True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Ahad, 25 September 2011
Telanjang 5
Trollley pasar raya..
Hari : Sabtu: 24 Sept.11
Waktu : 6.30 am
Lokasi : Sebuah Pasar Raya....
Perihal : Saja2 jalan kalau ada barang yg berkenan di hati.
Punyalaa susah nak dapat tempat parking....dah jumpa dua yg kosong tapi ada pulak motosikal di situ. Pusing lagi, jumpa lagi satu...langsung masuk...terburu2 sikit kerana ada kereta belakang. Opps..ada trolley la pulak dok parking di situ......Bukan situ saja ada trolley, dlm aku dok pusing2 cari parking tu dah banyak biji trolley yg dok parking di tempat park keta.....Dari jauh aku nampak 'TEMPAT TROLLEY DI SINI'.....laa adapon tempat parking trolley.....Ehhmmm......dulu K4 ada buat sistem masuk duit syiling...bagus jugak laa...kalau hantaq dapat balik RM1....tapi tahan tak lama sebab takdak sapa hirau pasai duit RM1 tu....Trolley masih bersepah2 jugak.......
Jumaat, 23 September 2011
Telanjang 4
Hari : Jumaat: 23 Sept.11
Waktu : 7.30 am
Lokasi : Sebuah Restoran Muslim
Perihal : Singgah sarapan pagi semasa perjalanan ke Perodua Servis. Tengah sarap tiba2 ada satu manusia bukan Mim yg dah lewat usia (mungkin dah bercicit dah kot- pengarang) minta tempat duduk. Nak tumpang duduk makan situ. Kebetulan depan aku tu kosong, walaupon banyak lagi yg kosong. Tapi dia pilih ddepan aku.
Dia panggil aku encik....Aku pon panggil dia Incik jugakla...(aku ubah susun semula dialog dia yg loghat/dialek kaum dia tu).
"Encik, boleh duduk sini".
"Boleh".
"Sini baguslah...pagi2 dah buka, senang utk sarapan"...
"Betol....Incik tak sarapan di rumah"?....
"Saya hanya berdua dgn isteri, saya bungkuskan utknya".
"Ooo...anak2?... Bila aku sebut pasai anak dia macam menung sekejap. Macam dok susun ayat.
"Susah mau cerita, dia orang selalu sebok"....bla,..bla,..bla,.........dan cerita sebenarnya yg dia nak bagitau ialah....
"Anak2 saya sudah buat saya macam anjing"....
"Kenapa Incik cakap begitu"......Ini cerita dia..
Selalu bila anak2 dia balik rumah pusaka tu, mereka jadikan rumah tu macam tempat singgah saja. Jarang lekat rumah..maklomlah balik sekali sekala. Bila keluar mereka akan bawa mak mereka sekali. Tinggallah si bapa ni tunggu rumah. Balik malam2 hon kereta minta buka pintu pagar. Bangunlah si tua ni terbongkok2 buka pagar rumah....kemudian tutup pintu pagar. Tu yg dia rasa macam 'anjing' tu...Sedih juga dengaq cerita dia ni. Anak2 pon satu....yg dok bawa mak saja, awat tak bawak pak sekali.....anak dia kata rumah kena jaga, nanti ada org masuk...barang2 mereka kena curi. Lagi sekali org tua tu rasa dia macam anjing jaga rumah.....Kalau org Mim selalu depa kata kalau kes2 begini.....anak jadi tuan kpd ibu bapa...dunia dah nak kiamat.....Telanjang lagi aku...... (Telanjang di sini bermaksud 'membuka/mendedahkan segala-gala untuk pengetahuan orang lain' sebagai panduan hidup)..
Khamis, 22 September 2011
KERJA SIA-SIA
gambar hiasan , tidak kena mengena dgn karya..
KERJA SIA-SIA..
Benang habis, kain tak jadi;
Jarum patah; baju tak siap;
Kayu habis, nasi tak masak;
Santan masam, rendang tak sedap;
Arang habis, besi binasa;
Umpan habis, ikan tak makan;
Jerat patah, pelanduk tidak mengena;
Air keruh, ikan tak dapat;
Isnin, 19 September 2011
SALAH MELETAK KEPERCAYAAN
Ibarat;
Menyuruh memerang menjaga ikan;
Menyuruh kucing menjaga panggang;
Menyuruh harimau menjaga kambing;
Menyuruh ayam menjaga kepok;
Menyuruh musang menjaga reban;
Menyuruh kerbau menjaga semai;
Menyuruh ular menjaga katak;
Menyuruh anjing menjaga tulang;
Menyuruh tikus menjaga beras;
Menyuruh kumbang menjaga bunga;
Menyuruh semut menjaga gula:
Menyuruh monyet menjaga pisang;
Ahad, 18 September 2011
DULU LAIN, SEKARANG LAGI LAIN ~ iii
...>> sambung>>....Dulu rasuah adalah juga, laani sudah berleluasa. Sudah 54 thn kita merdeka, masih ada kemiskinan tegar, Pasar Chow Kit tak bertukar.
Dulu sungai2 kita boleh mandi, laani semua dah dicemari, ikan2 pon mati. Dulu kita banyak tanam padi, laani kita banyak import padi. Dulu terbongkok2 tanam padi, laani pon masih terbongkok2 tanam padi. Dulu anak petani mahu kerja di sawah, laani buruh Siam yg dah mewah.
Dulu pekerja asing adalah jugak, laani dia orang dah melambak2. Dulu anak2 muda rajin mengaji, laani anak muda ramai yg ambil exstasi. Dulu di universiti ramai yg lelaki, laani entah mana pi, Dulu pelajar asing mai nak belajar, laani ramai yg mai nak jadi pelacur.
Dulu dpt pink form jadi kaya sekelip mata, laani banyak kemudahan dah tak ada. Dulu pengerusi sini pengerusi sana, nama ada saham org lain punya, laani pengerusi tak ada, saham pon dah tak ada. Dulu tak ada duit ceti jadi payung, laani pi dok cari ahlong.
Dulu org Melayu tak pandai meniaga, laani banyak pula skim cepat kaya. Dulu mesin taip nak angkat berat, laani org pakai PC yg nampak hebat. Dulu telefon bimbit berat nak angkat, laani sorang ada dua tiga empat.
Dulu jalan2 mana pon selamat, laani silap haribulan beg tangan kena rembat. Dulu halal haram org tak kira sangat, laani sijil 'Halal' palsu pon orang buat. Dulu Islam melalui zaman gemilang, laani umat Islam tinggal kebelakang. Tamat......(terima kasih dato' salleh majid)
Langgan:
Catatan (Atom)




