.....sambungan>>..Dulu tak ramai org kita belajar luar negeri, laani sudah ramai yg balik lupa diri. Dulu hendak dapat biasiswa, kalau suruh sembah pon sanggup sembah, sekarang dah dapat ijazah, penjamin yg susah.
Dulu org Melayu ada P.H.D (perangai hasad dengki), laani pon masih tebal dgn PHD.
Dulu doktor gaji rendah, laani pon masih gaji rendah. Dulu kebanyakan kita fasih bahasa inggeris, sekarang ramai yg tak boleh. Dulu ada 2, 3 saluran tv, laani lebih 80 saluran disaji. Dulu pelajar rajin ulangkaji, laani ramai yg tercongok depan tv. Dulu film melayu hitam putih tetapi berkualiti, laani ni nak cari yg berjenis pon susah sekali. Dulu drama bentuk bangsawan, laani drama penuh cerita tahyul dan syaitan. Dulu artis payah nak cari makan, laani ramai artis lumayan.
Dulu org Melayu ketinggalan ekonomi, laani org Melayu masih ketinggalan di sana-sini. Orang dah jauh sampai ke bulan, kita masih lagi 'engkau laksana bulan'.
Tiga puloh tahun dulu gaji akauntan rm2 ribu, laani pon masih rm2 ribu. Tiga puluh tahun dulu rumah teres dua tingkat di KL rm60 ribu, laani harga dekat rm600 ribu. Tiga puluh tahun dulu ekonomi kita lebih kurang sama dgn Taiwan, Korea dan Singapura, laani kita bukan lagi Asian Tiger. Dulu paras gaji kita sama mereka, laani mereka dah tinggalkan kita. Dulu Amanah Nasional orang kita yg beli, laani org kita dah tak larat nak beli. Dulu org kita membeli belah di Singapura, laani org Singapura membeli belah sini pula......
>>sambung>>...Dulu rasuah........(terima kasih dato' salleh majid)
True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Sabtu, 17 September 2011
DULU LAIN, SEKARANG LAGI LAIN ~ ii
DULU LAIN, SEKARANG LAGI LAIN.
DULU LAIN SEKARANG LAGI LAIN.
Kalau diamati perubahan disekeliling aku, tentu aku akan terkejut dgn apa yg berlaku laani.
Dulu anak2 minum susu ibu, laani ramai anak minum susu lembu. Dulu budak perempuan tak boleh bebas, laani jumpa ‘baby’ dlm tandas.
Dulu jahat2 anak muda, kacau anak dara balik mengaji, laani mat rempit dan ‘betina’ makin menjadi2.
Dulu guru didik anak murid macam anak sendiri, kalau nakal atau main2 kena ketuk ketampi, balik rumah kena rotan lagi. Laani kalau anak murid kena jentik, guru sekolah akan kena ‘titik’.
Dulu ramai guru yg tinggi hemah, laani ada guru yg hisap dadah dan moral rendah. Dulu budaya timur jadi panduan, laani budaya barat habis2an jadi tiruan, lelaki bersubang bertatu di badan.
Dulu dlm politik tolak-menolak jawatan, laani cari takmo, tok cak, tok batin, tok sami dari sini sampai sempadan.
Dulu semua negeri bawah barisan, laani 4 negeri bawah pakatan. Dulu fitnah tersebar dgn surat layang, laani ada blog, internet, sms dan video pon tak kurang.
Dulu sebelom kawin merisik, bertunang dan menikah, laa ni belom kawin duduk sekali dah. Dulu yg buat perangai luar tabie sembunyi2, laani apa orang kata,dia orang tak peduli, ada kelab gay lagi.
Dulu makbapak yg tua dijaga, laani makbapak dihantar ke rumah orang tua saja.
……….> Dulu tak ramai…>>...(terima kasih dato' salleh majid)
Selasa, 13 September 2011
Telanjang 3
Hari : Selasa 13 Sept.11
Waktu : 4.30 ptg
Lokasi : Sebuah Mini Market (Bumi).
Perihal : Nak beli serbuk kopi 'buatan' Mim.....yg selalu dok minum. Dulu bila lalu kot sini beli di sini laa....senang singgah kerana lokasi yg strategik dan senang 'park' keta/moto. Walaupun aku selalu bersungut dgn 'toke' kedai...awat hangpa juai mahai sangat (kalau sekupang dua rasanya OK laa mahainya), tapi aku beli jugak, nak sokong syarikat Mim kita laa katakan walhal selang 2 pintu dari situ ada lagi satu minimarket bukan Mim yg kebanyakan barangnya murah dr kedai Mim. Sampai aku peringat kat dia....".hangpa kena jaga2,..takut nanti tak tahan lama"....bagitau saja bukan doa.
Hari ni aku lalu lagi situ..nak beli serbuk kopi.....sampailah aku sampai baru aku perasan....laa kedai basikal pulak dah. Bila jadi kedai basikal pulak? Di depan tu ada seorang lelaki sedang makan guna mangkuk dan copstik duduk atas kerusi malas....Rupa2nya kedai Mim tu tahannya lebih sikit saja setahun....Telanjang lagi aku...... (Telanjang di sini bermaksud 'membuka/mendedahkan segala-gala untuk pengetahuan orang lain' sebagai panduan hidup)
Isnin, 12 September 2011
Generasi tanpa jiwa
Apakah artinya kalau kita berjaya melahirkan generasi yg berpelajaran tinggi tetapi jiwanya kosong. Nilai kemanusiaannya hambar, tidak berbudi, tidak beradap sopan dan saling bercakaran kerana dihasut dgn unsur2 negatif dan perkauman?
Dlm konteks ini sekolah merupakan tapak utama yg boleh menyemai pemahaman dan peranan mendidik anak bangsa pewaris negara, menjadi insanul kamil, yg berilmu, beriman, berktrampilan, seimbang dr segi roh dan jasmaninya utk meneruskan kelangsungan hidup yg ideal merentasi zaman
(Ternyata sudah ramai sangat yang macam tu sekarang ni. Nilai murni dah terlalu banyak dikaburi dengan matlamat akademik. Tumpuan untuk mencapai matlamat kerjaya telah menempiaskan kepentingan unsur kesopanan dan kesusilaan. Ertinya, kita sebagai orang yang berkesadaran perlu melaksanakan tanggungjawab sosial atau fardhu kifayah untuk membantu sama menangani dan menyelesaikan isu ini. Walaupun mungkin ada yang berpendapat ianya tidak akan berkesudahan; sekurang-kurangnya kita akan tidak hanya melihat tanpa mengangkat tangan melakukan sesuatu......catat: Kamarulzaman almarwan)
Ahad, 11 September 2011
MBMMBI
PPSMI (Klik utk pengumuman terbaru KPM) dimansuhkan pd 8 Julai 2009 (softlanding) digantikan dgn MBMMBI (Memartabatkan BM dan Memperkukuh BI). Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yg sepatutnya, sesuai dgn kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan (per: 152, PP). Memperkukuhkan BI bermaksud memantapkan penguasaan BI sebagai bahasa yg wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu peringkat nasional dan antarabangsa.
TUJUAN MBMMBI sangat jelas krn BM merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kearah membina negara bangsa utk mencapai hasrat 1M. Begitu juga BI merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yg perlu dikuasai bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu utk bersaing di peringkat global.
12 Strategi di perkenalkan untuk mencapai matlamat MBMMBI.
> Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia
> Asas Berbahasa ( Back Basic)
> Penggunaan BM standard merentas Kurikulum
> Teknologi Maklumat dan Komunikasi dlm Pembelajaran & pengajaran
> Program Bacaan
> Guru BM berkualiti
> Persekitaran Pembelajaran yg kondusif
> BM bahasa ilmu dan komunikasi
> Kolaborasi A/bangsa Kursi BM di Universiti Luar Negara: dan
> Syarat Layak Masuk Inst. Pengajian Tinggi
MANAKALA Strategi memperkukuh BI meliputi perkara berikut;
> Penambahan masa PnP BI
> Tranformasi kurikulum BI di sek.rendah
> Asas berbahasa (Back to Basic)
> Didik Hibur-Modul Language Art
> Elemen Sc & Math dlm bahasa Inggeris
> Penetapan Model Bh. Inggeris
> Tranformasi Kurikulum BI sek. menengah
> Sumber PnP - Makmal Komp.,
> Guru : Contact Time berkualiti
> Perkongsian dan Jaringan Guru; dan
> Kepimpinan Sekolah
KPM percaya dgn pendekatan ini, kita akan dpt memartabatkan BM, memperkukuhkan BI dan meningkatkan keupayaan murid utk menguasai ilmu sains dan teknologi yg amat penting utk masa depan negara.
Langgan:
Catatan (Atom)





