aras tanah dan di ikat dgn beberapa tangkai padi sebagai umpan. Serkap ni selalunya diletakkan pemberat yg dibuat dgn pokok rotan yg dililit keliling serkap (rotan kera...rotan yg tidak berduri,..org sini pengge wai ling). Bila burung wak2 tu tarik umpan padi tu...serkap tu pon jatuh laa.......

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kendur Kerbau


Pada masa tu, tahun sehingga '70an boleh kata setiap rumah ada kerbau. Guna untuk tenggala/bajak bendang..ada yg jantan dan ada yg betina. Macam2 jenis kerbau, macam2 nama dok ada. Sapa2 yg takdak kerbau masa tu kena sewa ataupon kena upah untuk tenggala bendang. Kerbau ni kena jaga, bela elok...kena bagi makan. Kena tambat, tak boleh biaq terlepas, apatah lagi musim padi. Masa musim padi nilah aktiviti kendoq kerbau ni dilakukan. Kendoq kebau ni dilakukan di batas bendang..meragut rumput saja...bukan anak padi orang noo..

Kendoq Kebau...ada jugak kendoq lembu, tapi kambing tak pernah tengok la pulak orang kendoq. Aktiviti ini dah pupus dah. Elok laa pupus pon....inilah salah satu kerja yg paling aku 'benci' waktu tu. Kampong2 lain ada ka tak dak aku tak tau sebab zaman bebudak tu pergerakan agak terbatas,..situ2 saja. Tapi setau aku kampong dekat2 tu spt Kg. Aloq China, Kg. Aloq PakNgah, Kg. Aloq Sekawan, Kg. Lubok Keriang ada buat macam ni..Kendoq kerbau ni dibuat waktu petang...pagi2 aku pi sekolah. Petang2 ramai yg turun, nampak merata2 kerbau dikendoq...aku jam 4.30 Pak aku sudah suruh turun dah...

Kategori kendoq kerbau;..ada yg dok di depan kerbau, ada yg dok di belakang kerbau, ada yg dok di atas kerbau dan ada yg nampak kerbau saja, tuan kerbau entah dok mana. Kita boleh perasan kalau kita perati betoi2. Kebau yg cukup terlatih dan betoi2 ghap- boleh kendoq biaq sendirian saja..mantau dari jauh atau kekadang tuan dia dah dok atas belakang dah. Tali hidung boleh biaq dah. Peringkat yg kedua kebau yang nampak dah jinak tapi tak berapa ghap lagi- tuan dia boleh laa mantau secara dekat dr belakang, tali hidung masih kena pegang...tujuan pegang tali ni sebab kerbau ni selalunya curi2 makan pokok padi, masa tu laa sentap tali hidung ni..ajaq! Kategori yg kena dok depan tu kira kerbau tu takdak pengalaman lagi laa. Lepa sikit saja, balas anak padi tu. Tu yg kena dok pegang tali selalu tu. Kena dok depan lagi. Kena kendoq sampai kenyang, lagi tak kenyang tak boleh balik. Nak tau kenyang ka tak..kena tengok perut kebau tu laa..ada petuanya tuh. Selalunya sebelom maghrib masing2 dah tuju jalan pulang. Masa dulu maghrib awai, jam belom diselaras seMalaysia lagi...ada jam semenanjung dan jam sabah/sarawak....Sepanjang mengendoq kebau ni....aku berangan2 saja laa. (Kendoq kerbau adalah aktiviti membawa kerbau keluar ke kawasan bendang untuk meragut rumput. Tali hidungnya dipegang dalam keadaan kendur untuk memudahkan kerbau itu meragut. Itulah asalnya nama 'kendur kerbau'.....dan perut kerbau yg kendur itu juga akan diketatkan.)

Khamis, 13 Oktober 2011

Susu Kerbau



Wan Nui Dam selalu bawak mai dr Tualang...jalan kaki. Masa ni dia selalu perah susu kebau. Dia ada bela kebau utk mengala bendang. Dia isi susu ni dlm tuke. Kadang2 dia boh dalam pelaih ayaq panas. Ada kala dia bawak yg dah masak dan adakala bawak yg mentah. Susu masak campoq sikit garam, rasa lemak2 masin. Kami makan dgn nasi, pulut dan kadang2 masuk dlm kopi. Susu kebau yg dah masak ni ada kepala...ala2 keju mozzarella gitu, sedaappp.. Tak tau laa pasai apa dia bawak mai kat kami, padahal jalan kaki mai bukan dekat...sehala 4KM lebih. Ada sekali tu dia marah aku sebab aku lari. Aku ingat keling potong kepala....maklomlaa zaman tu sangat popular dgn cerita keling potong kepala...Tok Wan aku ni warna dia ala2 keling gitu...maaflaa TokWan no. Masa tu memang takut sungguh. AlFatehah untuk roh arwah TokWan Nui Dam.

Rabu, 12 Oktober 2011

Telanjang 6~ diLahirkan semula



Hari     : Sabtu pada satu tarikh yg dah luput
Waktu :  4.30 ptg
Lokasi : Sebuah Kedai Makan di Pekan Baling

Perihal : Minum petang bersama anak bini.  Masa ni 'Bakri' masih ada. Sapa2 yg ada di Baling masa tu memang kenai dgn 'Bakri' ni...dia selalu merayau2.
Anak dan bini aku tak berapa gemar pon makan di kedai mamak ni. Tapi aku saja yg lebih. Lagipon kari dia kaw2....tu yg buat selalu singgah tu. Aku tengok 'Bakri' selalu ada makanan dan ayaq minum. Nampak macam ada orang yg bagi. Hari ni baru aku tau bahawa ada satu orang yg selalu bagi makanan kepada 'Bakri'. Orang ni drebar teksi dr Sungai Petani, seorang India agama Hindu. Bila dia singgah ke Baling dan jumpa dgn 'Bakri' dia mesti bagi makanan. Hari tu dia singgah makan dan dia juga belanja 'Bakri'.....katanya dia sangat berterima kasih kepada 'Bakri' kerana sanggup menanggung 'penyakit' dan tidak terkena kepadanya. Entahlah, itulah kepercayaannya. Mereka percaya pada kelahiran semula. Orang yg 'penyakit' tu dilahirkan semula dan kena pd 'Bakri'. (Sekurang2nya 'Bakri' dapat jugak makan free, selalunya dia hanya dapat rokok saja).( Telanjang di sini bermaksud mendedah/membuka hingga diketahui orang segala-gala hal2 kehidupan untuk jadikan panduan.....))