Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 9 September 2011

Telanjang 2

Hari : Jumaat
Waktu :  01.00pm-02.15pm (Solat Jumaat)
Lokasi :  Sebuah Masjid di daerah Baling
Perihal : Ya Allah, amponilah dosa hambaMu ini kerana mengungkit perihal hamba2Mu yg mengunjungi masjid tadi..Aminnn.

 Satu dua perbuatan betul tapi molek dilakukan dgn berhati2….1) Ambil wudhuk dgn cara yg sangat 'keras' sehingga tempias membasah jemaah sebelah menyebelah. Aku alami lagi untuk kali yg keberapa…mungkin pelaku itu merasakan tiada apa2 yg silap pon…memang tak salah pon cuma tak molek saja. Ceritanya….aku menunduk untuk menadah air drp paip untuk memulakan wudhuk…..tiba2.. glorkrgrg….kharkk..ptuihh….habis ayaq cuci mulut tersemboq kearah aku. 3 kali…..nak beralih kesebelah dah ada orang….aku pon undoq diri dulu lah. 2)  Cuba perati betoi2 air dlm kolah….ada nampak cahaya minyak-minyak. Itu kerana ramai yg basuh kepala terus cucur kedalam kolah….bekas minyak rambut laa tu….kemudian datang jemaah lain pulak cedok dan masuk mulut berkumuq2…memang la boleh krn +2 kolah, tapi tak moleklah. 3) Bila aku langkah keluaq nak balik aku tengok beberapa kasut ‘belemoih’ dgn selut/lumpur (kasut aku sekali)…kesan kena pijak jemaah awal….minta tolonglaa..jgn pijak atas kasut jemaah lain. Kira tak dak adap ka aku tulis macam ni? Dosa ka aku komplen org pi masjid semayang Jumaat? Ya Allah, amponilah dosa hambaMu ini kerana mengungkit perihal hamba2Mu yg mengunjungi masjid tadi..Aminnn. (Telanjang di sini bermaksud 'membuka/mendedahkan segala-gala untuk pengetahuan orang lain' sebagai panduan hidup)

Khamis, 8 September 2011

Telanjang 1

Hari: Hari Jumaat.
Waktu: 11.00 am di pesisir jalan kaki Taman Koperasi.
Lokasi: Sedang duduk dlm kereta menunggu isteri shopping barangan utk cenderahati majlis kahwin   sahabat.
Perihal: Dari jauh kelihatan seorang makhluk tua (anggaran 70an umurnya) sedang menuntun basikal kecil beraga di depan. Bergerak pelan2. Dalam raga kelihatan ada beberapa bungkusan. Awalnya aku tak kisah pon. Tetapi bila aku nampak dia terbongkok2 dan kemudian berjalan semula dgn basikalnya dan kemudian berhenti dan bongkok2 semula....aku mula tumpukan perhatian.."apa yg makhluk ni buat"..sungut dlm hati. Makin lama makin menghampiri ke tempat aku. Nampak jelas dia mengambil sesuatu dr dlm beg plastik yg tersangkut di handle basikal tu. Kemudian digenggam kemas dan membongkok meletakkan ke satu tempat yg agak terlindung. Lepas tu dia bergerak pergi. Selang seminit dua setelah 'dia' bergerak pergi maka muncullah seekor kucing menuju ke tempat tersebut tadi. Bila aku perhatikan pd tempat2 lain yg 'dia' letakkan barang tadi tu semuanya telah ada kucing yg mengerumuninya....Ooooo..rupa2nya dia memberikan kucing2 tanpa tuan itu makanan....dlm beg plastik yg tergantung tu adalah makanan kucing. Sejak bila agaknya dia melakukan kerja baik ini.

Letih menunggu aku ke gerai makan berhampiran.....tekak minta hilangkan haus..
"Bagus sungguh Cina tua....bagi kucin2 tu makan",...kataku ingin berkongsi cerita dgn tuan gerai tu.
"Ish..tak kenan saya,..kita dok halau dia pulak bagi makan"...........( Sapa dah kena telanjang! ( Telanjang di sini bermaksud mendedah/membuka hingga diketahui orang segala-gala hal2 kehidupan untuk jadikan panduan.....))


Rabu, 7 September 2011

Telanjang - Diari Luar Waktu

Telanjang.
Telanjang di sini akan membawa erti 'membuka/mendedahkan hingga diketahui orang segala-gala...'.

Jangan terkejut dgn tajuk entry kali ini...semua tajuk kecil dlm topik Diari Luar Waktu akan menggunakan tajuk Telanjang dan akan diikuti dgn nombor bilangan entry. Telanjang di sini akan membawa erti 'membuka/mendedahkan hingga diketahui orang segala-gala...'. Telanjang yg digunakan sebagai tajuk utama hanya untuk menarik golongan yg sering mencari perkataan sensasi utk cerita nafsu-nafsi mereka. Mudah2an proses merantau untuk tujuan sebenar golongan tersebut mencari sesuatu yg benar telanjang akan sedikit terbantut dan diharapkan proses ini dapat melambatkan atau membantutkan keinginan mereka...... 'Diari Luar Waktu' ..... akan memuatkan beberapa cerita masyarakat/manusia yg mampu menelanjangi cara hidup dan boleh dijadikan pedoman. Itu harapan...

Selasa, 6 September 2011

Ops Sikap

Kenapa tak berjaya mengurangkan kemalangan dan maut di jalanraya pd musim perayaan? Sikap!


Musim perayaan selalunya...
  1. Kenderaan banyak waktu tu
  2. Jalan raya masih macam 20 thn dulu
  3. Ramai yg tak pernah memandu akan memandu waktu tu
  4. Jalan jauh meletihkan dan menghilangkan konsentrasi
  5. Pandu perlahan sambil2 makan angin/riadah
  6. Gopoh dan kalut (gelojoh)
  7. Ops ini tak mendidik tapi lebih kpd nak mendenda
  8. Ramai orang yg  dah kaya dan sanggup bayar denda....
  9. Ada banyak sebab lagi..carilah

Jumaat, 2 September 2011

Celaru, Sapa aku nih?....

Balik raya hari tu...aku terpikiaq lagi macam dulu2....tapi aku pon tak pernah la pulak nak selesaikan. Dalam kad Pengenalan dok tulieh bangsa Melayu..tempat lahir Tualang...tempat tinggal/alamat Kg Alor Tebuan. Yg dok heran pasai apa suku sakat aku boleh kata kalau yg dah lajak 40an ke atas tu semua cakap dan tutur bahasa ibunda Siam. Sembang mana2 pon pakai bahasa Siam ni lah....tambah pelek lagi bahasa ni tak dak la pulak huruf tuliehnya dan tak sama pon dgn bahasa org Siam di sempadan nun.
Cuba perati ukiran di masjid ni...ada ukiran bercirikan Siam ( Masjid dekat Tobiar, Pendang)

Mana tak pelek kalau di rumah aku tu kami bertutur dua2 bahasa tu bergilir2....dalam rumah tu kami ada 6 orang...mak, pak, abang, aku , adik 1 dan adik 2. Dgn Pak kami semua cakap bahasa Melayu walaupun kami semua tau cakap siam ( mungkin Pak train kami sebab nak masuk sekolah melayu kot). Dgn Mak kami semua cakap Siam...kami 3 beradik cakap Siam tapi dgn adik 2 kami cakap Melayu. Kalau jumpa satu keluarga...menantu2 makpak kami celaru habieh. Puak2 kami ni cakap Melayu kena belajaq lebih pada org yg ngaku Melayu tu. Masuk sekolah baru la nak praktis cakap Melayu...tu pon ada jugak cikgu2 yg balun cakap Siam jugak dgn kami..hahahaha...Datuk, nenek aku  tidak lancar berbahasa Melayu (tokwan aku dulu boleh baca tulisan Siam). Malah ramai di kampungku pada suatu masa dahulu iaitu ketika aku kanak-kanak dan remaja., ada di antaranya tidak dapat menguasai langsung bahasa Melayu. Tetapi mereka menguasai bacaan al-Quran macam biasa tiada cacat celanya . Kalau ada cacat dan cela pun masih sama dengan kualiti yang dikuasai orang lain yang fasih berbahasa Melayu. Berbahasa Siam tidak mengurangkan kemahiran mereka membaca al-Quran. Kalau yg pandai dan cekap pon kalu diamati masih ada pelet/telo Siamnya tuh....tak caya mai kita sembang....Tapi laa ni dah nak pupus dah...anak2 generasi X dan Y dah tak tau dah...dah tak diajar...mungkin bila habis generasi last 70an tu....bahasa ni pon ikut habis jugak  gamaknya.....Ada sapa2 nak buat kajian?....mungkin ramai puak2 ni yg boleh bantu. Aku takdak jawapan lagi...Kalau ada maklumat baru nanti aku sambong.....